Wednesday 30 April 2008

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya iatelah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluarmasuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."Sabda baginda lagi;"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipeliharaAllah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramaldengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindunganAllah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allahmenganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yangbenar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

wanita insan istimewa

" wanita "
Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa..
Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..
Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi..
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk..
Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukannya harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa..
Engkaulah wanita istimewa..
Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

tips batas-batas pergaulan

permasalah ketika kebersamaan anda bersama teman-teman yang sama ataupun berlainan jantina di persekitaran yang berbeza. Di sinilah perlunya benteng yang telah anda bina di rumah tadi. Di sinilah medan untuk kita menjadi seorang yang bijak mengawal keadaan persekitaran. Bak pesanan yang selalu didengari, biar kita yang mengubah keadaan bukan keadaan yang mengubah diri kita. Kambing yang masuk ke kandang harimau, tak sepatutnya ia mengembek tapi semestinya ia perlu turut sama mengaum supaya keselamatannya lebih terjamin.

Jadi disini ana titipkan batas-batas pergaulan yang perlu dijaga sebagai wadah kelangsungan kita untuk membina sahsiah diri yang terpuji disisi Allah:

1) Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.

2) Menutup Aurat; ALLAH berfirman;dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31) Juga Firman-NYA;Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3) Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4) Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5) Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6) Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata;Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina.

Sebagaimana Firman- NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. Moga ada manfaat bersama. Wallahualam

kaedah al-'Umur bi maqasidiha

1.0 PENDAHULUAN


Kaedah al-Umur Bi Maqasidiha merupakan salah satu daripada kaedah yang digunakan oleh para Fukaha’ dalam dalam Qawa’id Fiqhiyyah. Jadi kaedah ini bolehlah ditafsirkan dari dua sudut iaitu dari segi bahasa dan istilah.

Pengertian kaedah dari segi bahasa boleh membawa maksud asas manakala menurut istilah pula bermaksud perkara yang dipraktikkan daripada masalah atau perkara pokok kemudian dipraktikkan terhadap perkara-perkara furu’ atau pecahan.[1] Kaedah Fiqh juga bermaksud prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yany mengandungi hokum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Oleh itu Qawa’id Fiqhiyyah boleh diertikan sebagai satu kaedah fiqh dalam undanh-undang Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan Fekah Islam tentang kaedah-kaedah hukum.

Skop perbahasan kaedah Fiqhiyyah tertumpu kepada orang yang mukallaf iaitu orang yang ditaklifkan kepadanya hukum syarak dan objek kepada kaedah fiqh pula ialah hukum syarak.











2.0 FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujud atau munculnya Qawa’id Fiqhiyyah antara faktor uatama kemunculanya ialah:
Terdapat nas- nas yang dapat ditafsirkan dengan berbagai-bagai.
Munculnya kaedah Fiqhiyyah lantaran dari dalil-dalil syarak yang telah diperselisihkan oleh para fuqaha’.
Terdadpat kaedah-kaedah umum yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu generasi kepada satu generasi yang lain untuk disesuaikan dengan masalah furu’.[2]

Nas-nas yang ditafsirkan dengan berbagai-bagai iaitu ada nas al-quran yang berbentuk umum yang merangkumi berbagai masalah dan ada nas al-Quan yang melahirkan pendapat-pendapat untuk mengikatnya atau memuqayyakannya. Manakala faktor yanf disebabkan dalil-dalil syarak yang diperselisihkan oleh fukaha’ pula ialah seperti samaada dalil itu berbentuk Zanni atau Qat’i dan ianya menjadi pegangan atau tidak.selain daripada kedua-dua actor ini faktor lain yang turut menjadi sebab munculnya Qawa’id Fiqhiyyah ialah terdapat kaedah-kaedah umum yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu generasi kepada generagi yang lain yang mana ianya memerlukan suatu hukum baru yang boleh disesuaikan dengan masalah-masalah furu’ pada zaman tesebut.

Setiap zaman mempunyai masalah yang berlainan dengan zaman yang sebelumnya jadi ianya, memerlukan sumber-sumber akal dalam mengeluarkan hukum yang fleksible bagi menagani cabaran dan persoalan semasa yang sentiasa wujud dan akan sentiasa wujud dalam sesebuah masyarakat.




3.0 SUMBER-SUMBER PENGAMBILAN QAW’ID FIQHIYYAH

Dalam kaedah penganbialan Qawa’id Fiqhiyyah terdapat beberapa sumber yang utama yang menjadi asas kepada kaedah ini, antara sumber-sumber pebgambilan Qawa’id Fiqhiyyah ialah:

Zaman Rasulullah s.a.w
Zaman Sahabat
Zaman Tabi’in dan Tabi’ tabi’in

Sumber pengambilan kaedah pada zaman Rasulullah dapat dilihat dari segala kenyataan dan fatwa yang diputuskan oleh Rasulullah adalah berdasarkan wahyu dan ijtihad baginda dan kemudiannya jika salah maka akan diperbutulkan oleh wahyu dari Allah. Jadi sember pengambilan kaedah dapatlah dirumuskan kepada beberapa prinsip-prinsip umum dalam pembentukan perundangan dan hukum yang mana ianya boleh dibahagikan kepada empat bahagian antaranya :

Penetapan perundangan dan hukum secara beransuar-ansur yang mengambil masa selama 22 tahun dan beberapa bulan. Contohnya, hukum yan berkaitan dengan pengharaman arak yang mana ianya diturunkan secara beperingkat-peringkat.
Mengurangkan undang-undang sedikit mungkin, dimana tidak ada perundangan terhadap pekara yang belum pernah berlaku dan andaian hukum yang akan lahir iaitu menetapkan hukum sekadar keperluan sahaja. Contohnya nabi tidak mendirikan semnahyang sunat terawih secara berjemaah, kerana dibimbangi akan difardhukan.
Penetapanhukum yang bersifat memudahkan dan meringankan bebanan. Contohnya, ketika keadaan sukar untuk menunaikan hukum ‘Azimah, seperti puasa, maka disyariatkan hukum Rukhsah iaitu burbuka bagi orang yang sakit dan yang bermusafir.
Mensyariatkan hukum selari dengan kemaslahatan manusia. Contohnya, pada suatu ketika Nabi melarang menziarahi kubur, kemudian membolehkannya.[3]

Sumbur kedua ialah pada zaman sahabat yang mana pada zaman ini merupakan zaman yang masih lagi berpegang kuat kepada al-Quran dan al-Sunnah. Khalifah al-Rasyidin dan para sahabat hanya berijtihad apabila tidak terdapat hukum di dalam al-Quran dan al-Sunnah,oleh itu, pada zaman ini digalakkan berijtihad dan menggunakan peranan akal dengan sebaiknya. Manakala pada zaman tabi’in dan tabi’ tabi’in juga merupakan sumber yang diguna pakai dalam pengambilan kaedah Fiqhiyyah, kerana pada zaman inilah bermulanya penulisan dan pembukuan ilmu usul fiqh yang bermula pada adab ke 2 hingga ke 4 hijrah. Di mana pada zaman ini lahirnya aliran-aliran fiqh, dan kegiatan-kegiatan ijtihad hanya tertumpu kepada ahli fiqh sahaja.[4]

Disebabkan oleh masalah-masalah fekah dan furu’nya terlalu banyak, jadi ianya memerlukan kepada penetapan kaedah-kaedah yang tertentu. Oleh kerana itu,ianya merupakan tugas kepada ahli fekah untuk memahami kaedah Fiqhiyyah dan mengetahui dalil-dalilnya, kerana setiap permasalahan bergantung kepada kaedah-kaedah yang tertentu.terdapat lima kaedah fiqh umum yang dibincangkan dalan kaedah Fiqhiyyah antaranya:

الأمور بمقـاصدها (setiap pekara dinilai berdasarkan niat dan matlamatnya).
اليقـين لا يزال بالشـك (keyakinaan tidak hilang dengan keraguan).
المشـقة تجلب الـتيسـير (kesukaran membawa kemudahan).
الضرر يزال (bahaya mesti dihapuskan).
العـادة محـكمة (adapt dijadikan hakim).




4.0 KAEDAH AL-UMUR BI MAQASIDIH

4.1 Pengertian al-Umur Bi Maqasidiha

Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya.

Kaedah ini diambil brdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

إنما الأعـمـال بـالـنية و إنمـا لإمرىء مـا نوى، فـمـن كـانت هـجـرته إلى ألله ورسـوله فـهـجـرته إلى ألله ورسـوله. ومـن كـانت هـجـرته لـدنـيا يـصـيـبـها او إمـرأة يـتـزوجـها فـهجـرته إلى مـا هـاجـر إلـيـه.

Yang bermaksud: sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya. Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya. (riwayat Muslim)

Selain daripada ini terdapat banyak lagi hadith-hadith Rasulullah yang menyebut tentang amalan yang dilakukan berdasarkan niat. Oleh sebab kerana itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu samaada diberi pahala atau pun dosa. Jadi amalan yang tidak disertakan dengan niat tidak akn mendatangkan apa-apa kesan kepada perbuatan seseorang mukallaf. Kaedah ini lebih menumpukan kepada niat seseorang mukallaf dalam melakukan sesutu perkara yang berkaitan dengan hukum syarak.





5.0 SKPO KAEDAH

Terdapat bebrapa bidang dan skop kaedah fekah yang termasuk dalam kaedah al-Umur Bi Maqasidiha yang mana ianya boleh di katogerikan kepada empat bahagian antaranya:

Semua perkara yang berkaitan dengan perkra iabadat serperti puasa, sembahyang, berwuduk, dan sebagainya, contohnya sembahyang seseorang itu tidak akan sah sekiranya tidak disertai dengan niat, atau pun puasa seseorang itu terbatal jika tidak disertai dengan niat pada waktu yang telah di bolehkan.
Semua hukum yang berkaitan dengan keluarga seperti penceraian (secara kinayah atau sindiran), rujuk dan lain-lain lagi, contohnya jika suami yang melafazkan cerai kepada isterinya melalui lafaz kinayah ianya memerlukan niat, jika sebaliknya talak tidak akan berlaku.
Semua hukum yang berkaitan dengan muamalat seperti hutang-piutang, jual-beli,sewaan dan lain lain lagi, contohnya semasa akad jual beli penjual dan pembeli hendahlah disertakan niat semasa akad jual beli berlangsung.jika tidak disertai dengan niat maka jual beli tersebut tidak sah.
Semua hukum yang berkaitan dengan hukum jenayah seperti membunuh, zina, mencuri dan sebagainya. Sebagai contohnya membunuh dengan tanpa niat, dimana pembunuh bukanlah berniat untuk membunuh seseorang tetapi berlaku dalam keadaan tidak disengajakan maka dia tidak akan dikenakan hukukan qisas iaitu bunuh balas tetapi akan dikenakan diat.

Kaedah ini adalah bertujuan untuk memelihara hak masing-masing dan merupakan salah satu cara untuk menentukan hukum mengikut kesesuainya, agar kemaslahatan umat Islam dapat diselesaikan dengan bijaksana dan bertepatan dengan masalah yang berlaku pada waktu tersebut, walau bagaimanapun niat dalam kaedah ini niat memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan sesuatu hukum tersebut sama ada halal atau haram, mahupun sah atau batal.


6.0 PEMBAHAGIAN KAEDAH AL-UMUR BI MAQASIDIHA

Kaedah ini boleh dibahagikan kepada dua kaedah yang merupakan pecahan kecil dari kaedah ini, antaranya ialah:

مـقـاصـد الـلـفـظ عـلى نـية الأفـظ
الـنـية فـي الـيمـين تـخـصـص الـلـفـظ الـعـام و لا تـعـمّ الـخـاص


6.1 ( مـقـاصـد الـلـفـظ عـلى نـية الأفـظ )
Kaedah ini bermaksud yang dikira dan diiktibar dalam akad ialah tujuan dan matlamatnya, bukan lafaz atau ucapan. Untuk itu mestilah menggunakan ucapan atau perkataan tertentu dalan urusanakad, supaya niat tersebut menjadi sah dan dikira dalam syarak. Berdasarkan kaedah ini, maka terbentuklah larangan syarak atau kaedah larangan membuat akad dengan tujuan yang bertentangan dengan ucapan dan sifat akad. Contohnya, akad yang berunsur atau bertujuan riba, akad perkahwinan yang bertujuan untuk tahlil, kerana semua itu bukanlah bertujuan atas dasar yang dikehendaki oleh syarak malah ianya adalah bertentangan sama sekali dengan kehendah syarak maka akad tersebut adalah salah dan haram disisi syarak.[5]

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat derdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyang-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Maka jelaslah disini bahawa sesuatu niat yang bertentangan dengan hukum syarak adalah haram sama sakali dilakuka, kerana niat tersebut membawa kepada kemukaan Allah swt sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud yang bermaksud: Allah melaknat muhallil dan muhallalnya. Oleh itu, wajarlah bagi umat Islam menghindari setiap perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya.



6.2 ( الـنـية فـي الـيمـين تـخـصـص الـلـفـظ الـعـام و لا تـعـمّ الـخـاص )

Kaedah ini merupakan kaedah kedua dari pecahan kaedah al-Umur Bi Maqasidiha, dimana ianya menfokuskan kepada niat seseorang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan perkataan atau lafaz yang mutlak, boleh menjelaskan dan menerangkan lafaz dan perkataan yang mujammal.

Sumpah yang mengkhususkan lafaz yang am contohnya, seseorang bersumpah dengan berkata: “demi Allah aku tidak akan bercakap dengan seseorang pun”. Sumpah jenis ini boleh kira samada am atau umum, tetapi ia dapat mengkhususkan jika ia berniat tidak mahu bercakap seseorang yang tertentu sajaha bukan dengan semua orang.

Manakala sumpah yang memuqayyadkan lafaz lafaz yang mutlak pula seperti seseorang itu bersumpah dan berkata: “Demi Allah aku tidak akan makan daging”. Sumpah ini boleh diikatkan jika ia berniat tidak makan daging kambing sahaja. Adapun sumpah yang berbentuk mujammal berkaitan dengan sumpah yang boleh menerangkan sesuatu lafaz tersebut, contohnya seseorang bersumpah dengan berkata: “Demi Allah aku tidak memakai al-jun”. sumpah mujammal boleh ditafsirkan dengan kain putih atau kain hitam. Maka sumpah tersebut bergantung kepada niat seseorang mengikut penjelasannya.







7.0 KESIMPULAN

Kaedah al-Umur Bi Maqasidiha merupakan salah satu kaedah Fiqhiyyah yang boleh digunakan oleh ahli fuqaha’ pada hai ini dalam menyelesaikan masalah ummah yang tidak terdapat didalam nas al-Quran dan al-hadith, sama ada menggunakan kedah ijtihad, qiyas dan sebagainya, ulamak pada hari ini juga perlu bijak menggunakan fikiran mereka dalam mengeluarkan hukum, dimana hukum yang dikeluarkan mestilah bersumberkan al-Quran, al-Hadith, Qiyas dan ijmak Ulamak kerana setiap masalah yang berlaku berbeza mengikut peredaran zaman, dan agar hukum yang dikeluarkan bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan zaman tersebut.

Dapat disimpulkan juga disini, bahawa setiap sesuatu perbuatan Mukallaf itu akan dikira berdasarkan niatnya, jika niatnya kearah kebaikkan maka dia akan mendapat pahala, namun jika sebaliknya ia akan mendapat kemurkaan daripada Allah swt. Niat juga merupakan salah satu alat pengukur bagi perbuatan seseorang mukallaf sama ada dari segi ibadah,muamat,muanakahat mahupun jenayah. Sesuatu aidabat itu akan sempurna jika sesuatu perbuatan itu disertakan dengan niat.














RUJUKAN


Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Usul Fiqh, Pstaka Salam, Kuala Lumpur, 1997.

Muhammad Yusuf Muhammmad, Usul al-Fiqh wa al-Qawa’id Fiqhiyyah, Kota Bharu, 1993.

Dr. Mohd. Nasran Mohamad, Anuar Omar, Mohd Zamro Muda, mohammad Zaini Yahaya, Metodologi Fiqh, Program Jarak Jauh, Fakaulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, 2001.

Ahmad Ibn al-Syeikh Muhammad al-Zarqa, Syarh al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, Dar al- Qalam, Damsyik, 1987.




[1] Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Usul Fiqh,Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 1997, hlm.248.
[2] Ibid, hlm. 284-285.
[3] Ibid, hlm.286-287.
[4] Ibid, hlm 287-288.
[5] Ibid, hlm.290.

doa solat sunat Dhuha

"Ya Allah, bahwasanya waktu DHUHA itu adalah waktu DHUHAMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, dan perlindungan itu, perlindunganMu. Ya Allah, jika REZEKIKU masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu DHUHA, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".


Solat Sunat Dhuha
Amalan murah rezeki nie saya saje nak paste kat sini sebagai peringatan untuk saya supaya selalu istiqamah mengamalkannya. Hmm..nak buat memang senang, tapi nak istiqamah tue yang payah kan...

Solat DHUHA adalah SOLAT SUNAT yang dilakukan seorang muslim ketika waktu DHUHA. Waktu DHUHA adalah waktu ketika matahari mulai naik kurang lebih 7 hasta sejak terbitnya (kira-kira pukul TUJUH PAGI) HINGGA WAKTU ZUHUR . Jumlah raka'at solat DHUHA biasa dengan 2, 4, 8 atau 12 raka'at. Dan dilakukan dalam satuan 2 raka'at sekali salam.
Pada dasarnya doa setelah solat DHUHA boleh menggunakan doa apapun. Doa yang biasa dilafazkan oleh RASULLULLAH selepas solat DHUHA adalah :"Ya Allah, bahwasanya waktu DHUHA itu adalah waktu DHUHAMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, dan perlindungan itu, perlindunganMu. Ya Allah, jika REZEKIKU masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu DHUHA, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".

AL WAHHAABU Ertinya Yang Sangat Memberi.

KHASIATNYA: Barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang DHUHA sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya KEKAYAAN yang mudah dan hebat.

AL BAASITHU Ertinya Maha Melapangkan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca selesai sembahyang DHUHA 10 kali, Insyaallah akan diluaskan REZEKI dan ilmunya.
Jangka masa melakukan tidak sampai lima minit. Amalkan di mana sahaja - di tempat kerja ketika ada masa rehat atau di rumah atau di masjid ataupun di padang, di pantai atau di puncak gunung!

pembaharuan dizaman sultan Abdul Hamid II

1.0 Pendahuluan

Kerajaan Othmaniyyah merupakan sebuah Empayar Islam yang kuat selepas jatuhnya kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyyah. Nama kerajaan othmaniyyah diambil sempena nama Sultan Othman ibn Sauji ibn Artugrul ibn Sulaiman Shah ibn Kia Alp, yang merupakan seorang ketua kabilah Kabi di Asia Tenggara.[1] Meraka telah beroleh suatu kejayaan yang tidak dapat dicapai oleh kerajaan Umayyah dan Abbasiyyah, kemuncak kejayaan itu ialah penaklukan kota Konstentinopal oleh sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1454M, kota tersebut kemudiannya dijadikan ibukota kerajaan Othmaniyyah dengan nama barunya Istanbul.[2] Kemuncak kegemilangan Kerajaan Othmaniyyah boleh dilihat sejak dari pemerintahan Sultan Urkhan I (1326-1359) yang merupakan satu nilai kemajuaan yang dapat dibanggakan.

Kerajaan Othmaniyah selama pemerintaannya dalam lingkungan 600 tahun itu mempunyai sultan seramai 36 orang dan dalam setiap pentadbiran yang dijalankan di zaman kerajaan ini juga mengalami situasi yang berbeza mengikut tahap kewibawaan sultan tersebut. Sultan Abdul Hamid II merupakan salah seorang sultan yang berwibawa di zaman kerajaan Othmaniyyah. Beliau telah banyak membuat pembaharuan-pembaharuan samaada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial, walaupun pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II kerajaan Othamaniyyah semakin berada diambang keruntuhan dan banyak peperangan yang berlaku.









2.0 Biografi Sultan Abdul Hamid II

Nama penuh beliau ialah Sultan Abdul Hamid Thani (II) bin Sultan Abdul al-Majid bin Sultan Mahmud Thani(II), beliau merupakan sultan yang ke-34 daripada dinasti Othmaniyyah, beliau dilahirkan pada 16 Sha’aban 1258H bersamaan 21 September 1824M. Ayahnda beliau bernama Sultan Abdul al-Majid bin Sultan Mahmud Thani (II), ayahnda beliau merupakan sultan pertama yang berusaha memerangi gerakan pembaratan Turki secara rasmi dalam kerajaan Othmaniyyah.[3]

Bonda beliau bernama Tir Mizkan Qadin Afandi berbangsa Circassian daripada kabilah Shabasiah di Caucasia. Bonda beliau merupakan seorang wanita yang bijak, lemah lembut, cantik dan penyanyang. Setelah bonda sultan Abdul Hamid II manggkat Sultan Abdul Hamid II mendapat perhatian dan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ayahnda beliau Sultan Abdul Majid. Sultan Abdul Hamid II mempunyai tiga orang adik beradik kandung seibu dan sebapa, anak yang pertama bernama Naimah meniggal dunia pada tahun 1842M bersamaan 1257H akibat menderita penyakit cacar pada usia dua tahun setengah. Anak yang kedua ialah merupakan Sultan Abdul Hamid II manakala anak yang ketiga bernama Putera Muhammad ‘Abid meninggal pada bulan Mei 1848, kedua-dua saudara Sultan Abdul Hamid II meniggal dunia pada usia masih bayi lagi.[4]

Sultan Abdul Hamid II mendapat pendidikan awal di Istana, beliau mempelajari al-Quran, ilmu Fiqh, bahasa Arab, hadith, kaligrafi, dan bahasa Parsi. Beliau juga mendalami ilmu sains, geografi, sejarah, matematik dan ilmu nahu bahasa Turki Othmaniyyah. Ayahnda beliau juga mengundang para pakar dalam bidang kesenian seperti pertukangan, melukis, dan bermain muzik. Sultan Abdul Hamid II memiliki minat yang besar dalam bidang lukisan, beliau banyak menghasilkan lukisan yang indah dan sempurna.[5]

Sultan Abdul hamid II merupakan seorang putera yang bijak dan memiliki akhlak yang baik, beliau tahu menghormati orang yang lebih tua. Beliau memiliki dasar akidah yang berasaskan keimanan yang murni yang dianuti oleh ahli sunah wa al-jamaah dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Beliau dilantik menjadi Sultan memeritah kerajaan Othmaniyyah setelah Sultan Murad V diturunkan dari tahta pada 7 september 1876M bersamaan 18 Shaaaban 1293H sehingga 1909M.

Zaman pemerintahan Sultan Abdul hamid II merupakan zaman kebangkitan baru di seluruh Eropah dan zaman kelahiran semangat kebangsaan golongn pemuda yang inginkan pembaharuan di negerinya, semua ini merupakan krisis yang berlaku di waktu pemerintahan Sultan Abdul Hamid II.[6] Pada tahun 1909 beliau telah digulingkan sebagai sultan kerana kerugian yang dialami oleh kerajaan Othmaniyyah begitu dirasai oleh golongan muda yang telah menubuhkan satu parti dikenali sebagai Turki Fatat, golongan ini dianggotai oleh pemuda-pemuda Turki yang akhirnya berjaya menerajui tampuk pimpinan tentera dan sekaligus berjaya menggulingkan sultan Abdul Hamid II dari tahta kerajaan dan diganti oleh sultan Muhammad V.[7] Setelah beliau digulingkan dari tahta kerajaan, beliau dibuang negeri di pulau kanari.[8] Kemudianaya, beliau dipindahkan ke Salanik dan kemudianya keIstanbul.

Beliau meneruskan kehidupannya selama 8 tahun 9 bulan 13 hari selepas dibuang negeri, yang berakhir sehingga kemangkatan beliau pada 28 Rabiul Akhir 1336H bersamaan 10 Febuari 1918M, ketika berusia tujuh puluh enam tahun, tempoh pemerintahan beliau pula selama 32 tahun 7 bulan 27 hari.[9]




3.0 Pembaharuan-pembaharuan di zaman Sultan Abdul Hamid II

Sewaktu sultan Abdul Hamid II menduduki tahta kerajaan Othmaniyyah, beliau telah banyak membuat pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial, beliau mengatur beberapa strategi bagi memantapkan lagi pentadbiran beliau, pembaharuan-pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh sultan Abdul Hamid II semasa pemerintahannya ialah dalam bidang ekonomi, pertahanan dan keamanan Negara, dalam bidang pendidikan, sistem perhubungan dan pengangkutan, pengurusan sumber kekayaan Negara, sistem kehakiman, sistem pentadbiran kawasan serta pembaharuan dalam bidang kebudayaan dan informasi.[10]

Usaha yang dilaksanakan oleh sultan Abdul hamid II ini adalah bertujuan untuk melindungi negaranya daripada jatuh ketangan penjajah dengan mudah, kerana sewaktu pemerintahan beliau, kerajaan Othmaniyyah sedang menghadapi zaman kejatuhan, dan berhadapan dengan masalah dalaman dan luaran, dimana kerajaan Othmaniyyah pada waktu ini berhadapan dengan serangan penjajah yang ingin merampas kerajaan Othamniyyah melalui masalah dalaman yang berlaku pada waktu itu. Oleh itu beliau mengambil langkah tersebut sebagai satu cara menagkis niat jahat penjajah.











3.1 Pembaharuan dalam bidang ekonomi

Dalam bidang ekonomi, beliau telah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membuat sesuatu keputusan, beliau tidak akan membuat sesuatu keputusan secara terburu-buru tanpa memikirkannya berulang kali dan difikir dengan mendalam. Kerana sewaktu beliau memerintah, kerajaan Othmaniyyah merupakan sebuah kerajaan yang muflis dan menanggung hutang yang begitu banyak. Beliau telah menggunakan segala kudrat yang beliau miliki untuk mencari penyelisaian bagi menjelaskan hutang-hutang Negara.

Hutang kerajan Othmaniyyah kepada Eropah pada masa tersebut telah mencapai satu angka yang sangat besar, yang melebihi 4 bilion Franc. Beliau telah nekad untuk menjelaskan semua hutang-hutang tersebut, kerana beliau tidak mahu kerajaan Othmaniyyah jatuh ketangan kuasa asing, jadi langkah yang tegas diambil oleh beliau bagi menangani masalah ini.

Bagi menyelesaikan masalah ekonomi kerajaan Othmaniyyah dan untuk membuktikan kewibawaan kerajaan ini dari segi ekonomi, beliau telah menjemput pakar-pakar ekonomi Eropah membuat kajian dan menyediakan laporan tentang kemampuan kerajaan Othmaniyyah dalam menangani masalah hutang yang dihadapi. Sultan Abdul Hamid II terpaksa melaksanakan polisi kewangan yang sangat ketat. Beliau telah mengeluarkan arahan yang tegas kepada seluruh pekerja-pekerja istana agar tidak melakukan pembaziran dalam menyediakan hidangan diraja serta mengurangkan majlis-majlis perayaan.[11]

Sultan Abdul Hamid II merupakan orang timur pertama yang begitu memahami kepentingan faktor ekonomi dan wang di zaman moden ini. Beliau telah mengambil tindakan yang begitu bijak, dimana beliau sanggup berpindah dari istana yang besar kepada istana yang kecil bagi tujuan untuk mengurangkan kos, beliau menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan pemerintah di Turki dalam aspek berjimat cermat dan menjauhi kemewahan dunia.[12]

Stratigi beliau dalam menangani masalah hutang negara dilihat telah berjaya kerana beliau telah dapat menjelaskan sembilan persepuluh daripada hutang-hutang tetsebut, namun setelah beliau turun dari tahta kerajaan Othmaniyyah, hutang kerajaan tersebut bertambah tiga belas kali ganda dari hutang yang asal. Semua hutang-hutang yang ditanggung di zaman pemerintahan sultan Abdul Hamid II adalah berpunca dari perbelanjaan melengkapkan peralatan ketenteran dalam peperangan melawan Rusia. Peperangan tersebut juga telah memaksa kerajaan Othmaniyyah membayar sejumlah pampasan kepada Rusia, hutang-hutang tersebut bukanlah berpunca dari perbelanjaan biasa, seperti untuk membayar gaji pegawai-pegawai kerajaan atau untuk membiayai penyelengaraan istana serta bukan disebabkan untuk menaikkan gaji para tentera kepada jumlah yang lebih tinggi daripada sebelumnya.[13]



3.2 Pembaharuan dalam bidang pertahanan dan keamanan dalaman

Dalam bidang pertahanan dan keamanan dalaman negara Sultan Abdul Hamid II telah memperkemaskan tenteranya dengan senjata yang lengkap dan latihan yang berdisiplin. Beliau menghantar pegawai-pegawai tentera kerajaan Othamaniyyah ke negara-negara Eropah seperti Jerman untuk mempelajari ilmu ketenteran moden dengan lebih mendalam. Beliau juga membentuk brigade al-Hamidiyyah di kawasan timur, kebanyakan tenteranya dipilih dari kalangan bangsa Kurdi.[14]

Beliau juga telah membuat pembaharuan dalam sistem marin. Beliau telah menubuhkan satu pasukan tentera laut yang baru lengkap dengan tentera yang hebat, bagi memperkuatkan lagi angkatan tentera tersebut beliau telah membiana kapal-kapal selam di Istanbul dengan menggunakan wang peribadi beliau. Dalam bidang perisikan pula beliau telah membentuk satu badan perisikan yang sangat kuat dan berjaya masuk ke dalam negara-negara Eropah serta intitusinya. Badan perisikan tersebuat juga menyertai pergerakan-pergerakan pemberonakan seperti pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi, freemason dan sebagainya.[15]

Badan perisikan ini telah banyak memberi maklumat kepada sultan Abdul hamid II sehingga beliau mengetahui secara terperinci setiap langkan dan perancangan komplot minoriti serta parti-parti pembangkang. Beliau juga dapat mengetahui tentang dokumen sebaran permusuhan yang dihantar melalui pos luar negara untuk disebarkan ke Istanbul. Badan ini juga telah berjaya masuk ke negara-negara Eropah untuk mencari maklumat tentang perancangan untuk memusnahkan kerajaan Othmaniyyah.[16]



3.3 Pembaharuan dalam bidang pendidikan

Zaman sultan Abdul Hamid II merupakan zaman keemasan bagi perkembangan pelbagai institusi pendidikan, zaman itu menyaksikan bertambahnya belanjawan negara untuk membantu sekolah-sekolah, institusi pengajian tinggi tempatan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain.[17] Sultan Abdul Hamid II telah mengarahkan pembinaan sekolah-sekolah dan pusat-pusat pendidikan berkenaan dengan penangkapan ikan, penternakan ulat sutera, sekolah perubatan dan lain-lain lagi. Pada zaman tersebut juga baginda telah mendirikan sekolah khas bagi mendidik anak-anak para pemimpin kabilah Arab dan para pemimpin Kurdi.


Sultan Abdul Hamid II mendirikan sekolah diraja al-Shahaniyyah yang khusus mengajar ilmu-ilmu politik. Beliau juga telah mendirikan Akademi ilmu ekonomi dan politik pada tahun 1882M dengan tujuan unuk mengeluarkan pakar dalam bidang ekonomi dan politik. Beliau juga telah mengembangkan Madrasah Harbiyyah (sekolah Strategi Peperangan ) yang menggabungkan dua pusat pengkajian; iaitu pusat pengkajian tentera darat dan pusat pengkajian tentera laut. Beliau juga telah mendirikan Fakulti Perubatan dan Fakulti Kejuruteraan dengan dilengkapi sistem yang paling moden.[18]

Disamping itu, beliau juga telah membuka sekolah-sekolah kewangan (Akauntan), percukaian, polis serta menambah jumlah sekolah-sekolah khas untuk melahirkan guru-guru yang terlatih. Beliau juga menambah bilangan sekolah rendah, sekolah menegah dan koloj-kolej. Sulatan Abdul Hamid II telah mendirikan sekolah khas untuk pelajar perempuan dan institusi khas yang mengeluarkan guru wanita. Beliau memerintahkan para pakar agar untuk mengembangkan kaedah-kaedah pendidikan pada setiap peringkat selaras dengan kemajan dunia pendidikan antarabangsa. Bagi merialisasikan tujuan ini, beliau telah membenarkan kemasukan buku-buku, majalah-majalah, akhbar, dan semua media yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan, teknologi dan kesenian. Beliau juga telah membina sekolah yang berwawasan moden untuk kanak-kanak kurang upaya (OKU) seperti bisu, pekak dan buta.[19]

Sekolah-sekolah di zaman kerajaan Othmaniyyah berkembang dengan meluas di seluruh tanah jajahan wilayahnya, para penduduk waku itu dapat merasakan manfaat daripada perkembangan sistem pendidikan ini terutamanya sekolah ketenteraan. Negeri Iraq telah banyak mengambil manfaat daripada sekolah ketenteraan Kerajaan Othmaniyyah, perkembanga sekolah keteneraan di Iraq menjadi sebab utama munculnya kumpulan tentera Iraq yang memainkan peranan penting dalam beberapa peristiwa di dalam kerajaan Othmaniyyah, termasuklah revolusi al-Ittihad wa al-Tarraqi.


3.4 Pembaharuan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan

Kesedaran yang timbul dalam diri Sultan Abdul Hamid II terhadap kepentingan persarana pengankutan moden telah mendorong beliau membina alat perhubungan seperti landasan keretapi pada tahun 1901M bersamaan 1319H. Projek pembinaan landasan kereta api ini bermula di negeri Hijaz pada musiam bunga, projek tersebut berjaya disempurnakan pada musim gugur (luruh) 1908M landasan keretapi tersebut menghubungkan Konstentinopel (Istanbul) dengan Kota Madinah yang merentasi Syria dari utara hingga ke selatan.

Panjang landasan keretapi ini mencapai 1327 batu. Pembinaan landasan keretapi sepanjang itu bukan merupakan satu usha yang mudah untuk dilaksanakan jika tidak mendapat sokongan dan bantuan dari umat Islam dan teknikal barat. Pembinaan landasan tersebut telah menelan belanja sebanyak tiga juta pound sterling. Bagi menjayakan projek tersebut sultan Abdul hamid II telah melancarkan tabung derma, beliau sendiri telah menderma sebanyak satu perempat (satu suku) juta riayal dan mengharapkan bantuan dari dunia Islam untuk menyokong rojek tersbut yang dianggap sebagai satu konsep kesatuan Islam (Pan Ismlamisme).[20]

Harapan beliau akhirnya mendapat sambutan daripada dunia Islam iaitu dari Iran, Mesir dan sebagainya. Jalan keretapi ini banyak berkhidmat demi kepentingan para jemaah haji ke Mekkah. Dengan terlaksananya projek tersebut perjalanan ke Mekkah menjadi mudah dan cepat. Selain daripada itu, ianya juga digunakan oleh para peniaga untuk mengangkut hasil pertanian mereka ke banda-bandar besar dan pelabuahan-pelabuhan yang terdekat. Kerja-kerja bagi menyempurnakan projek ini berjalan sehingga 5 Jun 1916M dan terhenti ekoran daripada pemberontakan Arab yang mana telah memusnahkan jalan keretapi yang telah dibina.

Dalam bidang perhubungan pula sultan Abdul Hamid II telah memperkenalkan sistem telegraf yang pertama di dalam kerajaan Othmaniyyah. Bidang perhubungan melalui telegraf merupakan perkara pertama yang dititik berakkan oleh sultan Abdul Hamid II sebaik sahaja beliau ditabalkan menjadi sultan kerajaan Othmaniyyah. Disebabkan oleh kesedaran terhadap kepentingan ini, beliau telah menjemput pakar dari barat yang mahir dalam bidang tersebut datang mengajar rakyat Othmaniyyah tentang ilmu telegraf, beliau telah mengupah pakar telegraf dari Belgium yang bernama Deycro dengan bayaran sebanyak dua ribu keeping wang emas dan menganugrahkan pingat dan darjah khas negara Othmaniyyah.[21]

Dalam masa dua bulan setengah sahaja orang Othmani berjaya mempelajari ilmu telegraf dengan menyeluruh, yang mampu menjawat jawatan sebagai pegawai dan menyelenggara sistem telegraf dalam seluruh kerajaan Othmaniyyah yang menghubungkan beberapa kawasan penting di Anatolia dan Romelli yang berhampiran dengan ibu negara. Setelah itu, alian telegraf sepanjang 30,00 km telah di bentangkan sehingga ke kampung-kampung dengan penyelenggaraan yang teliti.

Disebalik sistem pengangkutan dan perhubungn yang yang dilaksanakan dengan penuh kesungguhan ini, Sultan Abdul Hamid II mempunyai matlamat lain yang lebih strategik, iaitu untuk mengukuhkan konsep Kesataun Islam (Pan Islamisme) dan mengembangkan pemikiran-pemikiran yang berkaitan dengannya. Disini kita dapat lihat bahawa sistem pengangkutan dan perhubungan telah memainkan peranannya dalam penyebaran akhbar, majalah, buku dan jurnal-jurnal sebagai bahan ilmiyah kepada orang Othmani.









3.5 Pembaharuan dalam bidang pengurusan sumber negara (minyak)

Dalam bidang ini Sultan Abdul Hamid II telah mengutuskan seorang penolong kanannya ke negara Amerika, untuk menyatakan hasrat Sultan Abdul Hamid II iaitu membina hubungan baik dengan Amerika serta mengajak negara tersebut untuk berkerjasama dalam mengenal pasti sama ada minyak terdapat didalam kerajaan Othmaniyyah atau tidak. Namun niat tersebut tidak tercapai kerana Amerika tidak berminat untuk berkerjasama dengan kerajaan Othmaniyyah, kerana takut harga minyak di pasaran dunia akan jatuh akibat kewujudan lombong-lombong minyak yang baru.

Sultan Abdul Hamid II semakin yakin akan kewujudan minyak di dalam kerajaan Othmaniyyah, terutama setelah beliau melihat kesungguhan dari negara Jerman dan Inggeris untuk menceroboh dan mencarigali minyak di wilayah kerajaan Othmaniyyah. Lantaran itu, Sultan Abdul Hamid II telah menjemput sekumpulan pakar dari Jepun untuk mencarigali minyak di wilayah Othmaniyyah. Namun pihak Jepun telah memberi persetujuan setelah Sultan Abdul Hamid II turun dari tahta kerajaan Othmaniyyah.[22]

Pencarian dan penggalian minyak merupakan salah satu faktor yang menyebabkan jatuhnya Sultan Abdul Hamid II dari tahta kerajaan Othamaniyyah, kerana beliau menolak untuk mengadakan hubungan baik dengan negara-negara Eropah serta tidak memberi keistimewaan kepada negara-negara tersebut walaupun negara-negara Eropah berlumba-lumba untuk menjalinkan hubungan dengan kerajaan Othmaniyyah, langkah yang diambil aoleh Sultan Abdul Hamid II ini ialah bertujuan demi menjaga sumber kekayaan negara daripada dikuasai oleh kuasa asing yang menpunyai niat yang tidak baik terhadap kerajaan Othmaniyyah. Sultan Abdul Hamid II cuba untuk berhubung dan berbincang dengan Amerika dan Jepun dalam hal tersebut, namun dalam usaha ini beliau telah digulingkan dari tahta tanpa sempat untuk merialisasikan matlamat beliau iaitu untuk mencarigali minyak di wilayah Othmaniyyah.


3.6 Pembaharuan dalam bidang kehakiman

Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II telah berlaku beberapa pembaharuan dalam sistem undang-undang yang membawa kepada pemisahan badan eksekutif daripada badan ketenteraan. Setelah pelbagai pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid II, maka ekoran daripada itu, wujud dan tersebarlah mahkamah sivil di dalam kerajaan Othmaniyyah. Mahkamah yang terdapat pada masa itu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat; antaranya ialah mahkamah rendah, mahkamah rayuan dan mahkamah agung. Ketiga-tiga mahkamah ini tubuhkan diseluruh wilayah kerajaan Othmaniyyah, sistem perundangan pada masa itu telah diolah daripada sistem perundangan Perancis, walau bagaimanapun, sistem perundangan tersebut disesuaikan dengan perundangan syariah Islam. Manakala undang-undang diri tetap mengikut lunas-lunas undang-undang syariat Islam sepenuhnya.[23]

Dengan demikian, sempurnalah ikatan antara kekuasaan politik ketenteraan kehakiman dan pemerintahan. Ia merupakan matlamat gerakan pembaharuan yang dilancarkan oleh pusat pentadbiran negara.[24]

Sultan Abdul Hamid II tidak pernah mencampuri sebarang urusan undang-undang mahupun mahkamah. Beliau adalah seorang yang cintakan perdamaian dan tidak suka kepada pertumpahan darah, beliau tidak pernah memperlakukan musuh politiknya dengan tindakan di luar daripada syariat Islam. Bahkan, beliau membantu keluarga-keluarga mereka dan memberi penghormatan yang tinggi kepada mereka, Contohnya Sultan Abdul Hamid II tidak mencampuri urusan mahkamah sewaktu perbicaraan tentang pembunuhan bapa saudaranya Sultan Abdul Aziz dijalankan. Tetapi beliau menggunakan haknya sebagai sultan untuk mengurangkan hukuman bunuh yang dijatuhkan kepada penjara seumur hidup.


3.7 Pembaharuan dalam sistem pembahagian pentadbiran kawasan

Sultan Abdul Hamid II melaksanakan sistem pentadbiran pusat bagi seluruh kawasan di wilayah Othmaniyyah. Dengan kewujudan sistem ini, setiap gabenor merupakan pegawai yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid II, oleh itu, dalam sistem pentadbiran dan ketenteraan gabenor-gabenor tersebut terikat dengan kuasa yang diberikan oleh sultan atau khalifah.

Wilayah pentadbiran kerajaan Othmaniyyah terbahagi kepada beberapa negeri dan setiap negeri pula dibahagikan kepada beberapa daerah, manakala setiap daerah pula dipecahkan kepada beberapa kawasan. Kawasan region merupakan wilayah pentadbiran yang terkecil. Dalam setiap sesuatu wilayah, ia akan diperintah oleh seorang gabenor atau wali, yang dibantu oleh majlis wilayah tempatan. Urusan pentadbiran di peringkat negeri dikelola oleh seorang Mutasarrifin, manakala pentadbiran diperingkat daerah pula dikelolakan oleh seorang Qaim Maqam dan pentadbiran di peringkat kawasan dikelolakan oleh seorang Mukhtar.[25]

Pada tahun 1299H bersamaan 1881M, Sultan Abdul Hamid II telah memutuskan satu perubahan terhadap sistem pentadbiran bandar al-Quds dengan mengubahnya dari pentadbiran negeri kepada pentadbiran daerah. Oleh itu, bandar tersebut berada dibawah pemerintahan Istanbu ldan tidak lagi berada dibawah pemerintahan Damsyik. Tujuannya ialah untuk memberi pelang kepada ibu negara untuk menghadkan dan memerhatikan penghijrahan orang Yahudi ke Palestin.[26]






3.8 Pembaharuan dalam bidang kebudayaan dan media

Semasa Sultan Abdul Hamid II memerintah kerajaan Othmaniyyah beliau telah mengambil satu polisi dalaman negara dengan jangka masa panjang, bagi tujuan untuk menyebarkan kesedaran dan kebudayaan Islam. Dalam masa pemerintahan beliau pelbagai majalah, akhbar dan buku-buku karya asli atau terjemahan daripada bahasa lain tersebar luas di serata wilayah negara. Beliau juga telah menubuhkan satu biro khas di bawah penyeliaan kementerian pendidikan yang bertugas menguatkuasakan undang-undang berkenaan denagan akhbar dan bahan-bahan bercetak untuk keperluan sekolah dan kementerian sendiri.

Sultan Abdul Hamid II berusaha mencegah kemasukan buku-buku, akhbar dan karya barat ke dalam negara. Dengan kecekapan yang dimiliki oleh Sultan Abdul Hamid II dan kebijaksanaannya dalam bidang politik, beliau berpendapat bahawa pengawas adalah satu yang akan bertanggungjawab menghadapi sesiapa sahaja yang cuba meracuni kerajaan Othmaniyyah yang sedang berjuang dalam arus pemodenan pertembungan tamadun.

Miskipun, pengawasan dan penapisan yang rapi dilakukan secara surius, namun kemasukan buku-buku dari negara barat tetap kuat, kerana sebahagian besarnya dikirim melalui perkhidmatan pos diplomatik negara asing yang dibenarkan masuk kedalam negara tanpa pemeriksaan . Pada zaman Sultan Abdul Hamid II, pelbagai akhbar, majalah dan buku berkembang pesat dan ia dianggap sebagai zaman yang paling maju dalam bidang pendidikan dan kebuadayaan sepanjang pemerintahan kerajaan Othmaniyyah.[27]






4.0 Kesimpulan

Pada zaman pemerintahan Sultan Adbul Hamid II, kerajaan Othmaniyyah berada dalam era kejatuhan dan juga era tanzimat, walaupun banyak masalah yang berlaku didalam kerajaan pada waktu itu, beliau masih lagi berjaya untuk membuat pelbagi pembaharuan, yang bertujuan agar kerajaan Othmaniyyah tidak akan dapat dirampas oleh kuasa-kuasa asing.

Kejayaan beliau dalam menangani masalah hutang yang ditanggung oleh kerajaan Othmaniyyah merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan, dan bertitik tolak daripada faktor inilah kerajaan Othmaniyyah pada zaman pemerintahannya kelihatan begitu gah dan maju, seiring dengan peredaran zaman.

Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksakan oleh beliau juga telah mengubah sistem pentadbiran dan memajukan kerajaan Othmaniyyah, antara pembaharuan-pembaharuan yang telah beliau laksanakan ialah dalam bidang ekonomi, pertahanan dan keamanan Negara, dalam bidang pendidikan, sistem perhubungan dan pengangkutan, pengurusan sumber kekayaan Negara, sistem kehakiman, sistem pentadbiran kawasan serta pembaharuan dalam bidang kebudayaan dan informasi.

[1] Dr. Hamka,. 1980, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, hlm. 346.
[2] Dusuki Hj. Ahmad. 1974, Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. hlm.386.
[3] Wikipedia Bahasa Inggeris
[4] Dr. Eeman Mohamed Abbas, 2002, Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khalifah Islamiah, Pustaka Salam SDN.BHD, Kala Lumpur, hlm. 102,105, 109.
[5] Ibid. hlm. 136-137.
[6] Dusuki Hj. Ahmad. 1974, Ikhtisar Perkembangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. hlm. 421.
[7] Ibid. hlm.423.
[8] Dr. Hamka,. 1980, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, hlm. 402.
[9] Dr. Eeman Mohamed Abbas, 2002, Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khalifah Islamiah, Pustaka Salam SDN.BHD, Kala Lumpur, hlm. 373.
[10] Dr. Eeman Mohamed Abbas, 2002, Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khalifah Islamiah, Pustaka Salam SDN.BHD, Kala Lumpur, hlm xxvii.
[11] Ibid. hlm. 213.
[12] Ibid.
[13] Dr. Sayyar al-Jamil, 1997, al-Arab wa al-Atrak; al-Inbiath min al-Athhmanah ila al-‘Amanah, Markaz Dirasat al-Wihdah al-‘Arabiyyah, Bairut. Hlm.76-79.
[14] Dr. Eeman Mohamed Abbas, 2002, Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khalifah Islamiah, Pustaka Salam SDN.BHD, Kala Lumpur, hlm. 214.
[15] Ibid.hlm.215-216.
[16] Ibid. hlm.216.
[17] Ibid. hlm.217
[18] Ibid.
[19] Dr. Eeman Mohamed Abbas, 2002, Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khalifah Islamiah, Pustaka Salam SDN.BHD, Kala Lumpur, hlm. 218.
[20] Ibid. hlm. 220.
[21] Ibid. hlm. 223-224.
[22] Ibid. hlm. 227.
[23] Ibid. hlm. 228.
[24] Yusuf al-Hakim, 1964, suriya wa al-‘ahd al-Othmaniyy, Bairut. hlm. 33-35.
[25] Dr. Eeman Mohamed Abbas, 2002, Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khalifah Islamiah, Pustaka Salam SDN.BHD, Kala Lumpur, hlm. 230.
[26] Ibid.
[27] Ibid. hlm. 230-231.

perkembangan tamadun Islam di Andalus

Ulasan kertas kerja
Perkembangan Tamadun Islam Di Andalus (711-1492M):
Satu Sorotan Sejarah Menurut Sumber-sumber Berbahasa Indonesia


Dalam bahagian ini penulis membincangkan tentang perkembangan tamadun Islam di Andalus, yang menjurus kapada kedatangan Islam ke Andalus, kekusaan Banu Umayyah di Andalus dan kekusaan kerajaan-kerajaan kecil yang dikenali dengan Muluk Tawa’if, bagi melengkapkan penulisan beliau, penulis juga membincangkan tentang kemerosotan Islam di Andalus. Di dalam bahagian yang membincangkan tentang kerajaan Muluk Tawa’if penulis menghuraikan secara rengkas tetapi bermaklumat tentang kerajaan-kerajaan kecil yang terapat di Andalus Antaranya kerajaan Banu Hamud di Cardova dan di Malaga, kerajaan banu ‘Abbad, kerajaan Banu Aftas, kerajaan Banu Dhu al-Nun, kerajaan banu Sanjanah, kerajaan Banu Hud, kerajaan al-Murabitun, kerajaan al-Muwahhidun dan kerajaan Banu al-Ahmar.

Menurut penulis, sebelum Islam betapak di Andalus, semenanjung ini peritah oleh Raderick (709-711M) yang berpusat di Toledo. Kerajaan ini bermusuh dengan kerajaan yang diperintah oleh Ceuta yang terletak di Afrika Utara. Kerajaan Ceuta telah meminta bantuan dari Amir Musa b. Nusayr (716M) untuk berkomplot melawan kerajaan yang diperintah oleh Raderick, dan ini merupakan peluang yang baik bagi orang Islam untuk menawan Andalus. Akhirnya Andalus apat ditawan oleh tentera Islam di bawah pimpinan Tarik b. Ziyad.

Ketika kerajaan Banu Umayyah bertapak di Andalus (756-1031) di bawah pimpinan Abd al-Rahman al-Dakhil, beliau telah memindahkan pusat pemerintahan dari Toledo ke Cordova dan memerintah selama 34 tahun. Pada masa pemerintahannya beliau telah menjadikan bumi Andalus yang genrsang kepada bumi yang subur menghijau, ekonomi yang mantap dan pentandiran yang begitu memberangsangkan dari segenap aspek sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Pada zaman pemerintahan Banu Umayyah terdapat seramai 17 orang Amir yang memerintah kerajaan ini yang berjaya meluaskan kekusaannya selama 320 tahun. Setelah kerajaan Banu Umayyah mengalami zaman kegelapan dan kelemah lantaran daripada itu wujudnya kerajaan Muluk Tawa’if di Andalus. Kerajaan ini wujud disebabkan kelemahan pemerintahan kerajaan pusat yng terletak di Cordova. Keraajan Muluk Tawa’if yang pertama yang muncul pada waktu tersebut ialah kerajaan Banu Hamud di Cardova yang dipimpin oleh Amir ‘Ali b. Hammud (407H/1016M) yang memakai gelaran al-Mutawakil, memerintah selama 8 tahun dan kemudiannya diperintah oleh kerajaanBanu Hammud yang berpusat di Malaga, kerajaan ini memeritah selama 28 tahun dan mempunyai 5 orang pemerintah selama tempoh pemerintahannya. Namun kerajaan ini tidak bertahan lama kerana berlaku perebutan kuasa dan peperang saudara dan ini merupakan faktor kelemah kerajaan Banu Hammud.

Kerajaan Banu ‘Abbad di Seville yang diasaskan oleh Abu Qasim bertapak di di Andalus (414H/1023M). al-Mu’tadid (1041-1068) kemudian al-Mutamid (1068-1091M). Kerajaan ini bertahan selama 69 tahun dan dipimpin oleh tiga orang pemerintah iaitu Abu Qasim (1023-1041M), al-Mu’tadid (1041-1068) dan kemudiannya al-Mutamid (1068-1091M). Kerajaan ini akhirnya berjaya ditawan oleh kerajaan al-Murabitun dan berakhirlah kerajaan banu ‘Abbad di Andalus. Kerajaan Banu Aftas yang berpusat di Badajoz, Portogal pula diasakan oleh ‘Abd Allah b. Musallamah ( 1030M), beliau merupakan keturunan Banu Aftas dan juga merupakan panglima perang yang dihormati dan disegani. Kerajaan ini berjaya bertapak di Andalus selama 66 tahun dan mempunyai tiga orang pemerintah. Pada tahun 1096 kerajaan ini telah ditawan oleh kerajaan al-Murabitun dan lantaran daripada itu berakhirlah pemerintahannya di bumi Andalus.

Kerajaan Banu Dhu al-Nun yang berpusat di Toledo diasaskan oleh Amir ‘Ismail b. Abd al-Rahman b.Sulayman b. Dhi al-Nun dari kabilah Yamani. Setalah beliau berjaya memperluaskan kekuasaan pemerintahan, beliau kemudiannya mengishtiharkan pemerintahan sendiri dan memakai gelaran al-Zafir (1035-1037M). Kerajaan Banu Dhu al-Nun memerintah selama 51 tahun yang dipimpin oleh tiga orang pemerintah iaitu al-Zafir, al-Ma’mun dan al-Qadir. Kerajaan ini kemudiannya berjaya ditawan oleh Alfanso pada tahun 1085M yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Banu Dhu al-Nun.
Menurut penulis, kerajaan Banu Sanjanah di Granada dikenali dengan nama Banu Ziri kerana diasaskan oleh seorang Amir yang bernama Amir Zawi b. Ziri yang merupakan dari suku besar Sanjanah. Disebabkan konflik dalaman yang berlaku dalam kerajaan Sanjanah di Afrika Utara Zawi b. Ziri telah pergi ke Andalus dan memberi sepenuh ketaatan kepada al-mansur dan dilantik menjawat jawatan sebagai panglima dan Gabenor di Granada, beliau kemudiannya membentuk kerajaan sendiri yang bebas dari pemerintahan pusat setelah tercetusnya perang di Cordova yang dikenali dengan nama kerajaan Banu sanjanah yang memeritah selama 82 dan diperintah oleh lima orang Amir, kerajaan ini jatuh semasa zaman pemerintah ‘Abd Allah b. Yaqin (1074-1090M.

Manakala kerajaan Banu Hud yang teletak di timur laut Andalus, dan berpusat di Saragossa yang mempunyai dua pelabuhan utama iaitu Tarragona dan Tertosa, kerajaan ini diasaskan oleh Abu Ayyub Sulayman b. Muhammad b. Hud pada tahun 1019M setelah berjaya menyingkir Amir al-Muzaffar di Saragossa dan memakai gelaran al-Musta’in. Kerajaan ini berjaya memerintah selama 100 tahun di bawah pimpinan lima orang Amir. Pada tahun 1118M kerajaan ini telah berjaya berjaya dikalahkan oleh Alfanso I dan sekaligus melenyapkan pemerintahannya di Andalus.

Menurut penulis lagi, kerajaan lain yang terdapat di Andalaus ialah kerajaan al-Murabitun yang diasaskan oleh Yusuf b. Tashfin pada 1090M dari golongan Barbar lamtunah, yang berasal dari satu gerakan keagamaan. Kerajaan ini merupakan kerajaan yang kuat pada masa tersebut dan berjaya meluaskan kekuasaannya di Andalus, beliau meniggal dunia pada usia 100 tahun dan sempat memerintah selama 46 tahun, kerajaan al-Murabitun diganti oleh anak beliau pada tahun 1106-1142M yang memerintah selama 36 tahun dan kemudiannya diganti oleh Tasyfin b. Ali pada tahun 1120M setelah berlakunya pelbagai konflik dalaman, kerajaan al-Murabitun kemudiannya berjaya ditawan oleh kerajaan Muwahhidun pada tahun 1146M yang berpusat di Afrika Barat.

Kerajaan al-Muwahhidun merupakan sebuah kerajaan yang dipimpin oleh ‘Abu al-Mu’min pada tahun 1130M berasal dari golongan Barbar suku masmudah yang merupakan satu gerakan ketauhidan. Pada zaman pemerinahan al-Mu’min beliau telah berjaya meluaskan pemerintahannya di Amdalus sehingga keperbatasan kerajaan Fatimiyyah, beliau juga telah banyak membuat pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan al-Muwahhidun di perintan oleh lima orang Amir antaranya ‘Abd al-Mu’min (1130M), Abu Ya’qub Yusuf I (1163M), Abu Ya’qub al-Mansur (1182M), Muhammad al-Nasir (1199M) dan Abu Ya’qub Yusuf II (1213-1223M). Kerajaan ini merupakan sebuah kerajaan yang sezaman dengan zaman pemerintahan Sultan Salih al-Din al-Ayyubi, kerajaan al-Muwahhidun dapat ditewaskan oleh tentera Kristian pada zaman pemerintahan Abu Ya’qub Yusuf II dan sekaligus melenyapkan kekuasaanyan yang memerintah selama 155 tahun.

Sebuah lagi kerajaan kecil yang begitu habat dan paling lama memerintah di Andalus ialah kerajaan Banu Ahmar atau dikenali juga dengan kerajaan Nasriyah yang berpusat di Granada. Kerajaan ini diasaskan oleh Muhammad b. Yusuf b. Nasr dan pemerintah yang terakhir ialah Abu ‘Abd Allah b. Mawlay ‘Ali, kerajaan ini berjaya memerintah selama 250 tahun. Kemudiannya, kerajaan Banu Ahmar berjaya dikalahkan oleh kerajaan Kristian di bawah pimpinan Raja Fardinad dan Ratu Isabella pada tahun 1491M. Setelah jatuhnya kerajaan Banu Ahmar maka berakhirlah kerajaan Islam agung Islam di Andalus yang meninggalkan sejarah ketamadun Islam yang begitu gah dan hebat di mata dunia.

Menurut penulis, zaman kemerosotan Islam di Andalus bermula setelah jatuhnya kerajaan Banu Ahmar di yang berpusat di Granada disebabkn oleh gabungan kuasa antara Raja Fardinad dan Ratu Isabella yang telah meletakkan dua syarat yang sangat sukar di terima oleh umat Islam iaitu menganut agama Kristian atau meninggalkan bumi Andalus. Umat Islam dan orang Yahudi diperlakukan begitu kejam oleh golongan Kistian. Peradaban dan tamadun Islam di Andalus dimusnahkan. Masjid di Cordova di jadikan gereja, manakala perpustakaan, buku-buku dan manuskrip dibakar dan dimusnahkan oleh orang Kristian. Semua peninggalan bersejarah umat Islam terdahulu hanya menjai warisan dunia pada hari ini.

warkah buat mak

Mak.....Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kiter kansejuk sahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm... rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal kan anak2 mak.....nak tinggal kan dunia fana ni.....mak macam dan sedia.....Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....kakak pun rasa hairan..... mak tak penah buat gitu.....pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....kengkadang siaran indonesia... mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringimak kekuburan...Pastu mak basuh tangga rumah bersih².....pastu mak jemur karpet dan yang paling menarik sekali mak kabo katmaner sume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari.....ada kat dalam dalam beg.....ada dalam ASB.....ada kat dalam gulung tikar.....masa tu mak perasan takk..??kiter gelak sakann bila mak kabo duit dalam gulung tikar...kiter kata mak memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak jugaeeemmm.. bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....Hari tu hari sabtu 1/04/2003 pukul 3 petang mak tiba² sakit perut.....bila malam tu kiter sampai dari Pahang..... mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap tak mboh pi hospital.....dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...Mak kata mak tak mboh duduk dalam hospital.....tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor... ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer..Mak tetap tak bersetuju..... mak memang degil...tak salah anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...mak sakit perut sampai nak sentuhh perut mak pun sakit...kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....Mak..... ampunn kan kami semua... kami nak mak sehat...kami sayang mak... kami tak moh mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....ampon kan kami yer mak....

Mak.....Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhirkali mak naik kereta kiter...Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak bila kiter kata nakbeli kereta....Mak asyikk tanya ajer.. cukup ker duitt.. kiter jawap pula... kalau takcukupp mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....Lepas tu bila kereta kiter sampai..... mak buat kenduri kesyukuran.....Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar keling naik motor.....Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali kabo kat mak.....Bila balik sahaja kampong, kiter cecepat simpan keta dalam garaj.....Tapi mak perasan juga bumper depan kiter kemek... mak tanya kenapa...?Selamba bodoo jerr kiter jawap terlangar pokok bunga.....Mak.... tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..mak kiter menipu mak kan... ampun kan kiter....

Mak.....Jam 3.30 pagi 12/04/2003Bila tiba aja kat hospital.... nurse tengah balut mak dengan kain putih.....mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...mesti mak nampak semua tu kann... kann.. kannnMak tau tak....Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaanseparuh sedar...Adik kat sebelah diam melayan perasann...Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan pun rasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....Masa tu seandainya apa² terjadi di jalan itu kiter rela...Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...di sebab kan pagi masih awal jadi jalan tu lenggang..kosong.... sekosong hati ini.....Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....terasa syahdu dan sayu gitu... dinginnnn....

Mak.....Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....Anak² mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....Mak perasan tak...?Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....Dia kata..." dikk... jangan nangis... kalau sayang mak jangan buatgitu... jangan nangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni.. tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....
Mak.....Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter nangis ni.....Ni kat opiss... baru pukul 7.08 pagi....Takder orang lagi kat opis ni..... kiter sedih... kiter rindu kat mak..!Takpa la..... nanti bila kiter sembanyang kiter baca yassin untuk mak...mak tunggu ya...!
Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selama nya....Semua anak² mak mengelilingi mak... menatap wajah mak buat kali terakhir....Semua orang kata mak seolah² senyum aja...Mak rasa tak.... masa tu kiter sentuh dahi mak....kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....Kiter tak mampu nak cium mak... kiter tak daya....Airmata kiter tak boleh tahan....Jam 12 tengahari mak di turun kan dari rumah....kaki kiter terus lemahh... dunia terasa berputar... tiba² kiter rasa gelap...
Jam 5.00 petang....Bila terjaga kiter rasa kepala berdenyut denyut...badan terasa panas... mata semakin kecil...makk... anak mak demam nih..!Mak tauu... cuma kiter sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ketanah perkuburan... Akak kata kiter pengsan...Terkilan.. terkilan sungguh terkilan...Kenapa kiter lemah..?kenapa anak mak yang lain tidak begitu..?kenapa adik boleh bertahan..??

Mak.....Hari² kiter lalui tanpa keujudan mak lagi...Begitu terasa kehilangan mak... boleh kata setiap malam selepasmaghrib anak mak ini berendam airmata...Dan sampai satu tahap.... masa tu malam jumaat selepas maghrib...Selepas kiter baca yassin....entah kenapa kiter keluarkan gambar²mak pastu apa lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat di bendung...Mak tauu... kiter cuba bertahan... memujuk diri sendiri tapi tak jugareda...Kiter rasa nak telefon mak...nak cakap dengan mak....Mak... gila kah anak mak ini..????Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...Kiter cakap dengan kakak.. kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter...Akak kata..." tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.. nantikalau gini ajer, mak yang susah kat sana.."Dan akhirnya akak juga nangis.....Agaknya mak nampak adegan tu...sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...mengharap sedekah dari anak² nya...Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat....menusuk nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....cukup la sampai sini dulu....esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....Mula² kiter tak tau nak hantar mana surat nih...pastu kawan kiter kabo....hantar la kat Majalah Kedai Enzinetuuuu.... betul jugak..!Kiter cuma tau alamat ni aje...Takper yer mak... kiter kasi orang lain baca...Kiter stop dulu... sebab boss kiter dah maghi...akhir kata untuk mak... I LOVE YOU SO MUCHdan jutaan terima kasih keranamembesarkan kiter...memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk universiti.. sampai kiter pandai mengoratt...sampai kiter dah berkeroje.. sampai kiter pandai bertenettt gitu.....Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih.Yang Benar
~Anak mak yang dah tak degil~