Wednesday 12 May 2010

ISLAM DI RUSIA

Fail:Kazan kremlin at night.JPG


Menurut Jabatan Negara Amerika Syarikat, terdapat kira-kira 21-28 juta penduduk Islam di Rusia, mewakili sekurang-kurangnya 15-20 peratus daripada jumlah penduduk negara Rusia dan membentuk agama minoriti yang terbesar. Kelompak masyarakat terbesar Islam tertumpu di antara warganegara minoriti yang tinggal di antara Laut Hitam dan Laut Caspian:Adyghe, Balkar, Nogai, Chechen, Circassian, Ingush, Kabardin, Karachay dan banyak bilangan warga negara Dagestan. DiVolga Basin tengah ada penduduk besar Tatar dan Bashkir, kebanyakan mereka Muslim. Banyak penduduk Islam juga tinggal di Perm Krai dan Ulyanovsk, Samara, Nizhny Novgorod, Moscow, Tyumen dan Leningrad Oblast (kebanyakannya kaum Tatar).

Sejarah Islam Di Rusia

Penduduk Islam pertama di wilayah Rusia adalah masyarakat Daghestan di kawasan Derbent selepas penaklukan Arab pada abad ke-8. Negeri Islam yang pertama adalah Volga Bulgaria (922. Kaum Tatar mewarisi agama Islam dari negeri itu. Kemudian kebanyakan Orang Turki Eropah dan Kaukasia juga menjadi pengikut Islam. Islam di Rusia telah mempunyai kewujudan yang lama, melebarkan ke seawal penaklukan kawasan Volga Tengah pada abad ke-16, yang membawa orangTatar dan berkenaan Orang Turki di Volga Tengah ke dalam negara Rusia. Pada abad ke-18 dan ke-19, taklukan Rusia di Kaukasus Utara membawa orang-orang Islam dari kawasan ini-- Dagestan, Chechen, Circassia, Ingush, dan lain-lain--ke dalam negara Rusia. Further afield, negeri-negeri bebas di Asia Tengah dan Azerbaijan telah dibawa masuk ke dalam the Russian state as part of the same imperialist push that incorporated the North Caucasus. The lower Volga MuslimAstrakhan Khanate was conquered by Russian empire in 1556. The Khanate of Kazan was conquered in 1552 and Crimean Khanate was conquered in 1739 by Russian empire. The Siberia Khanate was conquered by Russian empire in 16th century by defeating Siberian Tatars which opened whole Siberia for Russian conquest. Most Muslims living in Russia are the indigenous people of lands long ago seized by the expanding imperialist Russian empire. Kievan Rus juga telah dapat kesempatan untuk memeluk Islam dari missionary Volga Bulgaria, tetapi orang Slav Timur menerima agama Kristian.

Akhirnya semua orang Muslim di Rusia mengikut ajaran Islam Sunni. Dalam beberapa kawasan, terutamanya Chechnya, ada tradisi Sufisme, sebuah variasi bermistik Islam yang menegaskan pada carian jalan seorang individu bersatu dengan Tuhan. Ritual Sufi, diamalkan untuk memberikan orang Chechen semangat kuat untuk menolak tekanan orang asing, menjadi legenda di antara askar-askar Rusia yang melawan orang Chechen pada zaman tsar. Orang Azeri juga pada sejarah dan masih lagi pengikut Syiah Islam, apabila republik mereka terpisah dari Soviet Union, banyak bilangan Azeri datang ke Rusia untuk mencari pekerjaan. Qur'an pertama yang dicetak diterbitkan di Kazan, Russia pada 1801.Satu lagi fenomena adalah gerakan Wäisi.


Islam Masa Kini


Hubungan antara Pemerintah Rusia dengan aspek-aspek penduduk Muslim sejak awal sudah diwarnai dengan adanya ketidakpercayaan dan keraguan. Pada tahun 1992, misalnya, Sheikh Rawil Ghaynetdin, imam dari Masjid Moskow, mengeluhkan bahwa "negara kita [Russia] masih mewarisi ideologi dari kepemimpinan Tsar, yang mempercayai bahwa hanya aqidah Ortodoks sahaja yang boleh dijadikan pegangan, sebagai agama rasmi negara." Kerajaan Russia pula, untuk bahagiannya, risau akan kebangkitan Islam sebagai mana yang dipersaksikan pada tahun 1980 dengan Afghanistan dan keduanya , Iran. Kemuncak kerisauan kerajaan berlaku pada tahuyn 1992, yang mana sebuah konferens telah diadakan diSaratov oleh Parti Pembaharuan Islam. Wakil-wakil yang menghadiri konferens tersebut datang daripada pelbagai tempat, kebanyakannya dari Republik Asia Tengah yang baru-baru sahaja merdeka, Azerbaijan, dan dari pelbagai jajahan autonomi RUssia, termasuk Republik Autonomi Tatarstan dan Bashkortostan. Pertemuan tersebut telah menimbulkan kesedaran di Moskow akan kebolehan Islam untuk tersebar luas di Russia terutamnya dari negara-negara Islam yang baru merdeka dan juga negara-negara yang masih di bawah jajahan Soviet. Untuk itu, Kerajaan Russia telah mengelola pembiayaan pertahanan dan politikal untuk diktator-diktator sekular bagi lima republik Asia Tengah, yang kesemuanya tidak memihak kepada politik Islam. Sehingga pertengahan 1990, kebangkitan Islam hanyalah merupakan alasan standard untuk desakan nasionalis radikal bahawa, Russia berjaya mengawal kebangkitan tersebut.

Usaha untuk menggariskan kuasa kerajaan federal dan lokal di Rusia juga turut mempengarushi hubungan Russia dengan komuniti Islam. Kerajaan Russia mewariskan dua daripada empat jabatan kerohanian, atau jabatan mufti, yang telah sedia ada sejak era Stalin untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti agama Islam, di setiap pelusuk Soviet Union; manakala dua lagi jabatan terletak di Tashkent dan Baku. Satu daripada dua jabatan tersebut mempunyai bidang kuasa di Russia Eropah danSiberia, dan yang satu lagi bertanggung jawab ke atas golongan Muslim di Caucasus Utara dan daerah Transcaspian. Pada tahun 1992, beberapa Pertubuhan Islam menarik diri daripada berada di bawah kuasa jabatan mufti dan mencuba untuk mewujudkan jabatan kerohanian mereka sendiri. Selepas tahun tersebut, Tatarstan dan Bashkortostan menarik pengiktirafan mereka daripada jabatan mufti Russia Eropah dan Siberia, dan mewujudkan jabatan mufti mereka sendri.

Terdapat banyak bukti rasmi mengedai perdamaian terhadap Islam di Russia pada tahun 1990. Jumlah umat islam yang dibenarkan untuk mengerjakan Haji di Mekkah meningkat secara mendadak selepas sekatan mutlak Era Soviet yang berakhir pada 1990. Pencetakan Al-Quran telah diperbolehkan, dan banyak masjid sedang dibina di kawasan-kawasan yang mempunya populasi Islam yang tinggi. Pada tahun 1995, Union of Muslims of Russia telah ditubuhkan, diketuai olwhKhatyb Mukaddas dari Tatarstan, yang bertujuan untuk memperbaiki persefahaman antara etnik dan membasmi salah faham orang-orang Russia terhadap konsep Islam. Pertubuhan itu merupakan hasil kejayaan daripada Union of Muslimspra-perang dunia I, yang mana pertubuhan tersebut mempunyai kumpulan kecilnya sendiri di Russian Duma. Pertubuhan yang wujud selaps era kommunis telah menubuhkan sebuah parti politik Nur All-Russia Muslim Public Movement yang mempunyai hubungan rapat dengan ulama-ulama Islam untuk membela politik, ekonomi dan hak-hak budaya orang-orang Islam dan etnik-etnik minor yang lain. Pusat budaya Islam Russia yang mempunyai sebuah madrasah telah dibuka di Moskow pada tahun 1991. Pada era 1990-an, jumlah percetakan risalah Islam telah meningkat. Antaranya ialah dua buah majalah dalam bahasa Russia, "Эхо Кавказа" (transliteration: Ekho Kavkaza) dan "Исламский вестник" (Islamsky Vestnik), dan sebuah akhbar berbahasa Russia "Исламские новости" (Islamskiye Novosti;"berita Islam") telah diterbit diMakhachkala, Degestan.

"Sobornaya" merupakan salah sebuah masjid di Moskow yang dapat menampung populasi Islam Moskow berjumlah lebih daripada 2,5 juta - bandar terbesar di Eropah. Pada hari ini, diding biru muda masjid tersebut tidak dapat lagi menampung jumlah ratusan umat Islam yang menghadirinya. Pada hari Jumaat dan hari-hari perayaan lain, masjid tersebut dilimpahi umat Islam, membuatkan umat Islam terpaksa bersolat di atas keratan-keratan akhbar di luar perkarangan masjid, membiarkan dahi mereka bersujud di atas konkrit. Ketua-ketua orang Islam berkata, mereka akan mencuba untuk menambah binaan baru, tetapi disekat oleh kerajaan tempatan, kerana takut perbuatan ini dapat menimbulkan kemarahan di kalangan majoriti etnik Russia. Serangan terhadap Masjid juga turut meningkat. Pada September 2006, seorang Imam telah ditembak mati diluar rumahnya di selatan bandar tersebut. Rusuhan yang berlaku pada bulan Ogos telah membuatkan orang Islam Chechens dan muhajirin-muhajirin lain dari daerah Caucasus dihalau oleh kumpulan-kumpulan perusuh ke kawasan barat laut bandar tersebut.

Islam semakin subur di seluruh pelusuk Russia. Golongan-golang ekspert berkata, negara tersebut sedang mengalami perubahan yang mana sekiranya keadaan ini berterusan, hampir satu pertiga daripada populasi Russia akan memeluk agama suci Islam menjelang pertengahan abad ini. Etnik Russia mempunyai kadar kelahiran yang rendah dan kadar kematian yang tinggi akibat alkaholisme, manakala orang-orang Islam mempunyai kadar kelahiran yang tinggi dah alkoholisme dipandang haram. Sejak 1989, populasi Islam Russia telah meningkat kepada hampir-hampir 25 juta.Terdapat juga Universiti Islam Rusia in Kazan, Tatarstan. Universiti ini menggunakan bahasa Rusia dan bahasa Tatar.

Istana Kornik, Poland simpan khazanah Islam

Istana Kornik, Poland simpan khazanah Islam


Reka bentuk gerbang dan tiang yang mengambil motif Islam di zaman lampau.


Apabila menyebut tentang Poland, sebuah negara di Eropah Timur kita tentu masih ingat bagaimana satu ketika dahulu ia begitu kuat di bawah pengaruh komunis. Malah ia merupakan sebuah negara republik dengan Kristian sebagai agama rasmi. Tetapi di sebalik pengaruh komunisme dan kristianisasi, terdapat tinggalan warisan Islam di negara itu terutama pada seni bina sebuah istana lama yang dikenali sebagai Istana Kornik (disebut Kurnik).

Istana ini mungkin tiada kaitannya sebagai salah sebuah institusi Islam yang lazimnya dibicarakan dalam ruangan ini.

Namun negara yang terletak di antara Jerman di barat, Republik Czech dan Slovakia di selatan, Ukraine dan Belarus di timur, dan Laut Baltik, Lithuania dan Rusia di utara, Poland sebenarnya menyimpan pelbagai kisah yang mempunyai hubung kait dengan agama itu.

Istana Kornik yang terletak di Poznan, bandar kelima terbesar Poland, misalnya menyingkap misteri tersendiri ekoran seni binanya sangat mirip dengan seni bina Islam.

Sebagai sebuah istana lama di Eropah, istana Kornik sangat terkenal kerana konsep binaannya menggabungkan tiga konsep seni bina Islam yang terkenal dunia. Gabungan itu ialah konsep Moorish Lions Court, Istana al-Hambra, Sepanyol untuk ruang depan istana, konsep Masjid Sultan Hassan di Kaherah Mesir untuk pintu gerbang laluan masuk ke dewan Istana dan konsep binaan Taj Mahal, Agra, India untuk ruang bahagian tembok dinding istana.

Istana yang kini merupakan sebuah muzium terkenal mempunyai kisah sejarah yang sangat panjang iaitu bermula sejaki tahun 1362.

Dikatakan nama istana ini berasal daripada perkataan 'Gorkow' atau 'Gorka' iaitu nama keluarga pemilik asal istana ini, Mikolai Gorka yang merupakan Canselor Dewan Rakyat Poznan.

Sehinggalah pada tahun 1592, istana itu berpindah milik kepada keluarga Count Titus Dzialynski yang dibina semula pada tahun 1840 dengan mengambil sentuhan binaan yang bercirikan Islam.

Count Titus menjadi tokoh yang berperanan menjadikan istana itu mirip seni bina Islam dalam usaha untuk memelihara dan mengekalkannya sebagai sebuah muzium.

Seperti yang ditulis oleh seorang wartawan yang juga jurugambar profesional, Malgorzata de Latour Abdalla dalam rencananya yang disiarkan di akhbar Gulf Today, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Count Titus adalah antara masyarakat Eropah yang dapat menerima pengaruh-pengaruh Timur atau Islam.

Mereka amat terkesan dan kagum dengan era kegemilangan Islam terutama ketika Islam di Sepanyol dan India.

Walaupun kedudukan Poland itu sendiri beribu-ribu kilometer jauhnya dari timur empayar Islam di Sepanyol namun ia tidak menghalang pengaruh seni bina Islam untuk sampai ke negara itu.

Kata Malgorzata, minat yang sungguh mendalam dalam pengajian orientalisme di kebanyakan negara-negara Eropah telah menyebabkan mereka semakin terbuka dalam soal budaya.

Menurutnya, keadaan itu tidak menghairankan kerana hubungan antara Eropah Tengah dan kerajaan Islam Uthmaniah pada akhir abad ke-17 telah menyebabkan pengaruh Turki tersebar luas di Poland.

"Ini termasuklah pakaian yang dipakai oleh golongan aristokrat atau bangsawan Eropah iaitu jubah dan kot, selendang sehinggalah baju besi untuk pahlawan sebenarnya berasal dari Turki.

"Seperti yang kerap tertulis di mana-mana, tanpa Islam, Eropah tidak akan wujud," jelasnya.

Selain seni bina yang indah dan unik bercirikan Islam, seperkara yang mesti diketahui mengenai Istana Kornik ini ialah di situ juga tersimpannya beberapa khazanah silam Islam yang unggul dan suci.

Khazanah itu adalah dua naskhah kitab al-Quran lama yang begitu indah bagaikan permata yang usianya dari seawal abad ke -5 dan 17 namun tetap terpelihara.

Naskhah awal abad ke -5 itu adalah al-Quran yang dikenalpasti penemuannya pada tahun 1470 atau 1471 (bersamaan 874 H). Sebuah al-Quran yang sangat unik apabila kesemua 30 juzuk ayat-ayatnya dapat dimuatkan dalam naskhah yang hanya berukuran 12 kali 15 sentimeter.

Ayat-ayat al-Quran pada naskhah itu ditulis menggunakan dakwat hitam dengan khat berbentuk 'Nashi'. Namun ragam hiasan sekelilingnya adalah antara yang paling indah pernah ditemui berdasarkan usia naskhah yang muka depannya diperbuat daripada kulit.

Ragam hiasnya bermotifkan flora dan fauna serta keunikan geometrik dengan bertemakan warna biru dan keemasan yang kekal indah menarik perhatian sehingga hari ini.

Ini menjadikan naskhah ini mempunyai mutu kerja seni yang sangat tinggi semata-mata bagi meninggikan martabat dan kehebatan kitab suci itu.

Sementara naskhah dari abad ke-17 pula, tidak kurang menarik perhatian apabila pada setiap lembaran ayat-ayat al-Quran itu dalam bingkai yang bergaris biru keemasan tanpa ragam hias yang sarat.

Namun setiap nama surah dituliskan dengan tinta emas dan ayat-ayat dalam dakwat hitam yang turut ditandai dengan harakat bacaan dan lain-lain panduan tajwid untuk membaca kitab itu.

Dua khazanah utama Islam itu merupakan antara hampir 320,000 judul yang terdapat di perpustakaan istana ini. Iaitu 14,000 daripadanya merupakan simpanan skrol dan manuskrip lama dan buku-bukunya pula ada yang berusia sehingga 150 hingga 200 tahun.

Selain itu, artifak bersejarah turut banyak tersimpan dalam ruang pameran di Istana ini. Pelbagai khazanah lama yang dipamerkan termasuk perabut-perabut antik, lukisan, peralatan perang, dewangga-dewangga indah, skrol, pinggan mangkuk tembikar Cina dari Dinasti Ming dan sebagainya.

Kebanyakan koleksi di istana ini termasuk milik Islam jarang kedapatan di tempat lain. Ini menjadikan istana ini begitu eksklusif kepada para pengunjung.

Namun istana ini benar-benar menyingkapkan banyak pengajaran apabila kehebatan Islam dalam memerintah Eropah selama 800 tahun iaitu era kegemilangannya di Granada, Sepanyol menjadi inspirasi kepada warga Barat bagi membina identiti dan budaya mereka sendiri.

Hasilnya istana ini menjadi nostalgia kepada kegemilangan Islam apabila segala-galanya begitu mengembalikan ingatan kita kepada era itu.

Dari reka corak lantainya, corak siling dan reka bentuk tiang yang dipenuhi dengan corak-corak Arabesque kesemua itu pada asalnya adalah milik Islam.