Friday 11 September 2009

RINTIHAN SEORANG IBU


"Mak tidak kisah jika kamu tak nak ajak mak tinggal bersama asal kita dapat bertemu pada hari raya ini," katanya.


Sebagai ibu, katanya, beliau tetap mendoakan kesejahteraan anaknya dan berharap mereka berjaya dan bahagia bersama keluarga masing-masing.


Sambil mengangkat tangan seumpama berdoa ketika ditemu bual, Hanijah berkata, beliau tidak mengharapkan apa-apa bantuan, tetapi sekadar mahu berjumpa anak-anaknya pada hari mulia yang bakal menjelang.
Sangat menyentuh perasaan ( Moga doa Mak cik dimakbul Allah)

PULANGLAH BERJUMPA MEREKA SELAGI MASIH ADA

Buat semua dan diri ku juga moga tak lupa jasa ayah bonda, semasa mereka hiduplah kita sebagia anak harus berbakti.. walau sebesar mana pun jawatan kita bila mereka sudah tiada kita tidak akan mampu untuk membantu mereka, bukan emas permata, bukan wang ringgit yang mereka perlukan cukup ingatan dan kasih sayang dari anak-anak yang mereka besarkan..walau apa pun salah mereka kepada kita, kita harus sedar bahawa merelah yang telah bersusah payah mengorban nya demi kita... walau pun gaji kite beribu ringgit tapi bila mereka tiada.. 10sen duit kita untuk diberikan kepada mereka tak lagi berguna... takkan kita nak tunggu mereka tiada baru nak menyesal... pulanglah jenguklah ayah bonda selagi mereka masih ada..

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk muKehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwaPunyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjayaDia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa Jasa bonda