Tuesday 11 August 2009

PERANG SALIB PERTAMA

1.0 Pendahuluan



Jika diteliti dari fakta-fakta sejarah tentang faktor tercetusnya perang salib di Alam Islam adalah merupakan satu cara dan tipu helah yang sengaja digembar-gemburkan oleh tentera Salib bagi menguasai dunia Islam untuk kepentingan mereka dengan menggunakan pelbagai propaganda.

Api kemaraan tentera Salib bermula setelah paderi Kristian menyeru mereka agar mempertahankan tempat suci mereka dari tangan kaum muslim, Peter the Hermit telah mencetuskan api kemarahan penganut Kristian dengan menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di Baitul Maqdis sewaktu beliau berkunjung ke sana, dimana beliau telah melihat pencerobohan hak kesucian dan kehinaan ke atas kubur Nabi Isa yang dilakukan oleh Pemerintah Saljuk, beliau juga mengatakan bahawa orang Islam telah memzalimi para jemaah haji Kristian yang berkunjung ke Baitul Maqdis. Namun, semua tohmahan yang dilemparkan ke atas umat Islam adalah tidak benar dan tidak berasas.[1]

Dalam peperangan ini palang Salib telah digunakan sebagai lambang yang utama dalam pertempuran puak Kristian dan orang Islam. Di mana tentera Salib telah melukis palang Salib di bendera dan pakaian mereka bagi membangkitkan rangsangan keagamaan serta untuk menunjukkan kecintaan mereka kepada Tuhan Jesus. Lantaran daripada faktor inilah peperangan ini dinamakan dengan perang Salib.[2]

Kertas kerja ini akan mengupas tentang perjalanan perang salib pertama pada tahun 1097 sehingga 1099 M., kejayaan yang diraih oleh tentera salib dan sebab-sebab kejayaannya serta situasi yang berlaku setelah perang salib pertama yang menyebabkan tercetusnya perang salib kedua pada tahun 1147 hingga 1149 M.



2.0 Perjalanan Ekspedisi Perang Salib Pertama

Satu perhinpunan agung telah diadakan pada tahun 1095 M. oleh tentera Salib bagi menetapkan waktu perjalanan ekspedisi tentera salib, yang mana telah dipersetujui pada bulan Ogos 1096 M. bersamaan 489 H. Sebahagian mereka telah memutuskan untuk berkumpul di Bandar Konstentinopel. Masa keberangkatan tentera Salib diambil agak begitu lama dari tempoh perhimpunan agung disebabkan dua faktor utama iaitu untuk menunggu musim panas dan untuk memperlengkapkan persediaan pasukan tentera Salib dan melakukan sebanyak mungkin propaganda-propaganda peperangan bagi membagkitkan semangat penganut Kristian untuk menyertai misi Salib ini.[3]

Lantaran daripada propaganda yang dilakukan oleh para paderi Kristian, maka telah terbentuknya lima pasukan tentera yang dikenali dalam sejarah dengan gelaran “ Puak-puak Penggempur Rakyat Salib”, pasukan ini telah menuju kearah Kontentinopel. Namun, setelah dua pasukan ini tiba di Bulgaria mereka mendapati ramai dikalangan masyarakat di sana tidak memberi sokongan kepada tentera salib ini, sehinggakan telah menyebabkan berlakunya pertempuaran di antara tentera Salib dan penduduk Bulgaria, dalam pertempuran ini sebilangan besar tentera salib telah terbunuh. [4]

Setelah itu, tiba sepasukan tentera salib yang datang untuk melakukan pembunuhan ke atas bangsa Yahudi yang menghuni tanah Rayin. Pasukan ini juga menerima nasib yang sama seperti dua puak yang pertama, mereka telah dikalahkan di Hungari. Dua pasukan yang masih tinggal mengambil keputusan untuk menyeberangi Eropah dibawah pimpinan Peter the Hermit, sewaktu pasukan ini menyeberangi selat Bosfur, mereka telah digempur oleh tentera Saljuk sehingga keseluruhan daripada mereka terbunuh dalam penggempuran tersebut.[5]



Sewaktu pasukan Peter the Hermit menemui kekalah yang teruk dengan tentera Bani Saljuk, usaha-usaha persiapan tentera Salab giat dijalankan di Perancis dan Itali. Setelah semua selesai, pasukan tentera Salib berangkat kesebuah distinasi dengan mengikut strategi yang begitu kemas yang telah disusun oleh Pope dan paderi-paderi Kristian,[6] pasukan ini dibahagikan kepada empat pasukan, mereka melalui jalan yang berbeza untuk menuju ke Konstentinopel.

Kumpalan ekspedisi pertama Salib telah diarahkan berangkat dari arah Selatan Perancis, yang diketuai oleh Reymond de Saint Gilles, melalui; Utara Itali, Jerman, Croatia dan Bulgaria menuju ke Konstentinopel, pasukan ekspedisi yang kedua pula diarahkan supaya berangkat dari arah Utara Perancis yang diketuai oleh Robert Courte Heuse dan Robert II Comte de Flandre, melalui; Utara Itali dengan menyelusuri Pantai Timur Itali, kemudian belayar dari Brindisi menuju ke Albania, setelah itu, menuju ke Macadoine dan seterusnya ke Konstantinopel. Pasukan yang ketiga pula diarahkan bergerak dari Brabant, Perancis (sekarang termasuk dalam wilayah Balgium) dengan diketuai oleh Godfrey de Bovillon dan saudaranya Baldwin, merentasi negeri; Jerman, Hungaria dan kemudianya menuju ke Konstantinopel.[7]

Manakala pasukan yang keempat pula ialah satu pasukan dari Itali yang terdiri daripada bangsa Normand ( bangsa yang telah menetap di Itali dan telah mengalahkan kekuasaan Byzantium di kawasan tersebut.) diketuai oleh Tancrede dan Bohemund, raja Taranto. Pasukan ini telah belayar dari Brindisi menuju ke Albania dan melalui wilayah Macedoine terus ke Konstantinopel.[8]



Dalam setiap perjalanan yang dilalui oleh mereka, pasukan-pasukan tentera Salib telah mendapat sokongan penuh daripada penganut Kristian untuk turut sama-sama dalam ekspedisi ini, tentera Salib tiba di Kota Konstantinopel secara berperingkat-peringat dalam jarak masa yang tidak begitu lama.


3.0 Perjanjian pasukan Salib dengan Empayar Byzantium

Ketua pasukan Salib telah membuat perjanjian dengan Empayar Byzantium yang berada di bawah pemerintahan Alexius Comenus, perjanjian ini berlaku disebabkan kecurigaan Alexius Comenus terhadap tentera Salib, yang berkemungknan berminat untuk mendapatkan Empayar tersebut dari tangan beliau dan ditambah pula dengan perasaan dengki berhubung dengan perbezaan Mazhab yang dianuti oleh pengikut Kristian Eropah barat dan penganut Kristian Timur, serta disebabkan oleh pemisahan Gereja Konstantinopel dari Gereja Rom.[9]

Ditambah pula peristiwa di mana tentera Bohemand dan pasukan yang berbagsa Normand telah datang ke Byzantium pada tahun 1080 hingga 1085, sewaktu pemerintahan bapanya Robert Guisscard, dengan tujuan untuk menjatuhkan kekuasaan Byzantium dari Macedione. Lantaran daripada faktor inilah beliau merasa takut dan berusaha menjadikan beberapa orang pembesar pasukan Salib sebagai tebus dan perlu diikat jamin. Faktor ini telah melahirkan kemarahan tentera Salib sehingakan hampir-hampir meletusnya peperangan di antara kerajaan Byzantium dengan tentera Salib. Namun, jalan penyelesaian telah diambil dengan mengadakan beberapa siri perundingan dan pengutusan wakil. Akhirnya, tentera Salib tunduk kebawah kekuasaan Byzantium dan berjanji akan mengembalikan wilayah dan hak miliknya yang terdapat di Asia di bawah kekuasaan Bani Saljuk. [10]

Alexius telah menghulurkan bantuan kepada pasukan Salib dalam menjalankan misi yang mereka hadapi itu dengan memberikan kemudahan; pengangkutan, petunjuk jalan dan pasukan tentera tambahan kepada tentera Salib. Pada hakikatnya, tentera Salib tidak rela dengan perjanjian tersebut kerana terpaksa menyerahkan kembali semua wilayah-wilayah di Asia kepada Empayar Byzaintium. Perjanjian yang berlangsung di antara Alexius dengan para pembesar tentera Salib hanya di bibir sahaja.


4.0 Perang Salib Pertama 1097-1099 M

Perang Salib pertama yang dilancarkan oleh tentera Salib adalah diketuai oleh kerabat di raja. Terbentuk daripada tiga angkatan tentera di raja yang terdiri daripada 150,000 askar dan dipimpin oleh anak raja sendiri iaitu Godfrey, Bohemond dan Raymond. Angkatan ini berangkat menuju kota Konstantinopel dan tiba di sana pada akhir tahun 1096 M. dan awal tahun 1097 M.[11]

Pada permulaan tahun 1097 M. tentera Salib telah menyeberangi selat Bosfur dan Marmara seperti tsunami yang melanda Aceh. Mereka kemudiannya singgah di Asia Kecil yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Kalej Arsalan. Gerakan perang Salib yang pertama mereka lakukan ialah dengan mengepung bandar Nicaea.[12] Setelah Kalej Arsalan dapat mengetahui tentang kemaraan tentera Salib menuju ke Nicaea, beliau telah mengumpulkan pasukan tenteranya untuk menghadapi tentera Salib. Pengepungan terhadap bandar Nicaea berlanjutan selama lima puluh hari, setelah pasukan tentera Arsalan berperang dengan bermati-matian akhirnya tentera Salib menemui kejayaan .

Pasukan Byzantium berjaya menguasai bandar Nicaea, kerana pasukan Byzantium telah mengadakan perundingan dengan umat Islam tanpa pengetahuan dari pada tentera Salib yang datang dari Eropah. Umat Islam akhirnya menyerah kepada pasukan Byzantium dan mengibarkan bendera kerajaan Byzantium di atas tembok bandar di Nicaea pada 18 Jun 1097 M. bersamaan Jamadi Akhir 491 H. Tentera Kristian Eropah sangat marah dengan tindakan tersebut dan menganggapnya adalah satu pengkhianatan yang dilakukan oleh keajaan Byzantium. Disebabkan perjanjian yang telah berlangsung sebelum ini, pasukan Salib akur dengan tindakan tersebut dengan menyerahkan bandar Nicaea kepada kerajaan Byzantium dan mara ke Timur melalui Anatolia.[13]


4.1 Tentera Salib menguasai Raha dan Antakiah


Sewaktu tentera Salib menuju ke Timur satu pertempuran sengit telah berlaku di Dorylaeum dengan tentera Kalej Arsalan, dalam pertempuran ini tentera Salib telah mencapai kemenagan yang besar yang membolehkan pasaukan ini mara ke Timur tanpa ada sebarang gangguan, mereka telah berjaya menakluki selatan Anatolia dan jajahan (Provinsi) Torres, kemudian tentera Salib yang berada di bawah pimpinan Baldwin telah mara ke Raha, dimana penduduknya yang terdiri dari orang Masehi berbangsa Armenia telah meminta bantuan daripada tentera Salib.[14]

Bangsa Armenia telah membantu tentera Salib dengan membuka pintu-pintu bandar yang terletak di Wilayah Armenia kepada tentera Salib antaranya bandar Caisaria, Heraclea, Licolinia, Marash, Fuzqun dan Tiyana.[15] Raja yang memerintah Armenia pada waktu itu bernama Turus telah melantik Baldwin sebagai pengganti tahtanya setelah beliau mangkat. Faktor inilah yang menyebabkan Raha dapat ditakluki oleh Baldwin keseluruhannya pada tahun 1098 M .[16]

Akhirnya tentera Salib dibawah pimpinan Bohemund telah berangkat ke Antakiah melalui Raha pada tahun tersebut. Bandar Antakiah dan kawasan sekitarnya pada waktu itu dikuasai oleh Bani Saljuk, dibawah pimpnan Yaghisyan. Setelah beliau mengetahui tentang kemaraan tentera Salib ke Antakiah, beliau telah membuat persiapan pertahanan untuk menghadapi tentera salib. Pada masa tersebut bandar Antakiah telah mepunyai beberapa menara dan benteng yang kukuh bagi menghalang pihak musuh memasuki bandar tersebut.[17]

Pada 20 Oktober 1097 M bersamaan 491 H, tentera salib telah tiba di Antakiah dan membuat pengepungan diluar kota. Sewaktu kerja-kerja pengepungan dijalankan tentera Salib telah mengalami pelbagai kesukaran, dimana mereka terpaksa menderita, kelaparan, kesejukan, dijangkiti wabak penyakit dan sebagainya.[18] Lantaran daripada faktor inilah Bohemund telah menarik balik taat setianya kepada empayar Byzantium. Bohemund telah mengadakan pelbagai tipu helah dan berkelakuan baik.

Bohemund telah mengishtiharkan agar tentera salib berundur dan berhenti melakukan pengepungan terhadap Antakiah kerana beliau tidak sanggup melihat tentera Salib menderita dan mati kebuluran, pengishtiharan ini telah menggoncang jiwa tentera Salib dan bangkit bersemangat kembali untuk mendapatkan kota Antakiah walau apa pun yang terjadi. Bohemund juga telah melemparkan tuduhan kepada panglima perang Byzantium, beliau telah menuduh panglima Byzantium dan tenteranya telah berkomplot dengan tentera Islam untuk menghancurkan tentera Salib, lantaran itu, panglima Byzantium telah melarikan diri karana takut terhadap ancaman dari tentera Salib, faktor ini telah menyebabkan Bohemund dapat memerintah pasaukan Salib secara bersendirian.[19]

Dalam tempoh pengepungan berlangsung, umat Islam telah berusaha menghulurkan bantuan kepada Antakiah. Namau berbeza dengan puak Fatimiyin di Mesir, dimana mereka telah mengambil kesempatan diatas apa yang berlaku keatas Antakiah dengan merampas Baitul Maqdis dari tangan Bani Saljuk dan cuba mengadakan hubungan perdamaian dengan tentera Salib. Niat buruk Khalifah Fatimiyah ini tidak mendapat sambutan daripada tentera Salib dan terus mengepung Antakiah sehinggalah seorang pengawal yang ditugaskan menjaga menara pertahanan Islam menghkianati Antakiah, beliau yang dimaksudkan ialah Fairuz yang berbangsa Armenia, beliau telah ditugaskan menjaga sebuah menara bernama “al-Uhktain”, beliau telah mengadakan komplot dengan Bohemund.

Beliau telah menyerahkan menara tersebut kepadanya dan lantaran daripada pengkhianatan inilah yang telah membawa kejayaan kepada tentera Salib dalam menguasai Antakiah.[20] Lantaran daripada itu juga, Bohemund telah berjaya menakluki Antakiah pada 3 Jun 1098, setelah sembilan bulan melakukan pengepungan yang dianggap begitu memeritkan. Bohemund telah menguasai kebanyakan jajahan di Antakiah manakala Raymond pula menguasai jajahan baratdaya Antakiah, Raymond tidak mahu menyerahkan jajahan tersebut kepada Bohemund, krisis ini berlanjutan sehingglah ekspedisi menawan Baitul Maqdis diserahkan sepenuhnya kepada Raymond.[21]


4.2 Tentera Salib menguasai Baitul Maqdis

Tentera Salib yang diketuai oleh Raymond telah bergerak dari Antakiah menuju ke Baitul Maqdis. Dalam perjalanan menuju ke Baitul Maqdis tentera Salib telah menjalinkan hubungan dengan kaum Muwaranah. Kaum Muwaranah telah menghulurkan bantuan kepada tentera Salib dan menjadi penunjuk jalan kepada pasukan tersebut untuk tiba ke Baitul Maqdis.[22]

Tentera Salib berangkat menuju ke Baitul Maqdis pada bulan Jun 1099. Pada pertengahan Julai mereka sampai ke Baitul Maqdis, pada waktu itu, Baitul Maqdis telah berada di bawah kekuasaan kerajaan Fatimiyah yang pada waktu itu sangat lemah dan ditambah pula dengan faktor kejiwaan pasukantenteranya yang tidak kuat merupakan sebab utama proses kejatuhan Baitul Maqdis berjalan dengan begitu cepat. Tentera Salib telah mengepung Baitul Maqdis selama satu bulan dan telah berjaya menguasai bandar Baitul Maqdis pada tahun 1099 M. bersamaan 492 H. Mereka telah melakukan perbuatan yang sangat keji keatas umat Islam, pengikut Yahudi dan orang Kristian yang tidak menyokong mereka.

Penderitaan yang dialami oleh umat Islam di Baitul Maqdis yang telah dilakukan oleh tentera Salib sangat menyanyat hati dan menusuk kalbu umat Islam. Sewaktu kejatuhan Baitul Maqdis ketangan tentera Salib, telah berlakunya penyembelihan beramai-ramai yang amat menyedihkan dan begitu kejam sekali terhadap kaum lelaki, wanita, kanak-kanak dari kaum muslimin, Yahudi dan Kristian. Menurut Gustav Le Bon, beliau telah menyifatkan penyembelihan ini dengan berkata: “ kaum Salib kita yang bertaqwa itu, tidak hanya memadai dengan melakukan berbagai-bagai kezaliman, kerosakan dan penganiayaan sahaja keatas penduduk Baitul Maqdis, malah turut mengadakan satu konfrontasi (pakatan jahat), dimana dalam pakatan tersebut telah diputuskan agar dibunuh sahaja semua penduduk Baitul Maqdis dari kaum Muslim, Yahudi dan penganut Kristian yang tidak menyokong mereka. Seramai 60,000 penduduk Baitul Maqdis telah dibunuh dalam tempoh lapan hari termasuk, orang tua, wanita dan kanak-kanak”.[23]

Manakala menurut Ibn Athir pula setelah Raymond menakluki Ma’arat al-Nu’man, pada januari 1096, tentera salib telah menbunuh lebih dari 100,000 panduduk di bandar tersebut dan manyat mereka dicampakkan kedalam api. Menurut Wells, satu penyembelihan yang menggerunkan telah berlaku di Baitul Maqdis, yang mana telah digambarkan bahawa darah orang yang tidak bersalah telah membanjiri Baitul Maqdis lasana arak yang mengalir hasil dari perahan anggur.

Matlamat utama tentera Salib ialah untuk mendapatkan kembali Baitul Maqdis dari tangan umat Islam. Pada waktu tentera Salib meraih kejayaan dan bergembira diatas kejatuhan Islam, umat Islam seluruh Biatul Maqdis dan kawasan sekelilingnya diselubungi kesedihan termasuklah umat Islam seluruh dunia. Namau, para penguasa dan Sultan pada waktu itu masih dibuai oleh perselisihan dan percanggahan pendapat antara satu sama lain, mereka seolah-oleh tidak mengambil endah akan kejatuhan Kiblat pertama umat Islam itu. Walaupun banyak bantuan dan simpati diminta dari negara seislam, namun umat Islam pada waktu itu tidak mampu untuk menghulurkan bantuan, kerana umat Islam mengalami perpecahan diantara mereka dan berperang antara satu sama lain.

Dalam pada itu, kerajaan Fatimiyah di mesir telah cuba untuk melancarkan serang terhadap tentera Salib di Baitul Maqdis dengan diketuai oleh al-Afdhal. Tentera Salib telah bersiap sedia untuk berperang bahkan mereka yang terlebih dahulu melancarkan serangan keatas tentera Fatimiyah, lantaran itu, tentera Fatimiyah mengalami kekalahan, al-Afdhal terpaksa kembali ke Mesir, manakala tentera Salib terus mara ke Asqalan dan mengepung bandar ini. Tentera Salib akhirnya telah membebaskan Asqalan dari gengaman mereka setelah mendapat harta benda yang banyak dari penduduk Asqalan.[24]

Disebabkan oleh kekalahan tentera Mesir, pasukan Salib berkeyakinan bahawa tentera Islam telah mengalami kelemahan dan berada dalam perpecahan, lantaran itu, tentera Salib telah mengambil keputusan untuk pulang ke Eropah. Sebelum pulang ke negara mereka, mereka telah menubuhkan beberapa buah kerajaan Salib di Baitul Maqdis yang merupakan hasil dari kejayaan mereka menawan Biatul Maqdis dari tangan umat Islam.[25]


5.0 Kejayaan tentera Salib dalam Perang Salib Pertama

Setelah tentera salib berjaya menawan Raha, Antakiah dan Baitul Maqdis, tentera salib tidak menyerahkan kerajaan-kerajaan ini kepada Konstantinopal sebagaimana yang telah dijanjikan, dengan alasan bahawa dalam perjanjian tersebut mereka hanya menghadkan kepada wilayah di Asia Kecil sahaja yang akan diserahkan kepada Konstantinopal. Oleh itu, mereka hanya menyerahkan Anatolia sahaja kepada kerajaan Konstantinopal. Kerajaan di kawasan timur yang dikuasai oleh mereka telah dijadikan sebagai kerajaan Salib anatranya Raha, Antakiah, Baitul Maqdis dan Tripoli.


5.1 Kerajaan Raha

Kerajaan Raha telah diasaskan oleh Baldwin pada tahun 492H bersamaan 1098M, penubuhan Bandar Raha bermula disebabkan oleh kedatangan utusan dari penguasa Raha yang berketurunan Armenia kepada tentera Salib dengan tujuan untuk memohon bantuan daripada pihak Salib. Baldwin telah memenuhi permohonan ini, namun dalam masa yang sama Baldwin telah mengkhianati penguasa Raha dengan membuat pakatan untuk memusuhi penguasa tersebut yang akhirnya beliau telah mati dibunuh dalam kospirasi yang dilakukan oleh Baldwin. Setelah penguasa Raha mati dibunuh tahta kerajaan Raha dan wilayah-wilayah taklukannaya jatuh ketangan Baldwin. Keajaan Raha teguh berdiri sehinggalah setelah kemunculan keluarga al-Zanki, kerajaan ini telah mengalami kelemahan dan berjaya dikalahkan pada tahun 539H bersamaan 1144M.[26]

Bandar Raha juga dikenali dengn nama Edessa yang sekarang ini dikenali dengan bandar Urfa, terletak di kawasan Timur Turki dan di Timur Sungai Furat, bandar ini mempunyai kedudukan yang strategik dan merupakan tempat yang sangat penting bagi penganut Kristian, ada pihak yang mengatakan bahawa terdapat sebuah gereja yang menyimpan sapu tangan milik Nabi Isa. Di bandar Raha juga terdapat sebuah Masjid yang menjadi kebanggaan Umat Islam, yang mana masjid tersebut dikatakan menpunyai kaitan dengan Nabi Allah Ibrahim a.s, makam Nabi Ayub dan tekoh-tokoh Islam juga terdapat di bandar ini.[27]


5.2 Kerajaan Antakiah

Kerajaan ini diasaskan oleh penguasa berketurunan Normand iaitu Bohemond, beliau telah memerintah Antakiah secara bersendirian, beliau telah dapat menawan bandar ini disebabkan oleh pakatan jahat beliau dengan Fairuz yang berbangsa Armania, disebabkan oleh pengkhianatan yang dilakukan oleh Fairuz, kota agung ini jatuh ketangan tentera Salib setelah umat Islam bermati-matian mempertahankan bandar Antakiah dari dicerobohi oleh tentera salib.[28]

Bohemond memerintah Antakiah bersendirian kerana beliau telah menggunakan taktik kotor dengan menuduh panglima perang Byzantium bersekongkol dengan umat Islam untuk menghapuskan tentera salib, lantaran itu panglima tersebut telah meniggalkan Antakiah dalam keadaan ketakutan dan pulang ke Byzantium. Kerajaan ini masih tetap teguh berdiri sehingga tahun 667H bersamaan 1268M. [29]


5.3 Kerajaan Baitul Maqdis

Kerajaan Baitul Maqdis merupakan kerajaan salib yang terbesar, pemerintahnya memakai gelaran Raja, kerajaan salib lain dianggap berada dibawah pemerintahan kerajaan Baitul Maqdis, walaupun tidak memberi apa-apa kesan. Kerajaan Baitul Maqdis merupakan sebuah kerajaan yang besar dan mempunyai pengaruh yang luas. Kerajaan Baitul Maqdis meluaskan kekusaannya dan pengaruhnya sehinggalah munculnya Salahuddin al-Ayubi, kerajaan ini jatuh ketangan Salahuddin al-Ayubi dalam ekspidisi salib yang ketiga.[30]


5.4 Kerajaan Tripoli

Kerajaan yang keempat yang telah ditubuhkan oleh bangsa Eropah sebagai kerajaan salib ialah kerajaan Tripoli yang di kenali juga dengan nama Tarablus, terletak diantara Antakiah dan Bitul Maqdis, kerajaan ini sakarang berada dalam wilayah Lubnon, kerajaan ini ditubuhkan pada tahun 499H bersamaan 1102M, negeri ini dapat menagkis kepungan dari tentera Salib selama lapan tahun, dan akhirnya pada tahun 1109M negeri ini jatuh ketangan tentera salib,[31] keagungan kerajaan yang berada di bawah pemerintahan salib ini akhirnya berakhir pada tahun 688H bersamaan 1289M.[32]



Setelah menubuhkan beberapa buah kerajaan salib dan memperluaskan kekusaan dan pengaruh salib, tentera salib akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke Eropah dan membawa segala manfaat ketamadunan yang mereka temui di Alam Islami untuk diaplikasikan dalam tamadun Eropah.


6.0 Sebab-sebab kejayaan tentera Sabil dalam Perang Salib Pertama

Terdapat beberapa sebab yang telah mendorong kejayaan tentera salib dalam menguasai dunia Islam dalam perang salib pertama, antaranya ialah disebabkan oleh masyarakat Islam yang mengalami kemunduran dan berada dalam kelemahan serta di sebabkan oleh pertelingkahan yang berlaku antara para pembesar. Masyarakan Islam berada dalam konflik dan tidak mempunyai pemimpin yang berwibawa dalam melawan musuh.[33]

Lanataran dari sikap leka umat Islam, Negara Islam tergadai, disebabkan pergaduhan yang berlaku antara umat Islam sendiri, bangsa Eropah telah mengambil kesempatan untuk merampas kembali nagara-negara yang berada dibawah kekuasaan Islam, sewaktu bangsa Eropah mengepung dan menempati Baitul Maqdis, pembesar-pembesar Islam sedang bergaduh sesama sendiri.


Gambaran yang begitu menyanyat hati tentang keadaan pembesar umat Islam yang bertelingkan sesama sendiri jelas dapat dilihat, ketika bangsa Eropah sebuk untuk mendapatkan Akka dan berjaya menawannya dari kerajaan Fatimiyah, Raja-raja negeri Syam pada masa itu sedang sebuk berperang sesamea sendiri. Kita juga dapat lihat sewaktu Tarablus diperangi oleh bangsa Eropah, kerajaan ini tidak mendapat sebarang bantuan dari saudara seagamanya walaupun ada bantuan dipohon oleh pembesar di Tabablus, sehinggalah Tarablus jatuh ketangan bangan Eropah.

Selain itu, perpecahan umat Islam juga dapat dilihat ketika mana Baitul Maqdis jatuh ketang tentera salib, walaupun pelbangai bantuan dipohon manun tidak ada sesiapa pun yang keluar memberikan bantuan kepada kerajaan tersebut dalam melawan tentera salib. Sehinggalah kaum salib berjaya menguasai bandar tersebut dan melakukan penyembelihan secara beramai-ramai keatas umat Islam yang tidak berdosa. Kerajaan Islam lain pada waktu itu hanya mendiamkan diri dan tidak memberikan bantuan kepada umat Isalm yang memohon untuk menghapuskan kesengsaraan mereka, atas perlakuan kaum salib, pada waktu ini juga kita dapati penguasa-pengusa Bani Saljuk bertelagah sesama sendiri.


7.0 Kebangkitan keluraga penyelamat kepada umat Islam

Setelah banyak wilayah Islam jatuh ketangan tentera Salib dalam perang Salib yang pertama, negara Islam pada waktu tersebut begitu berada dalam keadaan huru-hara tanpa ada wedah atau perpaduan diantara mereka. Umat Islam pada waktu itu juga berada dalam kesengsaraan dan kedhaifan yang teramat sekali kerana tiada pihak pun yang ingin bergabung atau bersatu untuk memerangi kaum salib yang bermaharajalela di bumi umat Islam. Dalam pada itu maka telah muncullah sinar baru bagi umat Islam, semangat mereka mula bangkit kembali seiring dengan kebangkitan keluarga al-Zanki yang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kembali wilayah-wilayah yang telah dirampas oleh tentera Salib dalam perang Salib yang pertama.

Keluaraga al-Zanki merupakan keturunan yang disegani pada zaman Sultan Bani Saljuk, iaitu Sultan Malik Syah. Merupakan keluarga yang mewarisi darah berketurunan seorang hamba (bangsawan) dan sahabat kepada Sultan Malik Syah yang bernama Abu Sa’id Aqansaqar bin Abdullah, yang digelar sebagai Qasim al-Daulah Aqansaqar, beliau telah dilantik menjawat jawatan sebagai penglima perang dan gabenor sewaktu Sultan Malik Syah ditabalkan menjadi Sultan Bani Saljuk. Beliau telah dilantik sebabai gabenor di halab dan meninggal di sana, sewaktu kemangkatan beliau, Qasim telah meningglkan seorang putera yang bernama Imanuddin Zanki al-Atabik.[34]

Imanuddin Zanki merupakan seorang yang bijak dan mempunyai semangat juang yang tinggi sama seperti bapanya, setelah beliau dewasa beliau telah ditugaskan menjadi pemerintah di bandar Wasit, dan juga berperanan sebagai petugas keamanan di Basrah. Pada tahun 521H Imanuddin Zanki telah dilantik sebagai gabenor di Mausil, sewaktu beliau menjadi gabenor di Mausil Imanuddin Zanki telah membuat usaha-usaha kebangkitan dan pembaharuan. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang berwibawa dan berwawasan tinggi, beliau mempunyai matlamat yang murni di mana matlamat utama beliau ialah untuk menyatupadukan kembali umat Islam dan menghapuskan keganasan yang dilakukan oleh tentera Salib keatas umat Islam.[35]

Sewaktu Imanuddin Zanki menjadi pemimpin, beliau telah menerapkan kestabilan dan keadilan sosial di dalam negeri dan turut memperluaskan wilayah kekuasaannya, sehinggakan wilayah-wilayah Islam yang berada dalam keadaan terumbang ambang-ambing tanpa ada pihak yang ingin membela datang memohon bantuan dari dari Imanuddin Zanki, peluang ini telah digunakan dengan sebaiknya oleh Imanuddin Zanki untuk meneruskan matlamat utama beliau, akhirnya beliau berjaya menakluki kepulauan Furat sepenuhnya dan terpaksa berdepan dengan kaum Salib di Damsyik. Dalam merialisasikan matlamat utama beliau, Imanuddin Zanki telah berjaya menawan kembali bandar Raha (Edessa) yang ditawan dan dijadikan kerajaan yang setanding dengan Baitul Maqdis oleh tentera Salib.[36]






Dengan tertawannya kembali bandar Raha maka lenyaplah kerajaan Salib buat sementara waktu di bandar tersebut, beliau telah meneruskan perjuangannya dan membuat pelbagai pembaharuan, pada tahun 541H beliau telah membuat pengepungan terhadap benteng Ja’bar, semasa beliau sedang nenyak tidur kerana kepenatan beliau telah diculik oleh tentera musuh, beliau telah telah diperlakukan sekejam-kejamnya oleh musuh-musuh Islam dan akhirnya telah menyebabkan beliau meninggal dunia.[37]

Sewaktu Imanuddin mangkat, beliau telah meninggalkan dua orang putera yang mempunyai semangat juang yang tinggi antaranya Saifuddin al-Ghazi dan Nuruddin Mahmud zanki. Mereka membahagikan wilayah kekuasan dengan adil dan saksama tanpa ada persengketaan antara satu sama lain. Setelah Imanuddin Zanki mangkat tentera Salib telah berjaya merampas kembali bandar Raha selama satu minggu sebelum bandar tersebuh direbut kembali oleh seorang pejuang Islam yang begitu agung dan berjiwa kental Nuruddin Mahmud Zanki.

Setelah berjaya menakluki kembali bandar Raha beliau telah mengambil tindakan tatatertib keatas rayat yang membelot, dan meneruskan ekspedisi penaklukan semula keatas wilayah-wilayah yang jatuh ketangan tentera Salib sewaktu perang Salib pertama[38]. Faktor kebangkitan keluarga al-Zanki, merupakan pencetus kepada berlakunya perang Salib kedua.








8.0 Kesimpulan

Setelah tamatnya ekspedisi salib yang pertama, maka jelaslah disini bahawa segala macam sebab yang dijadi faktor kepada tercutusnya perang salaib adalah merupakan propaganda dari kaum Salib untuk menakluki negara Islam bagi menaut hasil bumi yang dimiliki oleh negara Islam.

Dalam ekspedisi Salib yang telah dilancarkan, kaum Eropah telah mengalami banyak kekalah berbanding dengan kemenagan. Ekspedisi ini juga telah memberi kesan yang positif kepada perkembangan tamadun Barat yang pada masa itu begitu mundur dan tidak mempunyai ketamadunan sebagai mana yang dimiliki oleh negara Islam, mereka telah menceduk atau mengambil kitab-kitab yang telah diterjamah kedalam bahasa arab untuk membina ketamadunan Eropah. Mereka telah mempelajari bahasa arab, mula menyukai sastera dan muzik arab, serta mengamalkan pelbagai tradisi masyarakat arab.

Setelah Eropah memiliki pelbagai kelengkapan dan kemudahan, mereka mula mengalihkan pandang kearah kerajaan Islam yang sedang maju di bawah pemerintahan Daulah Othmaniyah. Sehinggakan telah menyebabkan zaman kegelapan bagi dalau tersebut diakhir abad ke-19. Semua ini adalah merupakan propaganda musuh-musuh Islam untuk menghancurkan negara Islam dari Alam ini.






Bibliografi

Ahmad Shalabi. 1975. Perang Salib. singapura: Pustaka Nationail pte ltd.

Carole Hillenbrand. 1999. The crusades; Islamic perspectives. Chicago, London: Fitrozy dearbond publisher.


Dr. Hamka.1980. Sejarah Umat Islam., Kuala Lumpur: Pustaka Antara.


Dusuki Hj. Ahmad. 1982. Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.


Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Kuala Lumpur: Pustaka syuhada.


Runciman. 1968. The history of the crusades. Cambridge: University press. Vol.1.


Wikipedia berbahasa Melayu.2008.
[1] Ahmad Shalabi. 1975. Perang Salib. Pustaka Nationail pte ltd: singapura.Hlm.17.
[2] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur. Hlm. 47.
[3] Ibid. Hlm. 48.
[4] Ahmad Shalabi. 1975. Perang Salib. Pustaka Nationail pte ltd: singapura. Hlm.18
[5] Ibid. Hlm.18-19.
[6] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur Hlm. 49-50.
[7] Ibid.Hlm. 50.
[8] Ibid. Hlm.50.
[9] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur. Hlm.51.
[10] Ibid.52.
[11] Ahmad Shalabi. 1975. Perang Salib. Pustaka Nationail pte ltd: singapura. Hlm.20.
[12] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur. Hlm.54.
[13] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur. Hlm.55.
[14] Ibid. Hlm.55-57.
[15] Ibid. Hlm.58.
[16] Ahmad Shalabi. 1975. Perang Salib. Pustaka Nationail pte ltd: singapura. Hlm.21.
[17] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur. Hlm.57.
[18] Ibid. Hlm.58.
[19] Ahmad Shalabi. 1975. Perang Salib. Pustaka Nationail pte ltd: singapura.Hlm.22.
[20] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur. Hlm.58.
[21] Ahmad Shalabi. 1975. Perang Salib. Pustaka Nationail pte ltd: singapura. Hlm.21.
[22] Ibid. Hlm.23.
[23] Ahmad Shalabi. 1975. Perang Salib. Pustaka Nationail pte ltd: singapura.Hlm.23-24.
[24] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur. Hlm.62.
[25] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur. Hlm.63-54.
[26] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur. Hlm.64.
[27] Ibid. Hlm.79.
[28] Ibid.Hlm.65.
[29] Ibid.Hlm.65.
[30] Ibid.
[31] Ahmad Shalabi. 1975. Perang Salib. Pustaka Nationail pte ltd: singapura.Hlm.25.
[32] Ibid. Hlm.65.
[33] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur. Hlm.68-70.
[34] Muhammad al-‘Arusiy al-Matwiy. Perang Salib di alam Islami. Pustaka syuhada: Kuala Lumpur. Hlm.75-76.
[35] Ibid. Hlm.77.
[36] Ibid. Hlm.78-79.
[37] Ibid.Hlm.80.
[38] Ibid.Hlm.80-83.
[39] Carole Hillenbrand. 1999. The crusades; Islamic perspectives. Fitrozy dearbond publisher: Chicago, London. Hlm.55.
[40] Runciman. 1968. The history of the crusades. University press: Cambridge. Vol.1.Hlm.142,221.
[41] Runciman. 1968. The history of the crusades. University press: Cambridge. Vol.1.Hlm.266.
[42] Runciman. 1968. The history of the crusades. University press: Cambridge. Vol.1. Hlm.176.

DEKLARASI BALFOUR 1917

Pendahuluan

Pada 7-9 Jun 1988, para pemimpin Arab telah mengadakan perjumpaan agung bagi membincangkan tentang langkah-langkah yang perlu di ambil untuk memberi bantuan dan sokongan yang padu kepada masyarakat Palestine yang sedang berjuang di Tebing Barat dan Gaza dalam melawan Zionis Israel. Di akhir perjumpaan yang berlangsung secara tertutup ini, para pemimpin Arab telah membuat beberapa kata putus antaranya menolak usul perdamaian yang diajukan oleh Amerika Syarikat (AS) kerana menganggap bahawa perdamaian tersebut hanya bertujuan untuk melindungi kepentingan Israel sahaja.[1]

Jika ditinjau dan diteliti fakta-fakta sejarah yang telah lepas faktor pembinaan Negara Yahudi merupakan satu titik fokus kepada tercetusnya Deklarasi Balfour 1917, manakala sebab berlakunya pemberontakan Arab 1936 serta Perang Enam Hari yang tercetus pada Jun 1967 merupakan kesan daripada Deklarasi Balfour. Pada tahun 1896, seorang wartawan berbangsa Yahudi bernama Theodore Herzl, telah menulis sebuah artikel yang bertajuk “ Der Judenstat” ( Negara Yahudi), artikel ini ditulis bertujuan untuk membangkitkan semangat kaum Yahudi dalam membina sebuah Negara mereka sendiri dan disebabkan juga setelah Herzl melihat perasaan anti-Yahudi sudah mula menular ke seluruh tempat. Pada mulanya artikel ini tidak mendapat sambutan daripada masyarakat malah menerima ejekan dari pengikut Yahudi sendiri, namun kaum Yahudi di Eropah telah memberi tindak balas yang begitu hangat sekali terhadap artikel ini.[2]

Kertas kerja ini akan membincang secara terperinci mengenai sebab-sebab berlakunya Deklarasi Balfour, bila dan di mana termeterainya deklarasi ini, siapa yang turut sama dalam menjayakan isi kandungan deklarasi ini serta kesan-kesannya ke atas negara Arab.

1.0 Deklarasi Balfour

Dalam topik ini kita akan membincangkan tentang apakah yang dikatakan sebagai Deklarasi Balfour yang menjadi fokus perbincangan kita pada hari ini. Deklarasi Balfour 1917 merupakan sepucuk surat yang bertanggal 2 November 1917 dari Menteri Luar Negeri Britain Raya atau Inggeris; Arthur James Balfour kepada Rothschild yang merupakan pemimpin kaum Yahudi Inggeris untuk dikirimkan kepada Federasi Zionis, atas alasan bahawa pihak Britain telah memberi sokongan kepada Bangsa Yahudi dalam menubuhkan “Negara Yahudi”.[3]

Isi kandungan surat tersebut menyatakan bahawa pihak Inggeris memberi sokongan padu kepada Bangsa Yahudi dalam merialisakikan niat mereka untuk menubuhkan negara bangsa sendiri di Palestine, yang mana persetujuan ini disepakati oleh ahli Kabinet Inggeris dalam mesyuarat yang berlangsung pada 31 Oktober 1917, dalam mesyuarat tersebut pihak Inggeris telah meletakkan syarat bahawa sewaktu penaklukan Bangsa Yahudi ke atas Palestine, mereka hendaklah mengelakkan perkara-perkara yang boleh membawa kerugian kepada penduduk Palestine.

Pada waktu itu, sebahagian daripada wilayah Palestine berada di bawah naungan atau kekuasaan Daulah Turki Othmaniyyah, manakala wilayah-wilayah di sempadan Palestin telah menjadi sebahagian hasil daripada perjanjian Sykes-picot pada tahun 1916 di antara Inggeris dan Perancis. Bagi menyakinkan lagi Amerika Syarikat, bangsa Yahudi telah bersetuju untuk ikut serta dalam Perang Dunia I pada tahun 1914 dan sebagai balasannya Amerika Syarikat harus memberi sokongan kepada bangsa Yahudi dalam merialisasikan penubuhan Negara Yahudi sebagaimana yang terdapat dalam Isi kandungan Deklarasi Balfour 1917. Sebenarnya pihak Inggeris telah lama memberi sokongan kepada pihak Yahudi seandainya mereka ingin menubuhkan negara atau tanah air mereka sendiri.[4]
Deklarasi Balfour 1917 kemudiannya telah digabungkan bersama-sama perjanjian damai antara Sevres dengan kerajaan Turki Othmaniyyah dalam mandat untuk mendapatkan Palestine. Bagi merialisakan lagi niat mereka, kaum Yahudi telah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid I, dengan menabur janji-janji yang mana mereka bersedia untuk membantu ekonomi Turki, dengan syarat sekiranya kaum Yahudi dibenarkan datang ke Palestine secara bebas dan boleh menjadi penduduk tetap di sana dengan menubuhkan tanah air sendiri di Palestine.[5]

Namun, tawaran tersebut telah ditolak sekeras-kerasnya oleh Sultan Abdul Hamid I. Kaum Yahudi kemudiannya beralih arah kepada Inggeris setelah tawaran yang diajukan kepada Sultan Abdul Hamid I ditolak, setelah berbincang dengan pihak Inggeris, Penguasa Inggeris pada waktu itu telah menawarkan daerah seluas 15.540 km persegi di Uganda (Afrika) untuk bangsa Yahudi menjadikannya “tanah air” bagi bangsa tersebut, namun Zionis Yahudi tetap menuntut Palestine sebagai national homeland mereka.[6]

Deklarasi ini merupakan satu pakatan yang dibuat secara rahsia antara pihak Yahudi dan Inggeris. Setelah berakhirnya Perang Dunia I, kerajaan Turki Othmaniyah telah mengalami kekalahan, lantaran daripada itu pihak Zionis telah menggunakan kesempatan ini untuk terus bekerjasama dengan Inggeris bagi merialisasikan maksud mereka dalam menguasai Palestine, kerana pada waktu itu Inggeris telah berkuasa ke atas Palestine, harapan Yahudi untuk menjadikan Palestine sebagai tanah air mereka mendapat telah sokongan daripada pihak Inggeris, maka keluarlah sepucuk surat yang dikenali hari ini dengan nama Deklarasi Balfour, diambil sempena nama Menteri Luar Negara Inggeris iaitu Arthur James Balfour.[7]


Isi kandungan asal Deklarasi Balfour yang berbunyi sepertimana berikut:

Forign Office
2 November, 1917

Dear Lord Rothschild,
I have much pleasure in conveying to you, on behalf of His Majesty's Government, the following declaration of sympathy with Jewish Zionist aspirations which has been submitted to, and approved by, the Cabinet.
"His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."
I should be grateful if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist Federation.

Yours sincerely,
Arthur James Balfour

Terjemahan daripada isi kandungan tersebut seperti berikut:
Department Luar Negeri 2November 1917
Lord Rothschild yang terhormat,
Saya sangat senang dalam menyampaikan kepada Anda, atas nama Pemerintahan Sri Paduka Baginda, telah menyatakan simpatinya terhadap aspirasi Zionis Yahudi yang telah diajukan kepada Inggeris dan telah dipersetujui oleh ahli Kabinet.
"Pemerintahan Sri Paduka Baginda memandang positif terhadap pendirian Zionis Yahudi di Palestine untuk menjadikan negara tersebut sebagai ‘Tanah Air” Yahudi, pihak Inggeris juga berjanji akan menggunakan usaha yang terbaik bagi memudahkan mereka merialisasikan tujuan ini, karena jelas difahami bahawa tidak ada suatu pun yang boleh dilakukan yang dapat merugikan hak-hak penduduk dan keagamaan dari kaum non-Yahudi yang ada di Palestine, ataupun hak-hak dan status politik yang dimiliki orang Yahudi di negara-negara lainnya ."
Saya sangat berterima kasih jika Anda dapat menyampaikan deklarasi ini kepada pengetahuan Federasi Zionis.

Salam,
Arthur James Balfour
Draf terakhir yang akhirnya dikenali sebagai Deklarasi Balfour ini memaparkan beberapa perkataan-perkataan yang sengaja digunakan untuk mengaburi niat sebenar Yahudi. Perkataan “state” sengaja digunakan menggantikan perkataan “nation” yang membawa maksud negara. Ia bertujuan untuk mengelakkan bangsa lain menolak dan menggagalkan misi mereka. Walaupun kerajaan British menafikan bahawa deklarasi ini sebagai tiket untuk bangsa Yahudi menguasai Palestin, akan tetapi niat atau tujuan sebenarnya dapat disaksikan kini.

2.0 Sebab-sebab dan tujuan tercetusnya Deklarasi Balfour 1917

Sebab atau tujuan utama yang mendorong kepada tercetusnya Deklarasi Balfour ialah kerana faktor penubuhan “tanah air” Zionis Yahudi. Seorang wartawan Yahudi telah menulis pelbagai propaganda dalam Akhbar bagi membangkitkan semangat kaum Yahudi agar berjuang membina “tanah air” sendiri. Hasil penulisan Herzl mendapat sambutan daripada kaum Yahudi di Eropah Timur, sehinggakan lahirlah gerakan yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara atau “tanah air” Yahudi.

Setahun kemudian, Herzl telah mempengerusikan Kongres pertama di Basel, Swiss, dalam kongres telah melahirkan Basel Program yang terdiri daripada empat fasal antaranya; Mengorganisasikan dan menyatukan seluruh Yahudi melalui lembaga-lembaga yang bersifat tempatan dan antarabangsa, sesuai dengan perundangan setiap negara, Memperkukuh dan memperkuatkan sentimen dan kesedaran akan bangsa Yahudi.[8] Keputusan yang diambil dalam Kongres tersebut ialah menubuhkan “tanah air” Yahudi dan menjadikan Palestine sebagai sasaran bagi penubuhan negara Yahudi. Setelah terhasilnya Deklarasi Balfour pada 1917M yang menyokong matlamat rejim Zionis Yahudi untuk menubuhkan negara bangsa bagi kaum Yahudi di Palestine. Kaum Yahudi yang berada di seluruh pelusuk negara telah berimigrasi ke Palestine.[9]

Faktor imigran Yahudi ke Palestine telah menyebabkan timbulnya protes dari masyarakat Arab-Palestine yang sudah lama tinggal di Palestine. Sejak itu, sering terjadi pemberontakan antara orang Arab-Palestine dan Yahudi, pemberontakan ini telah menyebabkan berlakunya perang besar Arab-Palestine dan Yahudi, ketika kaum Yahudi mengisytiharkan tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948M.[10] Seperti mana Perjanjian Sykes-Picot sebelumnya, deklarasi ini dianggap oleh masyarakat Arab sebagai satu pengkhianatan besar Britain Raya dalam menyokong kemerdekaan Arab melalui Hussein-McMahon 1915–1916.


3.0 Pihak yang terlibat dalam Deklarasi Balfour

Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam menjayakan deklarasi ini antaranya Amerika Syarikat, British dan Rejim Zionis Yahudi.

3.1 Amerika Syarikat

Benua Amerika adalah sebuah benua di dunia yang merujuk kepada wilayah daratan di antara Lautan Pasifik dan lautan Atlantik. Benua besar ini umumnya dibahagikan kepada tiga iaitu Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Benua Amerika juga merangkumi wilayah Caribbean, pulau-pulau sekitar Laut Caribbean dan Greenland. Benua Amerika juga dikenali sebagai Dunia Baru dan meliputi 8.3% jumlah luas permukaan bumi (28.4%keluasan tanah) dan mengandungi lebih kurang 14% populasi manusia (kira-kira 900 juta orang.[11]

3.2 British atau Britain

Kerajaan Bersatu Britain Besar dan Ireland utara ialah sebuah negara di Eropah barat yang biasanya dikenali sebagai United Kingdom (singkatan:UK). United Kingdom terbentuk hasil beberapa Akta kesatuan yang menyatukan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Secara tepatnya, Great Britain atau British merujuk kepada gabungan England, Wales dan Scotland yang tidak termasuk Ireland Utara.

United Kingdom terletak di timur laut benua Eropah dan dikelilingi laut Utara, Selat Inggeris dan Lautan Atlantik. Selain empat kawasan utama United Kingdom, terdapat beberapa pulau atau kawasan di luar negara seperti Pulau-pulau Selat (Channel Islands), Isle of Man, Isle of Wight, Hebrides, Shetland isles yang dikira sebagai Wilayah Tanggungan Mahkota. Pulau-Pulau ini tidak termasuk dalam United Kingdom, tetapi United Kingdom bertanggungjawab ke atas hal ehwal luar pulau-pulau ini. United Kingdom juga mempunyai 14 wilayah Luar Negeri yang mempunyai status seperti Wilayah Tanggungan Mahkota.[12]

3.3 Israel (Zionis Yahudi)

Bangsa Israel merupakan golongan berketurunan Nabi Ya’akob bin Ishak bin Ibrahim a.s dan dikenali juga dengan nama Yahudi. Israel bererti orang yang suka berjalan malam. Pada mulanya, Bani Israel banyak dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah s.w.t . Pada akhir abad ke-19 dan seterusnya, keadaan berubah. Perang dunia ke-2 mengubah nasib bangsa ini. Cita-cita zionisme ditunjangi dengan semangat juang yang tinggi oleh seluruh peserta, kecuali Nazi Jerman. Dengan cara yang khusus, umat Yahudi bergelombang memasuki daerah Palestine. Suruhanjaya persetujuan antara Amerika-British memberi cadangan terhadap satu rombongan besar kaum Yahudi ini untuk memasuki Palestine.[13]

Pada tahun 1947, selepas Perang Dunia ke-2, British serta sekutunya telah menghadiahkan satu negara Israel untuk orang Yahudi di Palestine. Negara ini sampai sekarang merupakan duri dalam daging bagi dunia Arab. Tulang belakang kekuatan Israel pada abad ini adalah Gerakan Zionisme.



5.0 Tokoh yang terlibat sama dalam Deklarasi Balfour
5.1 Athur James Balfour

Athur James Balfour merupakan anak pertama daripada lapan orang adik-beradik kepada pasangan James Maitland Balfour dan Lady Blanche Gascoyne-Cecil. Beliau dilahirkan pada 25 Julai 1884M dan meninggal dunia pada 19 Mac 1930M. Bapanya merupakan seorang ahli parlimen British yang berbangsa Scotland, manakala ibunya pula adalah anak kepada Earl of Salisbury yang pertama; iaitu Robert Cecil.[14]

Ketika berumur lapan belas tahun, Athur James Balfour telah menerima pendidikan tinggi di Trinity College Cambridge. Beliau menuntut di sana selama 3 tahun iaitu dari 1866M hingga 1869M. Kemudiannya pada tahun 1874M, beliau dilantik menjadi ahli parlimen British bagi mewakili parti Konservatif di Hertford. Beliau manyandang jawatan tersebut sehingga tahun 1885M. Ini kerana beliau bertugas pula untuk bapa saudaranya yang merupakan Lord of Salisbury pada ketika itu. Beliau menjadi setiausaha sulit Lord of Salisbury yang ketika itu bertugas sebagai Setiausaha Luar British.[15]

Pada tahun 1902M, Athur James Balfour telah menggantikan bapa saudaranya yang telah meletak jawatan sebagai perdana menteri Britain. Beliau meletak jawatan pada Disember 1905, berikutan daripada kekalahan partinya kepada Parti Liberal pimpinan Campbell-Bannerman. Walau bagaimanapun beliau masih lagi menjadi pemimpin tertinggi parti Konservatif.[16] Oleh itu, berdasarkan pada pengalaman dan kewibawaan beliau sebagai pemimpin parti dan juga ahli parlimen, balfour telah dilantik menjadi Setiausaha Luar British pada tahun 1916M. Ketika bertugas sebagai setiausaha Luar inilah beliau telah menulis Deklarasi Balfour. Deklarasi yang dianggap sulit oleh kerajaan British ini telah diberikan kepada pemimpin bangsa Yahudi di Britain; iaitu, Lord Rothchild. Ia menandakan permulaan pada penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin.[17]




5.2 Lionel Walter Rothchild
Lionel Walter Rothchild dilahirkan pada tahun 1868M dan meninggal dunia pada tahun 1937M. Beliau merupakan seorang zoologis dan juga sorang banker. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sebenarnya berbangsa yahudi. Bapanya merupakan pemimpin bangsa yahudi yang tinggal di Britain.[18]
Beliau merupakan seorang ahli zionis yang aktif dan merupakan sahabat karib kepada Chaim Azriel Weizmenn. Chaim Azriel Weizmenn merupakan pemimpin tertinggi gerakan zionis sedunia. Oleh kerana seorang penyokong zionis wajib menyokong pendudukan semula bangsa yahudi di Palestin, Rothchild telah membantu Chaim dalam mendapatkan hak ke atas Palestin. Oleh itu, pada 2 November 1917M, Rothchild telah menerima surat dari Sir Athur James Balfour.[19]
Berdasarkan pada surat inilah, bangsa Yahudi; terutamanya, Zionis mendapat lampu hijau untuk pulang semula ke Palestin. Surat inilah yang dikenali sebagai deklarasi Balfour. Ia merupakan pengishtiharaan kerajaan British sebagai menyokong penubuhan Palestin sabagai negara bangsa Yahudi.[20]
5.3 Chaim Azriel Weizmenn
Chaim Azriel Weizmann lahir pada 27 November 1874 , dan meninggal dunia pada 9 November 1952. Beliau dilahirkan di sebuah kampung kecil yang terletak Belarus. Beliau juga, merupakan alumni Universiti Fribourg di Switzerland yang menjurus dalam bidang kimia. Pernah menjadi pensyarah Kimia di Universiti Geneva dan juga Universiti Manchester. Selain itu, beliau merupakan seorang ahli kimia yang telah menemui satu proses untuk menghasilkan acetone melalui proses penapaian.[21]
Walau bagaimanapun, tanggungjawab utama Chaim ialah menjadi pemimpin Zionis. Malahan beliau dilantik menjadi pemimpin organisasi Zionis sedunia. Beliau juga dalah presiden pertama Israel. Pada Perang Dunia Pertama Chaim telah menjadi pengarah Makmal Pertahanan British. Hasil penemuannya, iaitu acetone ialah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan bahan bakar yang diperlukan untuk melancarkan peluru-peluru.British sangat memerlukan bahan ini untuk menang dalam Perang Dunia Pertama.[22]
Penggunaan bahan itu ternyata telah memberikan satu keistimewaan buat British dan sekutunya. Walau bagaimanapun, sebagai seorang pemimpin yang licik dan tajam akalnya, Chaim mengambil peluang untuk memujuk kerajaan British memberikan Palestin kepada bangsa yahudi. Ini berdasarkan kepada jasanya menghasilkan acetone. Pada permulaannya kerajaan British, terutamanya setiausaha luarnya; iaitu Balfour tidak bersetuju. Akan tetapi setelah didesak oleh Chaim dan rakannya iaitu Nahum Sokolow, akhirnya Balfour terpaksa juga merangka deklarasi Balfour.[23]
5.4 Nahum Sokolow
Nahum Sokolow adalah seorang pemimpin Zionis, penulis, penterjemah dan juga peneroka bidang kewartawanan yahudi. Lahir dalam keluarga yang taat dalam agama Yahudi yang berasal dari Poland.
Beliau memulakan karier seawal usia tujuh belas tahun. Beliau menulis dalam kolum surat khabar berbahasa Hebrew di tempat lahirnya. Hasilnya, beliau mendapat sokongan daripada ramai bangsa Yahudi di Poland. Kemudiannya pada tahun 1906, Sokolow telah dilantik menjadi setiusaha agung Kongress Zionis Sedunia. Dengan kebolehan dan pengaruh yang ada padanya, Sokolow telah menjelajah ke eropah dan juga Amerika Utara untuk mempromosikan matlamat Zionis.
Ketika Perang Dunia Pertama, Nahum Sokolow tinggal di London, di mana beliau menjadi penasihat dalam deklarasi Balfour tahun1917M. Deklarasi yang mana ditulis bertujuan untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan British menyokong cadangan Zionis untuk menubuhkan negara bangsa Yahudi.[24]
6.0 Kesan-Kesan Deklarasi Balfour
Apabila deklarasi Balfour diisytiharkan sebagai satu daripada polisi luar Britain, banyak kesan- kesan negatif yang timbul terhadap umat Islam umumnya dan Palestin amnya. Palestin yang dahulunya didiami oleh majoriti orang Islam dan berada di bawah pemerintahan Usmaniyyah telah bertukar menjadi negara yang dikuasai bangsa Yahudi.[25]
Kesan utama yang dapat dilihat pada awal pengisytiharaan Palestin sebagai negara bangsa Yahudi ialah penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin. Bangsa Yahudi dari seluruh eropah mula berhijrah ke Palestin dan menyebabkan orang Arab Islam yang berasal dari Palestin merasa tidak selamat. Peningkatan bilangan penduduk Yahudi di Palestin meningkat secara mendadak. Perpindahan atau penempatan orang Yahudi ini disokong penuh oleh Gerakan Zionis Dunia yang dipimpim oleh Chaim Weizmann.[26]
Selain itu, pemberontakan Arab 1936 dan Perang Enam Hari juga merupakan kesan daripada deklarasi ini.Orang Arab yang berada di Timur Tengah mula merasakan bahwasanya, British cuba memperkotak-katikkan mereka. Nasib orang Islam sudah mula terabai. British ternyata memperolok-olokkan orang Islam melalui Perjanjian Hussein-McMohan, Sykes-Picot dan juga Deklarasi Balfour. Perjanjian-perjanjian ini hanyalah menjadi penyebab yang membawa kepada penguasaan bangsa yahudi di Timur Tengah seterusnya dunia.[27]
Kemuncak pada kesan dekalarasi yang membenarkan bangsa Yahudi menduduki Palestin ialah pengishtiharaan Israel sebagai sebuah negara di dalam Palestin pada tahun 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Setelah berhasil mendapatkan sebahagian daripada Palestin sebagai negara mereka, Zionis telah mula merancang satu lagi pelan yang dapat menyempurnakan penguasaan mereka di Timur Tengah.[28]
Pada Jun tahun 1967, telah berlaku Perang Enam Hari yang melengkapkan penguasaan mereka di Timur Tengah. Perang ini telah menyebabkan berjuta orang Islam menjadi pelarian. Israel pula telah berjaya menguasai Bukit Golan, Semenanjung Sinai, Tebing Barat (temasuk Jurusalem), dan juga Gaza. Hasilnya, sehingga kini umat Islam yang bersal dari kawasan yang diduduki bangsa Yahudi kini tinggal di kem-kem pelarian dan yang tinggal di Palestin hidup dalam ketakutan.[29]
7.0 Kesimpulan
Sesungguhnya Deklarasi Balfour yang ditulis oleh Sir Athur Balfour telah membawa kepada penguasaan Zionis ke atas Palestin. Seperti kata pepatah “Pucuk dicita ulam mendatang”, niat atau hasrat yang selama ini tersimpan akhirnya menjadi kenyataan.
Walaupun pada asalnya, deklarasi tersebut sekadar membenarkan orang Yahudi tinggal di sana dan tidak melanggar hak asasi bangsa-bangsa asal seperti Muslim dan Kristian di Palestin. Akan tetapi, Chaim Weizmann telah menggalakkan bangsanya berhijrah ke Palestin tanpa perlu menunggu pengishtiharaan dari kerajaan British. Oleh itu, Palestin telah dipenuhi dengan imigran Yahudi yang selama ini diaspora di seluruh dunia.
Akhirnya umat Islam Palestin juga yang menjadi mangsa. Berjuta-juta umat Islam hilang tempat tinggal, hilang nyawa dan hidup terseksa berada di bawah tekanan Israel dan sekutu kuatnya Amerika dan Britain. Sampai ke hari ini pergolakan di Asia Barat berlanjutan sehingga mengorbankan berjuta nyawa insan yang tidak berdosa.

Rujukan

B.E.C Dugdale. 2002. Encyclopaedia Brittanica. vol. 12: Amerika Syarikat.

B.E.C Dugdale, 2002, Encyclopaedia Brittanica, vol 10: Amerika Syarikat.

Ensiklopedia Islam. 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensiklopedia Islam.1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Elizabeth Monroe. 1963. Britain’s moment in the Middle East 1914-1956. London: University Paperback.

Dilip Hiro. 1982. Inside the Middle East. USA: Megraw-Hill Book Compny.


D.Hiro. 1996. The Middle East: International government and political series. Arizona: Oryx Press


Michel Ionides.1960. Divide and lose the Arab Revolt of 1955-1958. London: Geoffer Bles Ltd.

M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Bandung: Penerbit Mizan.

Wikipedia berbahasa Inggeris. 2008.

Wikipedia berbahasa Indonesia. 2008.





[1] M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Penerbit Mizan: Bandung. Hlm.73.
[2] Ibid. hlm. 74.
[3] Wikipedia. 2008.
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[6] M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Penerbit Mizan: Bandung. Hlm.74.
[7] Ibid.
[8] Ensiklopedia Islam. 2004. hlm. 271.
[9] M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Penerbit Mizan: Bandung. Hlm.74.
[10] Ibid.
[11] Wikipedia. 2008.
[12] Wikipedia. 2008.
[13] Ensiklopedia Islam.1998:282.
[14] B.E.C Dugdale. 2002. Encyclopaedia Brittanica. vol. 10: Amerika Syarikat.
[15] Ibid
[16] Ibid
[17] Ibid
[18] B.E.C Dugdale, 2002, Encyclopaedia Brittanica, vol 10: Amerika Syarikat. 202-203.
[19] Ibid
[20] Ibid
[21] B.E.C Dugdale. 2002. Encyclopaedia Brittanica. vol. 12. Amerika Syarikat. 565-566
[22] Ibid
[23] Ibid
[24] Wikipedia. 2008.
[25] D.Hiro. 1996. The Middle East: International government and political series. Oryx Press: Arizona.
hlm.17.

[26]Ibid
[27] Ibid
[28] Ibid.
[29] Ibid.