Tuesday 11 August 2009

DEKLARASI BALFOUR 1917

Pendahuluan

Pada 7-9 Jun 1988, para pemimpin Arab telah mengadakan perjumpaan agung bagi membincangkan tentang langkah-langkah yang perlu di ambil untuk memberi bantuan dan sokongan yang padu kepada masyarakat Palestine yang sedang berjuang di Tebing Barat dan Gaza dalam melawan Zionis Israel. Di akhir perjumpaan yang berlangsung secara tertutup ini, para pemimpin Arab telah membuat beberapa kata putus antaranya menolak usul perdamaian yang diajukan oleh Amerika Syarikat (AS) kerana menganggap bahawa perdamaian tersebut hanya bertujuan untuk melindungi kepentingan Israel sahaja.[1]

Jika ditinjau dan diteliti fakta-fakta sejarah yang telah lepas faktor pembinaan Negara Yahudi merupakan satu titik fokus kepada tercetusnya Deklarasi Balfour 1917, manakala sebab berlakunya pemberontakan Arab 1936 serta Perang Enam Hari yang tercetus pada Jun 1967 merupakan kesan daripada Deklarasi Balfour. Pada tahun 1896, seorang wartawan berbangsa Yahudi bernama Theodore Herzl, telah menulis sebuah artikel yang bertajuk “ Der Judenstat” ( Negara Yahudi), artikel ini ditulis bertujuan untuk membangkitkan semangat kaum Yahudi dalam membina sebuah Negara mereka sendiri dan disebabkan juga setelah Herzl melihat perasaan anti-Yahudi sudah mula menular ke seluruh tempat. Pada mulanya artikel ini tidak mendapat sambutan daripada masyarakat malah menerima ejekan dari pengikut Yahudi sendiri, namun kaum Yahudi di Eropah telah memberi tindak balas yang begitu hangat sekali terhadap artikel ini.[2]

Kertas kerja ini akan membincang secara terperinci mengenai sebab-sebab berlakunya Deklarasi Balfour, bila dan di mana termeterainya deklarasi ini, siapa yang turut sama dalam menjayakan isi kandungan deklarasi ini serta kesan-kesannya ke atas negara Arab.

1.0 Deklarasi Balfour

Dalam topik ini kita akan membincangkan tentang apakah yang dikatakan sebagai Deklarasi Balfour yang menjadi fokus perbincangan kita pada hari ini. Deklarasi Balfour 1917 merupakan sepucuk surat yang bertanggal 2 November 1917 dari Menteri Luar Negeri Britain Raya atau Inggeris; Arthur James Balfour kepada Rothschild yang merupakan pemimpin kaum Yahudi Inggeris untuk dikirimkan kepada Federasi Zionis, atas alasan bahawa pihak Britain telah memberi sokongan kepada Bangsa Yahudi dalam menubuhkan “Negara Yahudi”.[3]

Isi kandungan surat tersebut menyatakan bahawa pihak Inggeris memberi sokongan padu kepada Bangsa Yahudi dalam merialisakikan niat mereka untuk menubuhkan negara bangsa sendiri di Palestine, yang mana persetujuan ini disepakati oleh ahli Kabinet Inggeris dalam mesyuarat yang berlangsung pada 31 Oktober 1917, dalam mesyuarat tersebut pihak Inggeris telah meletakkan syarat bahawa sewaktu penaklukan Bangsa Yahudi ke atas Palestine, mereka hendaklah mengelakkan perkara-perkara yang boleh membawa kerugian kepada penduduk Palestine.

Pada waktu itu, sebahagian daripada wilayah Palestine berada di bawah naungan atau kekuasaan Daulah Turki Othmaniyyah, manakala wilayah-wilayah di sempadan Palestin telah menjadi sebahagian hasil daripada perjanjian Sykes-picot pada tahun 1916 di antara Inggeris dan Perancis. Bagi menyakinkan lagi Amerika Syarikat, bangsa Yahudi telah bersetuju untuk ikut serta dalam Perang Dunia I pada tahun 1914 dan sebagai balasannya Amerika Syarikat harus memberi sokongan kepada bangsa Yahudi dalam merialisasikan penubuhan Negara Yahudi sebagaimana yang terdapat dalam Isi kandungan Deklarasi Balfour 1917. Sebenarnya pihak Inggeris telah lama memberi sokongan kepada pihak Yahudi seandainya mereka ingin menubuhkan negara atau tanah air mereka sendiri.[4]
Deklarasi Balfour 1917 kemudiannya telah digabungkan bersama-sama perjanjian damai antara Sevres dengan kerajaan Turki Othmaniyyah dalam mandat untuk mendapatkan Palestine. Bagi merialisakan lagi niat mereka, kaum Yahudi telah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid I, dengan menabur janji-janji yang mana mereka bersedia untuk membantu ekonomi Turki, dengan syarat sekiranya kaum Yahudi dibenarkan datang ke Palestine secara bebas dan boleh menjadi penduduk tetap di sana dengan menubuhkan tanah air sendiri di Palestine.[5]

Namun, tawaran tersebut telah ditolak sekeras-kerasnya oleh Sultan Abdul Hamid I. Kaum Yahudi kemudiannya beralih arah kepada Inggeris setelah tawaran yang diajukan kepada Sultan Abdul Hamid I ditolak, setelah berbincang dengan pihak Inggeris, Penguasa Inggeris pada waktu itu telah menawarkan daerah seluas 15.540 km persegi di Uganda (Afrika) untuk bangsa Yahudi menjadikannya “tanah air” bagi bangsa tersebut, namun Zionis Yahudi tetap menuntut Palestine sebagai national homeland mereka.[6]

Deklarasi ini merupakan satu pakatan yang dibuat secara rahsia antara pihak Yahudi dan Inggeris. Setelah berakhirnya Perang Dunia I, kerajaan Turki Othmaniyah telah mengalami kekalahan, lantaran daripada itu pihak Zionis telah menggunakan kesempatan ini untuk terus bekerjasama dengan Inggeris bagi merialisasikan maksud mereka dalam menguasai Palestine, kerana pada waktu itu Inggeris telah berkuasa ke atas Palestine, harapan Yahudi untuk menjadikan Palestine sebagai tanah air mereka mendapat telah sokongan daripada pihak Inggeris, maka keluarlah sepucuk surat yang dikenali hari ini dengan nama Deklarasi Balfour, diambil sempena nama Menteri Luar Negara Inggeris iaitu Arthur James Balfour.[7]


Isi kandungan asal Deklarasi Balfour yang berbunyi sepertimana berikut:

Forign Office
2 November, 1917

Dear Lord Rothschild,
I have much pleasure in conveying to you, on behalf of His Majesty's Government, the following declaration of sympathy with Jewish Zionist aspirations which has been submitted to, and approved by, the Cabinet.
"His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."
I should be grateful if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist Federation.

Yours sincerely,
Arthur James Balfour

Terjemahan daripada isi kandungan tersebut seperti berikut:
Department Luar Negeri 2November 1917
Lord Rothschild yang terhormat,
Saya sangat senang dalam menyampaikan kepada Anda, atas nama Pemerintahan Sri Paduka Baginda, telah menyatakan simpatinya terhadap aspirasi Zionis Yahudi yang telah diajukan kepada Inggeris dan telah dipersetujui oleh ahli Kabinet.
"Pemerintahan Sri Paduka Baginda memandang positif terhadap pendirian Zionis Yahudi di Palestine untuk menjadikan negara tersebut sebagai ‘Tanah Air” Yahudi, pihak Inggeris juga berjanji akan menggunakan usaha yang terbaik bagi memudahkan mereka merialisasikan tujuan ini, karena jelas difahami bahawa tidak ada suatu pun yang boleh dilakukan yang dapat merugikan hak-hak penduduk dan keagamaan dari kaum non-Yahudi yang ada di Palestine, ataupun hak-hak dan status politik yang dimiliki orang Yahudi di negara-negara lainnya ."
Saya sangat berterima kasih jika Anda dapat menyampaikan deklarasi ini kepada pengetahuan Federasi Zionis.

Salam,
Arthur James Balfour
Draf terakhir yang akhirnya dikenali sebagai Deklarasi Balfour ini memaparkan beberapa perkataan-perkataan yang sengaja digunakan untuk mengaburi niat sebenar Yahudi. Perkataan “state” sengaja digunakan menggantikan perkataan “nation” yang membawa maksud negara. Ia bertujuan untuk mengelakkan bangsa lain menolak dan menggagalkan misi mereka. Walaupun kerajaan British menafikan bahawa deklarasi ini sebagai tiket untuk bangsa Yahudi menguasai Palestin, akan tetapi niat atau tujuan sebenarnya dapat disaksikan kini.

2.0 Sebab-sebab dan tujuan tercetusnya Deklarasi Balfour 1917

Sebab atau tujuan utama yang mendorong kepada tercetusnya Deklarasi Balfour ialah kerana faktor penubuhan “tanah air” Zionis Yahudi. Seorang wartawan Yahudi telah menulis pelbagai propaganda dalam Akhbar bagi membangkitkan semangat kaum Yahudi agar berjuang membina “tanah air” sendiri. Hasil penulisan Herzl mendapat sambutan daripada kaum Yahudi di Eropah Timur, sehinggakan lahirlah gerakan yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara atau “tanah air” Yahudi.

Setahun kemudian, Herzl telah mempengerusikan Kongres pertama di Basel, Swiss, dalam kongres telah melahirkan Basel Program yang terdiri daripada empat fasal antaranya; Mengorganisasikan dan menyatukan seluruh Yahudi melalui lembaga-lembaga yang bersifat tempatan dan antarabangsa, sesuai dengan perundangan setiap negara, Memperkukuh dan memperkuatkan sentimen dan kesedaran akan bangsa Yahudi.[8] Keputusan yang diambil dalam Kongres tersebut ialah menubuhkan “tanah air” Yahudi dan menjadikan Palestine sebagai sasaran bagi penubuhan negara Yahudi. Setelah terhasilnya Deklarasi Balfour pada 1917M yang menyokong matlamat rejim Zionis Yahudi untuk menubuhkan negara bangsa bagi kaum Yahudi di Palestine. Kaum Yahudi yang berada di seluruh pelusuk negara telah berimigrasi ke Palestine.[9]

Faktor imigran Yahudi ke Palestine telah menyebabkan timbulnya protes dari masyarakat Arab-Palestine yang sudah lama tinggal di Palestine. Sejak itu, sering terjadi pemberontakan antara orang Arab-Palestine dan Yahudi, pemberontakan ini telah menyebabkan berlakunya perang besar Arab-Palestine dan Yahudi, ketika kaum Yahudi mengisytiharkan tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948M.[10] Seperti mana Perjanjian Sykes-Picot sebelumnya, deklarasi ini dianggap oleh masyarakat Arab sebagai satu pengkhianatan besar Britain Raya dalam menyokong kemerdekaan Arab melalui Hussein-McMahon 1915–1916.


3.0 Pihak yang terlibat dalam Deklarasi Balfour

Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam menjayakan deklarasi ini antaranya Amerika Syarikat, British dan Rejim Zionis Yahudi.

3.1 Amerika Syarikat

Benua Amerika adalah sebuah benua di dunia yang merujuk kepada wilayah daratan di antara Lautan Pasifik dan lautan Atlantik. Benua besar ini umumnya dibahagikan kepada tiga iaitu Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Benua Amerika juga merangkumi wilayah Caribbean, pulau-pulau sekitar Laut Caribbean dan Greenland. Benua Amerika juga dikenali sebagai Dunia Baru dan meliputi 8.3% jumlah luas permukaan bumi (28.4%keluasan tanah) dan mengandungi lebih kurang 14% populasi manusia (kira-kira 900 juta orang.[11]

3.2 British atau Britain

Kerajaan Bersatu Britain Besar dan Ireland utara ialah sebuah negara di Eropah barat yang biasanya dikenali sebagai United Kingdom (singkatan:UK). United Kingdom terbentuk hasil beberapa Akta kesatuan yang menyatukan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Secara tepatnya, Great Britain atau British merujuk kepada gabungan England, Wales dan Scotland yang tidak termasuk Ireland Utara.

United Kingdom terletak di timur laut benua Eropah dan dikelilingi laut Utara, Selat Inggeris dan Lautan Atlantik. Selain empat kawasan utama United Kingdom, terdapat beberapa pulau atau kawasan di luar negara seperti Pulau-pulau Selat (Channel Islands), Isle of Man, Isle of Wight, Hebrides, Shetland isles yang dikira sebagai Wilayah Tanggungan Mahkota. Pulau-Pulau ini tidak termasuk dalam United Kingdom, tetapi United Kingdom bertanggungjawab ke atas hal ehwal luar pulau-pulau ini. United Kingdom juga mempunyai 14 wilayah Luar Negeri yang mempunyai status seperti Wilayah Tanggungan Mahkota.[12]

3.3 Israel (Zionis Yahudi)

Bangsa Israel merupakan golongan berketurunan Nabi Ya’akob bin Ishak bin Ibrahim a.s dan dikenali juga dengan nama Yahudi. Israel bererti orang yang suka berjalan malam. Pada mulanya, Bani Israel banyak dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah s.w.t . Pada akhir abad ke-19 dan seterusnya, keadaan berubah. Perang dunia ke-2 mengubah nasib bangsa ini. Cita-cita zionisme ditunjangi dengan semangat juang yang tinggi oleh seluruh peserta, kecuali Nazi Jerman. Dengan cara yang khusus, umat Yahudi bergelombang memasuki daerah Palestine. Suruhanjaya persetujuan antara Amerika-British memberi cadangan terhadap satu rombongan besar kaum Yahudi ini untuk memasuki Palestine.[13]

Pada tahun 1947, selepas Perang Dunia ke-2, British serta sekutunya telah menghadiahkan satu negara Israel untuk orang Yahudi di Palestine. Negara ini sampai sekarang merupakan duri dalam daging bagi dunia Arab. Tulang belakang kekuatan Israel pada abad ini adalah Gerakan Zionisme.



5.0 Tokoh yang terlibat sama dalam Deklarasi Balfour
5.1 Athur James Balfour

Athur James Balfour merupakan anak pertama daripada lapan orang adik-beradik kepada pasangan James Maitland Balfour dan Lady Blanche Gascoyne-Cecil. Beliau dilahirkan pada 25 Julai 1884M dan meninggal dunia pada 19 Mac 1930M. Bapanya merupakan seorang ahli parlimen British yang berbangsa Scotland, manakala ibunya pula adalah anak kepada Earl of Salisbury yang pertama; iaitu Robert Cecil.[14]

Ketika berumur lapan belas tahun, Athur James Balfour telah menerima pendidikan tinggi di Trinity College Cambridge. Beliau menuntut di sana selama 3 tahun iaitu dari 1866M hingga 1869M. Kemudiannya pada tahun 1874M, beliau dilantik menjadi ahli parlimen British bagi mewakili parti Konservatif di Hertford. Beliau manyandang jawatan tersebut sehingga tahun 1885M. Ini kerana beliau bertugas pula untuk bapa saudaranya yang merupakan Lord of Salisbury pada ketika itu. Beliau menjadi setiausaha sulit Lord of Salisbury yang ketika itu bertugas sebagai Setiausaha Luar British.[15]

Pada tahun 1902M, Athur James Balfour telah menggantikan bapa saudaranya yang telah meletak jawatan sebagai perdana menteri Britain. Beliau meletak jawatan pada Disember 1905, berikutan daripada kekalahan partinya kepada Parti Liberal pimpinan Campbell-Bannerman. Walau bagaimanapun beliau masih lagi menjadi pemimpin tertinggi parti Konservatif.[16] Oleh itu, berdasarkan pada pengalaman dan kewibawaan beliau sebagai pemimpin parti dan juga ahli parlimen, balfour telah dilantik menjadi Setiausaha Luar British pada tahun 1916M. Ketika bertugas sebagai setiausaha Luar inilah beliau telah menulis Deklarasi Balfour. Deklarasi yang dianggap sulit oleh kerajaan British ini telah diberikan kepada pemimpin bangsa Yahudi di Britain; iaitu, Lord Rothchild. Ia menandakan permulaan pada penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin.[17]




5.2 Lionel Walter Rothchild
Lionel Walter Rothchild dilahirkan pada tahun 1868M dan meninggal dunia pada tahun 1937M. Beliau merupakan seorang zoologis dan juga sorang banker. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sebenarnya berbangsa yahudi. Bapanya merupakan pemimpin bangsa yahudi yang tinggal di Britain.[18]
Beliau merupakan seorang ahli zionis yang aktif dan merupakan sahabat karib kepada Chaim Azriel Weizmenn. Chaim Azriel Weizmenn merupakan pemimpin tertinggi gerakan zionis sedunia. Oleh kerana seorang penyokong zionis wajib menyokong pendudukan semula bangsa yahudi di Palestin, Rothchild telah membantu Chaim dalam mendapatkan hak ke atas Palestin. Oleh itu, pada 2 November 1917M, Rothchild telah menerima surat dari Sir Athur James Balfour.[19]
Berdasarkan pada surat inilah, bangsa Yahudi; terutamanya, Zionis mendapat lampu hijau untuk pulang semula ke Palestin. Surat inilah yang dikenali sebagai deklarasi Balfour. Ia merupakan pengishtiharaan kerajaan British sebagai menyokong penubuhan Palestin sabagai negara bangsa Yahudi.[20]
5.3 Chaim Azriel Weizmenn
Chaim Azriel Weizmann lahir pada 27 November 1874 , dan meninggal dunia pada 9 November 1952. Beliau dilahirkan di sebuah kampung kecil yang terletak Belarus. Beliau juga, merupakan alumni Universiti Fribourg di Switzerland yang menjurus dalam bidang kimia. Pernah menjadi pensyarah Kimia di Universiti Geneva dan juga Universiti Manchester. Selain itu, beliau merupakan seorang ahli kimia yang telah menemui satu proses untuk menghasilkan acetone melalui proses penapaian.[21]
Walau bagaimanapun, tanggungjawab utama Chaim ialah menjadi pemimpin Zionis. Malahan beliau dilantik menjadi pemimpin organisasi Zionis sedunia. Beliau juga dalah presiden pertama Israel. Pada Perang Dunia Pertama Chaim telah menjadi pengarah Makmal Pertahanan British. Hasil penemuannya, iaitu acetone ialah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan bahan bakar yang diperlukan untuk melancarkan peluru-peluru.British sangat memerlukan bahan ini untuk menang dalam Perang Dunia Pertama.[22]
Penggunaan bahan itu ternyata telah memberikan satu keistimewaan buat British dan sekutunya. Walau bagaimanapun, sebagai seorang pemimpin yang licik dan tajam akalnya, Chaim mengambil peluang untuk memujuk kerajaan British memberikan Palestin kepada bangsa yahudi. Ini berdasarkan kepada jasanya menghasilkan acetone. Pada permulaannya kerajaan British, terutamanya setiausaha luarnya; iaitu Balfour tidak bersetuju. Akan tetapi setelah didesak oleh Chaim dan rakannya iaitu Nahum Sokolow, akhirnya Balfour terpaksa juga merangka deklarasi Balfour.[23]
5.4 Nahum Sokolow
Nahum Sokolow adalah seorang pemimpin Zionis, penulis, penterjemah dan juga peneroka bidang kewartawanan yahudi. Lahir dalam keluarga yang taat dalam agama Yahudi yang berasal dari Poland.
Beliau memulakan karier seawal usia tujuh belas tahun. Beliau menulis dalam kolum surat khabar berbahasa Hebrew di tempat lahirnya. Hasilnya, beliau mendapat sokongan daripada ramai bangsa Yahudi di Poland. Kemudiannya pada tahun 1906, Sokolow telah dilantik menjadi setiusaha agung Kongress Zionis Sedunia. Dengan kebolehan dan pengaruh yang ada padanya, Sokolow telah menjelajah ke eropah dan juga Amerika Utara untuk mempromosikan matlamat Zionis.
Ketika Perang Dunia Pertama, Nahum Sokolow tinggal di London, di mana beliau menjadi penasihat dalam deklarasi Balfour tahun1917M. Deklarasi yang mana ditulis bertujuan untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan British menyokong cadangan Zionis untuk menubuhkan negara bangsa Yahudi.[24]
6.0 Kesan-Kesan Deklarasi Balfour
Apabila deklarasi Balfour diisytiharkan sebagai satu daripada polisi luar Britain, banyak kesan- kesan negatif yang timbul terhadap umat Islam umumnya dan Palestin amnya. Palestin yang dahulunya didiami oleh majoriti orang Islam dan berada di bawah pemerintahan Usmaniyyah telah bertukar menjadi negara yang dikuasai bangsa Yahudi.[25]
Kesan utama yang dapat dilihat pada awal pengisytiharaan Palestin sebagai negara bangsa Yahudi ialah penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin. Bangsa Yahudi dari seluruh eropah mula berhijrah ke Palestin dan menyebabkan orang Arab Islam yang berasal dari Palestin merasa tidak selamat. Peningkatan bilangan penduduk Yahudi di Palestin meningkat secara mendadak. Perpindahan atau penempatan orang Yahudi ini disokong penuh oleh Gerakan Zionis Dunia yang dipimpim oleh Chaim Weizmann.[26]
Selain itu, pemberontakan Arab 1936 dan Perang Enam Hari juga merupakan kesan daripada deklarasi ini.Orang Arab yang berada di Timur Tengah mula merasakan bahwasanya, British cuba memperkotak-katikkan mereka. Nasib orang Islam sudah mula terabai. British ternyata memperolok-olokkan orang Islam melalui Perjanjian Hussein-McMohan, Sykes-Picot dan juga Deklarasi Balfour. Perjanjian-perjanjian ini hanyalah menjadi penyebab yang membawa kepada penguasaan bangsa yahudi di Timur Tengah seterusnya dunia.[27]
Kemuncak pada kesan dekalarasi yang membenarkan bangsa Yahudi menduduki Palestin ialah pengishtiharaan Israel sebagai sebuah negara di dalam Palestin pada tahun 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Setelah berhasil mendapatkan sebahagian daripada Palestin sebagai negara mereka, Zionis telah mula merancang satu lagi pelan yang dapat menyempurnakan penguasaan mereka di Timur Tengah.[28]
Pada Jun tahun 1967, telah berlaku Perang Enam Hari yang melengkapkan penguasaan mereka di Timur Tengah. Perang ini telah menyebabkan berjuta orang Islam menjadi pelarian. Israel pula telah berjaya menguasai Bukit Golan, Semenanjung Sinai, Tebing Barat (temasuk Jurusalem), dan juga Gaza. Hasilnya, sehingga kini umat Islam yang bersal dari kawasan yang diduduki bangsa Yahudi kini tinggal di kem-kem pelarian dan yang tinggal di Palestin hidup dalam ketakutan.[29]
7.0 Kesimpulan
Sesungguhnya Deklarasi Balfour yang ditulis oleh Sir Athur Balfour telah membawa kepada penguasaan Zionis ke atas Palestin. Seperti kata pepatah “Pucuk dicita ulam mendatang”, niat atau hasrat yang selama ini tersimpan akhirnya menjadi kenyataan.
Walaupun pada asalnya, deklarasi tersebut sekadar membenarkan orang Yahudi tinggal di sana dan tidak melanggar hak asasi bangsa-bangsa asal seperti Muslim dan Kristian di Palestin. Akan tetapi, Chaim Weizmann telah menggalakkan bangsanya berhijrah ke Palestin tanpa perlu menunggu pengishtiharaan dari kerajaan British. Oleh itu, Palestin telah dipenuhi dengan imigran Yahudi yang selama ini diaspora di seluruh dunia.
Akhirnya umat Islam Palestin juga yang menjadi mangsa. Berjuta-juta umat Islam hilang tempat tinggal, hilang nyawa dan hidup terseksa berada di bawah tekanan Israel dan sekutu kuatnya Amerika dan Britain. Sampai ke hari ini pergolakan di Asia Barat berlanjutan sehingga mengorbankan berjuta nyawa insan yang tidak berdosa.

Rujukan

B.E.C Dugdale. 2002. Encyclopaedia Brittanica. vol. 12: Amerika Syarikat.

B.E.C Dugdale, 2002, Encyclopaedia Brittanica, vol 10: Amerika Syarikat.

Ensiklopedia Islam. 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensiklopedia Islam.1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Elizabeth Monroe. 1963. Britain’s moment in the Middle East 1914-1956. London: University Paperback.

Dilip Hiro. 1982. Inside the Middle East. USA: Megraw-Hill Book Compny.


D.Hiro. 1996. The Middle East: International government and political series. Arizona: Oryx Press


Michel Ionides.1960. Divide and lose the Arab Revolt of 1955-1958. London: Geoffer Bles Ltd.

M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Bandung: Penerbit Mizan.

Wikipedia berbahasa Inggeris. 2008.

Wikipedia berbahasa Indonesia. 2008.





[1] M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Penerbit Mizan: Bandung. Hlm.73.
[2] Ibid. hlm. 74.
[3] Wikipedia. 2008.
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[6] M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Penerbit Mizan: Bandung. Hlm.74.
[7] Ibid.
[8] Ensiklopedia Islam. 2004. hlm. 271.
[9] M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Penerbit Mizan: Bandung. Hlm.74.
[10] Ibid.
[11] Wikipedia. 2008.
[12] Wikipedia. 2008.
[13] Ensiklopedia Islam.1998:282.
[14] B.E.C Dugdale. 2002. Encyclopaedia Brittanica. vol. 10: Amerika Syarikat.
[15] Ibid
[16] Ibid
[17] Ibid
[18] B.E.C Dugdale, 2002, Encyclopaedia Brittanica, vol 10: Amerika Syarikat. 202-203.
[19] Ibid
[20] Ibid
[21] B.E.C Dugdale. 2002. Encyclopaedia Brittanica. vol. 12. Amerika Syarikat. 565-566
[22] Ibid
[23] Ibid
[24] Wikipedia. 2008.
[25] D.Hiro. 1996. The Middle East: International government and political series. Oryx Press: Arizona.
hlm.17.

[26]Ibid
[27] Ibid
[28] Ibid.
[29] Ibid.

No comments: