Saturday 26 January 2008

Hubungan Rusia dengan kerajaan Othmaniyyah abad ke 19

1.0 PENDAHULUAN

Kerajaan othmaniyyah merupakan sebuah empayar islam yang terkuat selepas jatuhnya kerajaan Abasiyyah dan kerajaan umaiyyah. Nama kerajaan othmaniyyah diambil sempena nama Sultan Othman ibn Sauji ibn Artugrul ibn Sulaiman Shah ibn Kia Alp, yang merupakan seorang ketua kabilah Kabi di Asia Tenggara.[1] Satu kejayaan yang amat dibanaggakan oleh masyarakat yang berada pada zaman tersebut hinggalah kehari ini ialah tentang kejayaan kerajaan Othmaniyyah menawan kota yang dianggap begitu agung yang mana kerajaan sebelumnya ini tidak dapat menawan kota tersebut yang kini dikenali dengan nama Istanbul (kostantinopel) dibawah pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih pada tahun 1453.

Setelah kemenangan demi kemenangan berpihak kepada tentera Islam kemudiannya lahirlah zaman kegelapan bagi kerajaan Othmaniyyah dimana selepas mangkatnya Sultan Sulaiman al-Qanuni maka berakhirlah zaman keagungan kerajaan Othmaniyyah. Zaman kegelapan bagi empayar ini tiba setelah sultan-sultan yang tidak mahir dalam menguruskan pentadbiran Negara telah menduduki tahta kerajaan. Kerajaan Othmaniyah telah menjalankan hubungan dengan Negara-negara luar antaranya seperti Britian, Prancies, Rusia dan British. Hubungan yang terjalin diantara kerajaan Othmaniyyah dan Rusia telah wujud pada abad ke-18 lagi dimana perjanjian perdamaian pertama yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pikah ialah pada 10-12 Julai 1774 yang dikenali dengan persetiaan Kuchuk Kaunarji. Didalam perjanjian ini kerajaan Othmaniyyah begitu menampakkan kelemahannya kerana terpaksa akur dengan beberapa syarat yang dikanakan oleh Rusia.






2.0 HUBUNGAN KERAJAAN OTHMANIYYAH DENGAN RUSIA

Sesunggahnya kerajaan Othmaniyyah telah menjalinkan hubungannya dengan rusia melalui beberapa perjanjian yang telah ditandatangani bersama namun apa yang kita datap lihat disini setiap kali perjanjian diadakan maka terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh kerajaan Othmaniyyah yang telah memberi keuntungan kepada pihak Rusia antara perjanjian-perjanjian yang terdapat semasa kerajaan Othmaniyyah menjalan hubungan dengan Rusia ialah:



3.0 PERSETIAAN KUCHUK KINARJA

Persetiaan atau perjanjian yang telah ditandatangani oleh kerajaan Othmaniyyah dengan Rusia yang berlangsung pada 22 Julai 1774 yang mana dikenali dengan perjanjian Kuchuk Kinarja, ketika ini kerajaan Othmaniyyah berada dibawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid I,[2] dalam perjanjian ini kerajaan Turki Othmaniyyah terpaksa akur dengan syarat yang dikenakan oleh Rusia, kerajaan Otmaniyyah terpaksa memberi beberapa hak keistimewaan kepada Rusia, antara syarat yang harus dituruti oleh kerajaan Othmaniyyah ialah menyerahkan benteng-benteng Laut Hitam kepada Rusia sedangkan benteng tersebut telah berkurun lamanya dipertahankan oleh kerajaan Othmaniyyah.[3]

Rusia meminta agar kerajaan Othmaniyyah melepaskan wilayah Azov kepada mereka dan permintaan ini ditunaikan walaupun dalam keterpaksan, kerajaan Othmaniyyah juga hendaklah memberi keizinan kepada Aramada Rusia melalui Selat Dardenelle serta harus mengiktiraf atau memperakui kemerdekaan Tartar di Crimea. Selain daripada itu kerajaan Othmaniyyah juga hedaklah memberi kebenaran kepada Rusia untuk menubuhkan konsulat-konsulat di wilayah-wilayah Othmaniyyah.[4]

Antara-antara syarat yang terpaksa dituruti oleh kerajaan Othmaniyyah ialah memberi kebebasaan kepada pedagang Rusia berdagang di kerajaan Othmaniyah dan syarat yang paling pahit untuk di terima oleh kerajaan Othmaniyyah dalam perjanjian tersebut ialah memberi kebenaran kepada Rusia membina gereja Orthodox di Kostentinopel (Istanbul) dan rakyat Rusia haruslah diberi kebenaran melakukan ibadat mereka ke tempat-tempat suci.[5] Perjanjian ini dilalakukan semata-mata untuk mencari jalan perdamaian diantara kerajaan Ohmaniyyah dan Rusia bagi menamatkan peperangan yang berlaku diantara kedua-dua buah kuasa besar ini yang telah tercetus pada tahun 1768 sehingga 1774 iaitu lebih kurang selama eman tahun.


4.0 ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN SALIM III

Setelah kerajaan Othmaniyyah melihat wilayahnya dicerobohi oleh Perancis maka kerajaan Othmaniyyah telah bersiap sedia untuk memeranginya dan mengusiar tentera-tentera perancis keluar dari kerajaan Othmaniyyah. Setelah melihat kesungguhan kerajaan Othmaniyyah yang ingin melawan perancis maka pihak Inggeris tanpa rasa ragu-ragu lagi menawarkan diri untuk memberi bantuan kepada Turki menghalau Perancis dari kerajaan Turki.

Tawaran dari pihak Inggeris itu diterima oleh Kerajaan Othmaniyyah, kemudian dengan serta merta Rusia pula Menawarkan diri untuk membantu kerajaan Othmaniyyah menghalau perancis dari Mesir. Setelah ketiga-tiga kuasa ini bersatu maka serang telah dilancarkan keatas Perancis di Mesir yang akhirnya kemenangan berpihak kepada kerajaan Othmnaiyyah, dimana tentera Perancis telah menyerah kalah dan keluar dari tanah Mesir dengan demikian maka tamatlah peperangan diantara Perancis dan kerajaan Othmaniyyah.

Kemudian pada tahun 1806 telah berlaku kembali perselisihan diantara kerajaan Othmaniyyah dengan Rusia dan kali ini Rusia dibantu oleh Inggeris dalam melawan kerajaan Othmaniyyah, kedua-dua kerajaan tersebut menuntut agar kerajaan othmaniyyah melepaskan haknya keatas wilayah Falakh dan Baghdad kemudiannya wilayah ini hendaklah diserahkan kepada Rusia dan kerajaan hendaklah mengishtiharkan perang terhadap perancis. Jika syarat-syarat ini tidak dituruti oleh kerajaan Othmaniyyah maka pihak Inggeris terpaksa melalui Selat Dardanella dan menghancurkan konstantinopel dengan menggunakn meriam dari arah laut.[6]

Namun kerajaan Othmaniyah tetap menolak syarat tersebut, lantaran daripada itu maka Armada Inggeris dibawah pimpinan Admiral Duke of Worth telah memasuki Selat Dardanella, namun tentera kerajaan Othmaniyyah telah pun membuat persediaan untuk melawan pihak Inggeris di Bosporus, kemudian Armada Inggeris berundur ke Laut Putih dan terus ke Iskandariah, kemudian pula memasuki kota Rashid tetapi serangan yang dilancarkan dapat ditangkis dengan hebatnya oleh tentera Othmaniyyah dan akhirnya kemenagan berpihak kepada kerajaan Othmaniyyah, oleh kerana itu pihak Inggeris telah keluar dari Mesiar pada 4 september 1807.[7] Sultan Salim III telah cuba membuat perubahan dalam sistem ketenteraan namun usaha beliau mendapat tentangan daripada tentera Inkishariah dan dari golongan ulamak, akhirnya Sultan Salim III digulingkan.


5.0 ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD II

5.1 Persetujuan Bukharest dan Perjanjian Adrionopel

Kerajaan Othamaniyyah kitika berada dibawah pemerintahan Sultan Mahmud II juga turut mengadakan hubungan dengan Rusia. Setelah damai seketika, kerajaan Othmaniyyah kembali semula bergolak akibat daripada perasaan tidak puashati tentera inkisyariah terhadap pemerintah namun masalah ini dapat diselesaikan dengan bijaksana oleh Sultan, setelah keadaan kembali aman Sultan mula menagadakan politik luar negerinya iaitu denga mengadakan perjanjian damai diantara kerajaan Othmaniyyah dengan pihak Inggeris pada 2 Januari 1809, kemudian pada 28 mei 1812 kerajaan Othmaniyyah mengadakan perjanjian perdamaian dengan Rusia dimana yang dikenali dengan persetujuan Bukharest.[8]

Dalam perjanjian ini ditegaskan bahawa Falakh dan Baghdad tetap berada dibawah kekuasaan kerajaan Turki Othmaniyyah. Servia pula dikembalikan kepada kerajaan Otmaniyyah , kerajaan Otmaniyyah juga mengakui hak-hak Rusia di dalam wilayah tersebut, hanya Besarabia yang tetap berada dibawah kekuasaan Rusia. Perjanjian ini disetujui oleh Rusia dan Sultan Mahmud II sempat menyusun kembali pentadbiran negerinya selama 10 tahun.

Tiba-tiba pada tahun 1822 berlaku pemberontakan di Yunani, dan pada waktu itu juga pujangga Inggeris yang terkenal (Lord Byron) turut berjuang membela Yunanai, akhirnya kerajaan-kerajaan barat turut campur tanagan, lantaran itu telah diadakan Konferansi Lmdon yang dihadiri oleh wakil Inggeris, perancis dan Rusia yang bertujuan untuk membincangkan masalah persengketaan di Yunani.[9]

Akhirnya membawa kepada keputusan menperakui kemerdekaan ketas Yunani, yang berada dibawah jaminan Barat, Yunani (Greek) dikendaki membayar jiziah kepada kerajaan Otmaniyyah sebanyak 500,00 kirs setahun, namun kerajaan Otmaniyyah sekali lagi menolak syarat-syarat pejanjian ini kerana keputusan tersebut dibuat tanpa persetujuan dan kehadiran kerajaan Otmaniyyah. Disebabkan penolakan tersebut Rusia telah mengishtiharkan perang keatas kerajaan Othmaniyyahi.[10] Kerajaan Othmaniyyah telah bertempur dengan Rusia pada tahun 1828 dan kemudiannya pada Ogos 1828 Rusia telah berjaya memasuki wilayah Turki Othmaniyyah di Adrionopel.[11]

Ekoran daripada itu, kerajaan Othmaniyyah sekali lagi telah mengadakan perjanjian damai dengan Rusia pada bulan tersebut iaitu pada bulan Ogos 1828 dimana perjanjian ini dikenali sebagai perjanjian Adrionopel kerana ianya berlangsung di Adrionopel dan dalam perjanjian ini turki telah menegemukakan tuntutan agar kerajaan Baghdad, kerajaan Falakh, propensi Karagoadeh, Bulgaria, Dorbroska pendek kata semua negeri yang berada dibawah kekuasaan Rusia hendaklah dikembalikan kepada kerajaan Othmaniyyah, seandainya Rusia ingkar maka kerajaan Otmaniyyah sanggup meneruskan peperangan sehinggakan Istanbul menjadi abu.[12]

Lantaran itu, pihak Rusia terpaksa menerima perjanjian tersebut namun pihak Rusia telah meletakkan dua syarat utama yang perlu dipatuhi oleh kerajaan Othmaniyyah, antara syarat-syarat yang terdapat dalam perjanjian tersebut ialah Imarah-imarah Danube akan bertindak sebagai protektorat Rusia dengan syarat kerajaan Ohmaniyyah hendaklah bersetuju mengemukakan jalan penyelesaian masalah diantara Greek dan Rusia. Manakala syarat yang kedua pula ialah kerajaan Othmaniyyah hendaklah membenarkan Rusia memiliki wilayah-wilayah baru di timur pantai laut hitam dan demi untuk mendapatkan kedamaian kedua-dua syarat ini dituruti oleh kerajaan Othmaniyyah.[13] Dan akhirnya perjanjian ini dirombak pada tahun 1833.


5.2 Persekutuan Unkias Iskelessia

Pada bulan julai 1833, kerajaan Othmaniyyah dan Rusia sekali lagi telah mengadakan persekutuan,yang dikenali dengan persekutuan Unkias Iskelessia, dimana dalam persekutuan ini Rusia cuba untuk mendapatkan pengakuan dari kerajaan Othmaniyyah tentang hak-hak utamanya di wilayah Othmaniyyah. Rusia berharap agar kerajaan Othmaniyyah memberikan hak kepada kapal perang Rusia untuk menggunakan Selat-selat kerajaan Othmaniyyah dan menyingkir angkatan tentera Laut Barat yang berada di Selat-selat tersebut .[14] Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud II baginda telah berjaya menghapuskan angkatan tentera Inkisyariah dan mengasaskan satu agkatan tentera yang lebih bersistematik
6.0 ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN ABDUL MAJID I

6.1 Conventions of The Straits

Setelah baginda Sultan Mahmud II mangkat pada 1839, maka tahta kerajaan diterajui oleh puteranya Sultan Abdul Majid I, semasa pemerintahan sultan Abdul Majid I, kerajaan Othmaniyyah sekali lagi telah mengadakan perjanjian dengan Negara-negara Barat didalam (Conventions of The Straits) yang telah ditandatangani oleh lima buah Negara-negara besar pada waktu it antaranya Britain, Austria, Prassia, Rusia dan Perancis iaitu pada tahun 1841, dalam perjanjian tersebut ada menyebut bahawa dibahagian Timur Tengah tidak akan berlakunya serangan dari mana-mana pihak sehinggalah tahun 1852.

Manakala pada tahun 1853 perjanjian tersebut telah tamat namun pihak Rusia masih lagi meminta agar keajaan Othmaniyyah menyambung perjanjian tersebut dimana kerajaan Othmaniyyah hendaklah memberi hak protektoratnya kepada semua golongan Kristian Orthodox dan kerajaan Othmaniyyah hendaklah mengiktirafnya. Walaubagaimanapun, permintaan itu telah ditolak dengan tegas oleh kerajaan Turki Othmaniyyah.

Ekoran daripada itu, Rusia telah melancarkan serangan keatas kerajaan Othmaniyyah pada 4 Oktober 1853 yang dikenali dengan Perang Crimea, dimana tentera kerajaan Turki Othmaniyyah dibawah pimpinan Omar Pasha manakala tentera Rusia pula diketuai oleh Putera Gorchakov.[15]Pada tahun tersebut juga Perancis dan Britain telah berjaya masuk ke Dardanella, dimana Perancis dan Britain telah membantu kerajaan Othmaniyyah menagkis serangan dari Rusia Di Kota Kostentinople (Istanbul), kerajaan Othmaniyyah telah bergabung dengan Perancis dan Britain dalam pertempuran yang telah tercetus pada bulan tersebut, manakala pada tahun 1854 Perancis dan Britain telah mengishtiharkan perang keatas Rusia dan pada tahun 1855 kerajaan Othmaniyyah telah berjaya merampas kembali wilayah-wilayah yang jatuh ketangan Rusia iaitu pada 9 September 1855.



6.2 Perjanjian Paris

Pada 25 Febuari 1856 telah bermulanya satu perjanjian perdamaian diantara Negara-negara Barat dengan kerajaan Othmaniyyah yang dikenali dengan perjanjian Paris, perjanjian Paris yang pertama ditandatangani pada 29 march 1856 dan berikutnya pada 15 Appril 1856.[16] dimana didalam perjanjian ini ada menyatakan bahawa kapal perang tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan Laut hitam kecuali hanya kapal-kapal dagang sahaja yang dibenarkan melalui perairan tersebut. Rusia begitu kecewa dengan isi kandungan perjanjian ini, bukan kerana terpaksa kehilangan wilayah-wilayah taklukannya tetapi kerana kapal perang dari semua bangsa tidak dibenarkan melalui Laut Hitam.


Banyak keistimewaan yang dimiliki oleh Rusia telah berakhir antaranya ketetapan protektorat Rusia keatas Imarah-imarah Rumania, pembinaan terhadap pengkalan angkatan tentera Laut Rusia dan penempatannya serta benteng-benteng di pantai Laut Hitam terpaksa dibataskan. Perang Crimea telah mendorong perubahan dalam kerajaan Othmaniyyah dan munculnya pemerintahan yang lebih libral. Setelah kematian Nicholas I, maka Alexander II telah menggantikan tempat ayahndanya dan beliau telah membuka lembaran baru dimana mereka telah mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa di Eropah.

Setelah peperangan Crimea berakhir pada 1856, ianya sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kerajaan Othmaniyyah yang telah mengakibatkan berlakunya krisis dalaman terhadap Empayar Turki Othmaniyyah dan membuka peluang kepada kuas-kuasa Eropah yang akhirnya Perancis dan Inggeris berpaling tadah yang kemudiannya mereka menyertai Rusia dalam agenda untuk merampas wilayah-wilayah Othmaniyyah. Rusia menggunakan alasan pemberontakan Nasionalisme penduduk tampatan sebagai taktik untuk menyerang Bulgaria, pada tahun 1881 Perancis telah berjaya menakluki Tunisia dan pada tahun 1882 Inggeris pula berjaya menakliki Mesir.[17]



7.0 ZAMAN PEMERINTAHAN SULTAN ABDUL HAMID II

Semasa Sultan Abdul Hamid II menduduki tahta kerajaan, baginda banyak berdepan dengan masalah pemberontakan yang berlaku di Balkan, baginda telah menghantar tentera thmaniyyah ke wilayah-wilayah yang berlaku pemberontakan dan usaha ini memberi hasil dimana pemberoktakan dikalangan penduduk tempatan dapat ditangkis, faktor ini telah menyebabakan lahirnya kerisauan dalam diri Prince Milaan yang berada di Servia, kerana tentera Otmaniyyah dapat kemenagan dalm melawan pemberontakan yang berlaku diwilayah Balkan. Prince Milaan telah meminta kerajaan-kerajaan Eropah campur tangan membela kepentingannya.

Oleh sebab itu, pada tahun 1877M bersamaan 1294H, Rusia telah mengumumkan perang keatas kerajaan Othmaniyyah, tentera Rusia telah maju melangar batas-batas kerajaan Othmaniyyah, iaitu selepas Rusia membuat pakatan rahsia dengan Rumania, dimana selama tercetusnya perang terhadat kerajaan Othmaniyyah, Rumania akan berada bersama Rusia dan meyeahkan kekayaan Rumania serta tenteranya kepada Rusia agar dapat dikerahkan untuk melawan tentera Otmaniyyah dalam peperangan tersebut, sedangkan pada waktu ini Rumania berada dibawah kekuasaan kerajaan Othmaniyyah, sepatutnya kerajaan Barat bertindak dengan memberikan tegur kepada Rumania namun sebaliknya, mereka hanya berdiam diri dan terus membiarkan peperangan terus tercetus, dan pada 14 march 1877 Rumania telah mengishtiharkannya bebas daripada taklukan kerajaan Othmaniyyah.[18]


7.1 Perjanjian San Stefano

Perjanjian San Stefano telah berlansung pada bulan febuari 1878 di di Laut Marmora, yang melibatkan kerajaan Othmaniyyah dan Rusia dimana terdapat beberapa syarat yang telah dipersetuji oleh kedua-dua belah pihak, antaranya kerajaan Othmaniyyah bersetuju menyerahkan Bulgaria, Vidin, Rencuk dan Silistria kepada Rusia serta memberikan kuasa otonomi kepada Bosnia-Herzegovina dan Bulgaria pula dibawah pengaruh Eropah. Rusia pula mendapat kuasa penuh dalam menggunakan sealat-selat dan Porte terpaksa membayar ganti rugi perang serta menerima penaklukan Rusia keatas Bessarabia.[19]

Selain daripada itu juga, kerajaan Othmaniyyah telah berjanji dengan Rusia bahawa kerajaan Othmaniyyah tidak akan menerima mana-mana kuasa Eropah lain di Empayar Turki Othmaniyyah dan memberi kebebasan kepada Montenegro dan Serbia. Tentera Rusia dan seorang komisiner Rusia akan berkhidmat bagi menyusun kembali pentadbiran kerajaan Othmaniyyyah, manakala tentera Othmaniyyah dan pembesarnya diarahkan bersara, dan akibat dari propaganda-propaganda yang berlaku maka telah bangkitnya semangat Nasionalisme dikalangan rakyat Armania, pada masa ini Rusia giat membantu kerajaan Othmaniyyah membuat pembaharuan dalam pentadiran. Namun disebabakan oleh perang kuat saraf Rusia telah meninggalkan perjanjian ini dan bersetuju untuk mengadakan satu kongres Internasional bagi menentukan nasib Balkan.[20]


7.2 Perjanjian Barlin

Kongres atau Perjanjian Barlin telah berlansung pada bulan jun 1878 yang bertempat di Barlin, dimana kongres ini di ketuai oleh Charcellor (Perdana Menteri) Jerman, Bismarch. Berlangsungnya kongres ini kerana untuk mencari jalan penyelesaian perselisihan yang berlaku di anatara Eropah dan Kerajaan Othmaniyyah, Perjanjian San Stefano telah dirombak kembali dengan alasan Rusia semakin mara ke Laut Mediternian dan Teluk Persi dan telah mengakibatkan huru-hara di Armania padahal sebenarnya Britain takut dengan kedudukan Rusia di wilayah Othmaniyyah kerana takut jalan perdagangannya akan dimonopoli oleh Rusia, jadi Britian mengambil inisiatif ini sebagai jalan untuk menyelamatkan ekonominya dari terancam.

Setelah beberapa hari bersidang maka hasilnya, wilayah Bulgaria telah dikecilkan dimana wilayah ini telah dibahagi dua dibahagia utara termasuk Bulgaria sendiri manakala yang berada dibahagian selatan dinamakan Rum Eli, dalam kongres ini dunia telah memperakui kemerdekaan keatas Rumania dan wilayah Dobroska dimasakkan ke dalam kerajaan Rumania, manakala Rusia pula menguasai Besarabia begitu juga Kota Karus, Ardahan dan Bantun turut berada dibawah kekuasaan Rusia. Bosnia-Hevegovinia pula berada dibawah pemerintahan kerajaan Othmaniyyah, tetapi pihak Asturia bebas memasuki wilayah tersebut pada bila-bila masa sahaja.[21]


7.3 Faktor berlakunya kongres Barlin dan kesannya

Terdapat beberapa faktor yang menyebabakan berlakunya kongres Barlin antaranya disebabakan kekalahan bagi diplomasi Rusia terhadap kerajaan Othmaniyyah, selain daripada itu juga faktor kebebasan yang di miliki oleh Asturia yang mendorong Jerman bersekutu dengan Asturia pada Oktober 1879.

Manakala terdapat beberapa kesan yang mana lahir dari perjanjian ini ialah berlakunya pemberontakan penduduk-penduduk tempatan yang berpunca dari api hasutan Rusia, hinggakan daulah Othmaniyyahterkenal dengan gelaran “Orang Sakit di Eropah”,[22] selain daripada itu Bulgaria telah dibagikan kepada dua bahagia dan perjanjian ini juga telah mematahkan tariang kerajaan Othmaniyyah yang dahulunya begitu gah dan digeruni oleh Eropah, dalam perjanjian ini juga, banyak wilayah Turki tergadai dan dikuasai oleh Eropah dan begitu merugikan kerajaan Othmaniyyah.


8.0 KESIMPULAN

Dapatlah disimpulkan disini bahawa, perhubungan kerajaan Othmaniyyah dengan Rusia telah banyak memberi kerugian bagi kerajaan Othmaniyyah, kerana dalam semua perjanjian yang berlangsung diantara kedua-dua kerajaan ini banyak memberikan hak keistimewaan kepada Rusia.

Pemerintahan yang tidak begitu kuat juga merupakan sebab utama Turki dikuasai oleh Negara Eropah, sehingga wilayah-wilayh Turki ditakluki oleh Negara Baratdan disebabakan sultan yang menduduki tahta tidak segah dahulu jugalah telah menyebabkan Sultan di turki tidak diperlukan lagi sehinggakan system khalifah juga terkubur setelah Seltan Majid II dihalau dari Turki pada 1923 yang mana dalam majlis Kebangsaan Raya yang berlangsung pada 29 november 1923 menyatakan Khalifah tidak berguna lagi dan ianya adalah urusan umat islam sedunia bukan urusan bangsa Turki semata-mata.

Terdapat berapa faktor utama Rusia menjalinkan hubungn dengan kerajaan Othmaniyyah antaranya kerana ia merupakan idaman Rusia sejak dahulu lagi, dimana ianya merupakan pintu masuk utama untuk ke Negara-negara timur tengah yang lain. Selain itu juga, Rusia ingin menguasai selat Baspor dan Selat Dardanalla yang akan menjadi jalan Rusia ke Laut Lepas dan dapat menguasai ekonomi dunia. Semua peperangan yang tercetus di Turki adalah agenda Barat agar mereka dapat meneruskan matlamat mereka dalam melenyapkan Islam dan menyebar agama Kristian keseluruh dunia.


RUJUKAN


Dr. Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1980.

Suriani binti Taharuddin, Pengaruh Rusia Terhadap Dunia Islam Pada Abad ke-19, Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, UKM Bangi, Selangor, 1991.

Shaw, History Of The Ottoman Empire And Modern Turkey, Cambridge University Press, Cambridge, London, New York, Melbourne, 1977.

Dusuki Hj. Ahmad, Ikhtisar Perkembangan Islam, Kuala Lumpur, 1982.

الـدكـتـور عـلـي حـون، تـاريـخ الـدولـة الـعـثـمـانـيـة وعـلاقـاتـهـا الـخـارجـيـة، الـمـكـتـب الإسـلامـي، بـيـروت، ١٩٩٤.

[1] Dr. Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1980, hlm. 346.
[2] Dr. Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1980, hlm. 388.
[3] Suriani binti Taharuddin, Pengaruh Rusia Terhadap Dunia Islam Pada Abad ke-19, Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, UKM Bangi, Selangor, 1991, hlm. 28.
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[6] Dr. Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1980, hlm. 391.
[7] Ibid.
[8] Dr.Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1980, hlm. 393.
[9] Ibid.
[10] Dr. Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1980, hlm.394.
[11] Suriani binti Taharuddin, Pengaruh Rusia Terhadap Dunia Islam Pada Abad ke-19, Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, UKM Bangi, Selangor, 1991, hlm.28.
[12] Dr. Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1980, hlm.394.
[13] Suriani binti Taharuddin, Pengaruh Rusia Terhadap Dunia Islam Pada Abad ke-19, Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, UKM Bangi, Selangor, 1991, hlm.28.
[14] Ibid.
[15] Shaw, History Of The Ottoman Empire And Modern Turkey, Cambridge University Press, Cambridge, London, New York, Melbourne, 1977, hlm.138.
[16] Shaw, History Of The Ottoman Empire And Modern Turkey, Cambridge University Press, Cambridge, London, New York, Melbourne, 1977, hlm.140-141.
[17] Suriani binti Taharuddin, Pengaruh Rusia Terhadap Dunia Islam Pada Abad ke-19, Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, UKM Bangi, Selangor, 1991, hlm. 36.
[18] Dr. Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1980, hlm.401.
[19] Suriani binti Taharuddin, Pengaruh Rusia Terhadap Dunia Islam Pada Abad ke-19, Jabatan Arab Dan Tamadun Islam, UKM Bangi, Selangor, 1991, hlm. 44.
[20] Ibid, hlm.44-46.
[21] Ibid, hlm. 48.
[22] Dr. Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1980, hlm. 402.

ideologi pemikiran syakib arsalan

PENDAHULUAN



Al-Amier Syakib Arsalan adalah salah seorang daripada alih politik yang terkenal, beliau merupakan seorang ahli intelektual Islam yang terkenal dan merupakan mujahid Islam terulung yang dapat membela kepentingan Islam dengan menggunakan akal fikiran beliau yang cerdik, beliau juga merupakan pengarang atau penulis yang bijaksana serta sanggup mempertahankan Islam dengan menggunakan penanya yang tajam dalam surat khabar berbahasa Arab yang di terbitkan di Mesir dan lain-lain. Beliau dilahirkan pada tahun 1286 H bersamaan 1869 M dan meniggal dunia pada tahun 1366 H bersamaan 1946 M di Bairut, nama penuh beliau ialah Syakib Arsalan, dilahirkan di al-Syuwifat Lubnan, beliau mendapat pendidikan di sekolah al-sultaniyyah di Bairut dan fasih dalam bahasa Arab, Perancis, Turki dan Jerman.[1]

Kitab-kitab karangan beliau penuh dengan kata-kata semangat dan seruan kepada umat Islam supaya mereka sedar daripada kelalaian kemudian bergerak dan bangkit membela serta mempertahankan umat Islam yang ditindas oleh pihak yang memusuhi Islam. Arsalan jugu merupakan salah seorang daripada buangan politik pada zaman pemerintahan Perancis di Mesir, kemudiannya beliau memilih tempat di Geneva sebagai tempat pembuangannya, dalam pada masa yang sama beliau dianggakat oleh pemerintah di Syria sebagai ketua delegasi Syria di Volkenbond.

Kitab karangan beliau yang yang bertajuk لـمـاذا تـأخـر الـمـسـلـمـون ( mengapa kaum muslimin mundur) adalah sebuah kitab yang masyhur dikalangan ulama’, dimana kitab ini banyak membincangkan tentang ideologi pemikiran Arsalan mengenai sebab-sebab kemunduran umat Islam masakini dan sebab-sebab kemajunan umat Islam terdahulu serta tentang kemajuan bangsa Eropah.





2.0 IDEOLOGI PEMIKIRAN SYAKIB ARSALAN

Terdapat beberapa ideologi pemikiran Syakib Arsalan dalam buku beliau yang berjudul Our decline it’s causes and remedies, yang mana ianya banyak membahaskan tentang sebab-sebab kemajuan dan kemunduran umat Islam serta perbandingan antara umat islam pada masa sekarang dengan bangsa Eropah. Terdapat beberapa Ideologi Syakib Arsalan dalam buku beliau antaranya ialah:

Sebab-sebab kemajuan umat Islam terdahulu
Sebab-sebab kemunduran umat Islam hari ini
Sebab-sebab kemajuan bangsa Eropah

2.1 sebab-sebab kemajuan umat Islam terdahulu

Menurut Syakib Arsalan, terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan umat Islam pada masa dahulu maju dalam semua aspek, sama ada dari segi pentadbiran, pemerintahan dan dalam agenda meluaskan kuasa Islam. Ini kerana menurut beliau, umat Islam pada masa dahulu tidak mempunyai perasaan takut dalam menegakkan Islam dan keluar berjuang untuk berjihad dijalan Allah.
Umat Islam pada masa dahulu cukup taat dan patuh kepada agama Islam sedangkan pada masa sebelum datangnya Islam kehidupan mereka begitu teruk dari segi akhlak dan pergaulan sehinggakan mereka dikenali dengan gelaran mesyarakat jahiliyyah, kemudian setelah datangnya Islam mereka berubah kepada kehidupan yang lebih baik, dimana mereka hidup berpandukan ajaran Islam yang sempurna, jika dahulunya mereka hidup dalam keadaan jahliyyah tetapi setelah datangnya sinar Islam mereka hidup dalam corak kehidupan yang bertamadun, contohnya memiliki akhlak yang mulia, bersatu padu dan daripada sikap menyambah berhala kepada pengabdian diri kepada Allah s.w.t.



Setelah lahirnya Islam didalam jiwa umat Islam ini, maka lahirlah sifat berani untuk menegakkan syiar Islam didalam diri umat Islam pada masa dahulu dengan begitu kental sekali, sehinggakan mereka dapat mencipta pelbagai tamadun dalam sejarah Islam yang hanya boleh dibanggakan oleh umat Islam hari ini. Kebaranian umat Islam pada masa dahulu adalah salah satu faktor yang menyebabkan umat Islam pada zaman tersebut maju dari segenap segi, buktinya keberanian umat Islam pada masa dahulu telah melakar sejarah manis buat umat Islam seluruhnya, kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih dalam menakluk Kota Konstentinople adalah merupakan satu lakaran sejarah bagi umat Islam, keberanian yang ada dalam diri baginda dan para tenteranya telah menyebabkan Kota agung tersebut jatuh ke tangan umat Islam. Lantaran dari keberanian yang ada dalam diri mereka jugalah, Islam dapat tersebar dengan meluas dalam masa yang begitu singkat.

Menurut beliau lagi, kemajuan umat Islam pada masa dahulu juga disebabkan oleh sikap mereka yang tidak takut kepada mati dan menganggap mati adalah perkara yang paling indah dalam berjihad dan jika mereka tidak dijemput menjadi tetamu Allah s.w.t sewaktu mereka berjihad, mereka akan merasakan telah mendapat kerugian yang paling besar bagi diri merka dan berharap mereka akan syahid dalam peperangan yang lain. Faktor inilah yang menyebabkan mereka berani dan tidak pernah gentar untuk berhadapan dengan mesuh-musuh Islam, malah sikap yang ada pada mereka juga telah menyebabkan mereka digeruni oleh musuh-musuh Islam dan beroleh kejayaan dalam setiap peperangan serta berjaya meluaskan Empayar Islam.

Mereka menjadikan al-Quran dan as-Sunnah subagai panduan hidup mereka dan sebagai penyuntik semangat kepada mereka dalam mengejar kejayaan, sehinggakan mereka dapat menyebarkan dahwah Islam dengan meluas, mereka meletakkan al-Quran dan as-Sunnah ditangan kanan dan memegang pedang di sebelah kiri, bertujuan untuk melawan musuh-musuh yang memerangi Islam namun umat Islam hari ini tidak lagi mempunyai sikap keberanian yang dimiliki oleh umat terdahulu dan sikap keberanian ini telah ditiru oleh bangsa Eropah dalam mengaut kejayaan dan kemajuan.


2.2 Sebab-sebab kemunduran umat Islam hari ini.

Menurut Shakib Arsalan lagi terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemunduran umat Islam hari ini. Beliau beranggapan bahawa umat Islam hari ini tidak berani untuk berjuang dan berjihad serta takut kepada mati, mereka tidak mahu berubah dan hanya mengharapkan kepada janji Allah s.w.t semata-mata, menurut beliau juga umat Islam pada hari ini mempunyai sikap yang bodoh dan tidak tahu untuk merebut peluang yang ada serta menggunakan ilmu pengetahuan dengan sebaik-baiknya, umat Islam pada zaman sekarang juga adalah merupakan pengkhianat kepada bangsa, agama dan tanah air mereka sendiri, kerana mereka ini terdorong oleh akhlak yang buruk, mereka tidak mahu untuk membela agama dan menegakkan kebenaran. Selain daripada itu, faktor kepimpinan yang tidak adil dan sikap pemimpin yang buruk juga menyebabkan umat Islam hari ini semakin hari semaik mundur.

Sesungguhnya umat Islam pada hari ini tidak berani tampil kehadapan untuk membela agama, bangsa dan Negara tidak seperti umat sebelum mereka, mereka lebih suka berdiam diri dari sama-sama keluar berjihad kejalan Allah s.w.t dan membantu saudara seagama mereka dari ditindas, mereka juga beranggapan bahawa mereka tidak perlu memiliki senjata yang moden kerana mereka mengharapkan kepada janji Allah s.w.t semata-mata, dengan menggunakan dalil dari al-Quran yang bermaksud “dan adalah bagi kami (Allah) memberi pertolongan kepada orang-orang yang beriman” dengan berpandukan ayat ini, mereka menyalah ertikan maksud pertolongan yang Allah akan berikan, mereka dengan yakinnya berserah kepada pertolongan daripada Allah tanpa membuat sebarang perubahan sedangkan keimanan mereka belum sampai kepada tahap keimanan yang sebenar, menurut Syakib Arsalan mereka ini tidak sepatutnya mendapat pertolongan daripada Allah, kerana mereka sendiri tidak mahu membuat perubahan dalam diri mereka, sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud “sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu,melainkan mereka sendiri yang mengubahnya”.

Beliau juga berpandagan bahawa, kemunduran umat Islam hari ini adalah berpunca daripada sikap mereka sendiri yang bodoh dan tidak memiliki ilmu pengetahuan dengan sebaiknya serta tidak tahu memanfaatkan ilmu yang mereka miliki dimana mereka ini tidak tahu untuk menilai antara kebaikkan dan keburukkan, disebabkan oleh sikap umat Islam hari ini yang bodoh dan kekurangan Ilmu pengetahuan maka lahirlah akhlak yang tidak mantap dikalangan mereka yang telah menyebabkan kehancuran akhlak dan sekaligus telah meletak umat Islam hari ini berada dalam kemunduran berdanding dengan bangsa-bangsa yang terdahulu. Mereka tidak lagi mempunyai nilai-nilai murni seperti yang dimiliki oleh nenek moyang mereka dahulu sedangkan akhlak yang baik adalah salah satu sebab untuk memajukan bangsa dan generasi yang seterusnya dan ianya lebih penting daripada ilmu pengetahuan.

Selain daripada beberapa faktor diatas beliau juga ada mengatakan bahawa , umat Islam hari ini adalah pengkhianat kepada agama, bangsa dan tanah air mereka sendiri, menurut beliau tampok kepimpinan negara yang diterajui oleh pemimpin yang tidak adil adalah penyebab kepada kemunduran umat Islam, mereka ini dianggap sebagai pengkhianat kepada agama mereka sendiri kerana tidak sanggup membela agama dan sanggup pula bersekongkol dengan bangsa asing demi untuk mendapatkan kesenagan bagi memenuhi kepentingan mereka sahaja tanpa memikirkan kepntingan umat Islam yang selainnya, sikap ini juga terdorong oleh kehancuran akhlak dan disebabkan kurangnya kemantapan iman dalam diri mereka, yang mana telah mendorong mereka ini menjadi seorang yang penakut dan tidak berani untuk berjihad membela agama, yang mereka tahu hanyalah patuh kepada bangsa asing yang disangka kuat dari mereka.

Mereka ini juga merupakan golongan yang jumud iaitu golongan yang beku dari segi pemikiran, menurut Syakib Arsalan golongan ini merupakan golongan yang membawa kepada kemunduran umat Islam kerana mereka ini telah membuka jalan bagi musuh-musuh Islam untuk memerangi kemajuan Islam dan meletakkan Islam jauh terkebelakang, golongan ini hanya menjadikan Islam sebagai agama untuk menuju akhirat semata-mata tanpa mengurauskan kepentingan umat didunia, sedangkan agama Islam adalah agama yang seimbang diantara dunia dan akhirat dan telah menyebabkan Islam lebih istimewa dari agama-agama lain.

Golongan ini juga merupakan golongan yang hanya bergantung harap kepada ketentuan Allah semata-mata tanpa mengunakan akal mereka sebagai alat untuk memajukan umat Islam, dengan sikap mereka ini jugalah telah menyebabakan umat Islam menjadi umat yang malas untuk berusaha sehinggakan bangsa Eropah mentafsiarkan Islam itu sebagai agama yang memimpin umatnya supaya berserah diri semata-mata kepada Allah s.w.t tanpa berusaha, bekerja dan berjuang kerana segala sesuatu yang akan terjadi itu sudah tentu akan terjadi sama ada diusahakan oleh makhluk ataupun tidak diusahakan oleh mereka. Sedangkan tanggapan mereka ini adalah bertentangan dengan nas-nas yang terdapat dalam al-Quran sebaimana firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl yang bermaksud “barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik dari lekaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada yang mereka kerjkan” ayat ini jelas menolak dakwaan dan tanggapan bangsa Eropah yang mengatakan Islam adalah agama yang membawa umatnya berserah semata-mata kepada Allah s.w.t.

Bagi Syakib Arsalan golongan jumud adalah golongan yang menjadi fitnah kepada agama dan merupakan alat yang digunakan oleh para musuh-musuh Islam sebagai hujah untuk menjantuhkan umat Islam dari sejarah keagungan mereka. Sehinggakan bangsa Eropah berani menghina Islam dengan pelbagai penghinaan dan mengatakan bahawa Islam adalah satu agama yang tidak sesuai dan tidak selaras dengan kehendak masa, kemajuan dan peredaran zaman, mereka juga menganggap agama Islam adalah agama yang menjadi penghalang kepada kemajuan. Padahal sesungguhnya golongan yang bersikap jumud itulah golongan yang tidak sesuai dengan peredaran semasa dan merupakan penghalang kepada kemajuan bagi umat Islam bukannya agama Islam yang membawa kepada kemunduran kerana agama Islam itu merupakan agama yang syumul sesuai diamalkan untuk setiap zaman.

Selain daripada golongan yang jumud terdapat juga golongan yang zaahid iaitu golongan yang menganggap bahawa sesiapa yang menginginkan kemajuan dan hendak mencapai kemajuan dalam urusan dunia maka mereka perlu meninggalkan urusan agama mereka dengan kata lainnya memisahkan antara urusan agama dengan urusan keduniaan. Sedangkan pada hakikat yang sebenarnya mereka lupa bahawa kemenangan bangsa Eropah dan bangsa Jepun adalah berpunca dari kepercayaan mereka malah mereka menjadikan agama mereka sebagai penyuntik semangat kepada mereka untuk menang dalam peperangan dan tidak pernah menganggap agama mereka kolot dan tidak sesuai diamalkan dalam memajukan bangsa mereka.

Sesungguhnya setiap bangsa pada umumnya berpegang teguh kepada pegangan agama mereka dan adat istiadat yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka, mereka juga tidak pernah mencela dan menghina agama mereka dengan mengatakan bahawa agama mereka kolot dan kuno melainkan umat Islam sendiri yang sanggaup menghina agama mereka yang begitu agung di sisi Allah s.w.t mereka ini adalah umat Islam yang keislamannya hanya pada kulit sahaja tetepi hati mereka lebih buruk dari non-muslim, mereka inilah umat Islam yang memusnahkan agama mereka sendiri, apabila mereka diseru kepada kebaikkan maka mereka akan akan menjawab “ mengapa kamu menginginkan kemajuan, padahal kamu semua berpegang tuguh kepada peraturan-peratuan agama yang telah luput di zaman dan tidak sesuai lagi digunapakai pada zaman yang moden ini, dan jika kamu semua menginginkan kemajuan kamu harus membuang semua peratuaran agama yang kolot itu dari dalam diri kamu”.

Sedangkan bangsa lain yang maju tidak pernah membuang agama mereka, begitu juga dengan umat Islam pada masa dahulu, mereka maju dan dapat menakluki dunia tetapi mereka tidak sesekali membuang dan memisahkan urusan agama mereka dalam mengejar kemajuan yang mereka rasai melainkan golongan zaahid yang lahir dalam zaman yang moden tetapi memiliki pemikiran yang kolot, seharusnya mereka ini memahami dan mempelajari al-Quran dan as-Sunnah dengan mendalam sebelum mengeluarkan buah fikiran mereka yang boleh merosakkan umat Islam.

2.3 Sebab-sebab kemajuan bangsa Eropah

Berdasarkan pendapat dan pandangan dari Syakib Arsalan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bangsa Eropah maju dalam setiap segi berbanding dengan umat Islam hari ini antaranya bangsa Eropah sanggup berkorban dan berani untuk melawan tentera Islam ini kerana, umat Islam dipandang lemah dan tidak lagi segah umat Islam yang terdahulu. Kemajuan bangsa Eropah juga disebabkan oleh prinsip bangsa Eropah yang tidak takut kepada mati dan menganggap mati adalah satu perkara yang biasa.

Selain daripada itu kemajuan yang dirasai oleh bangsa Eropah juga berpunca bari sikap umat Islam sendiri, mereka tidak sanggup berkorban untuk menegakkan Islam tidak seperti umat Islam pada masa dahulu, menurut Syakib Arsalan lagi, umat Islam pada hari ini tidak mempedulikan apa yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah serta hanya bergantung harap semata-mata kepada Allah s.w.t, selain itu faktor keimanan umat Islam pada hari ini juga begitu lemah dalam memahami Islam serta takut untuk memperjuangkan Islam, lantaran daripada itu ia mengundang kepada kemunduran bagi umat Islam dalam Era ini. Mereka juga beranggapan bahawa menentang bangsa Eropah adalah satu pekerjaan yang sia-sia sahaja kerana bangsa Eropah lebih kuat dan memilik kepakaran yang canggih yang dapat mengancurkan umat Islam dengan sekelip mata sahaja.

Bangsa Eropah maju kerana mereka sanggup berkorban nyawa dan harta benda demi untuk memastikan tentera-tentera mereka menang dalam melawan musuh mereka, mereka sanggup menyalurkan berjuta-jata wang dan berduyun-duyun mengangkat senjata melawan musuh mereka tanpa ada rasa takut sebagaimana yang berlaku sewaktu tercetusnya perang dunia. Sesungguhnya keberanian yang dimiliki oleh umat Islam yang terdahulu telah dimiliki oleh bangsa Eropah seharusnya umat Islam hari ini mencontohi bangsa Eropah dalam menyemai sikap keberanian dalam diri mereka kerana sikap yang ada pada bangsa Eropah merupakan keberanian yang di tuntut dalam al-Quran.



Menurut Syakib Arsalan lagi, umat Islam hari ini menginginkan kemerdekaan tetapi tidak mahu untuk berkorban dan tidak bercita-cita untuk syahid di jalan Allah s.w.t serta tidak suka untuk membelanjakan harta benda mereka kepada perkara-perkara kebaikkan, mereka hanya tahu berdoa kepada Allah sahaja agar diberi pertolongan tanpa berusaha untuk kearah itu. Mungkin umat Islam hari ini beranggapan bahawa mereka tidak standing dengan bangsa Eropah dari segi bilangan tentera, harta benda dan sebagainya kerana mereka kini hidup dalam kemiskinan, sesungguhnya perkara ini tidaklah menjadi satu masalah yang besar bagi umat Islam jika semua umat Islam bergabung tenaga untuk memerangi musuh-musuh Islam dan membela bumi Islam yang ditindas oleh bangsa Eropah, jika keimanan dalam diri mereka begitu kental dan mempunyai matlamat dan tujuan kearah kebaikkan maka nescaya Allah s.w.t akan membantu mereka dalam memerangi musuh-musuh Islam.

Bilangan tentera yang ramai bukanlah satu alat pengukur menang atau kalah sesuatu pasukan itu, kerana sejarah telah membuktikan bahawa sewaktu tercetusnya peperangan Badar umat Islam pada waktu itu adalah amat sedikit jika dibandingkan dengan tentera musuh tetapi kemenangan berpihak kepada tentera Islam, ini kerana keimanan dan semangat juang yang ada dalam diri tentera Islam pada waktu tersebut begitu kental sehinggakan mereka mendapat pertolongan daripada Allah dan mendapat kemenangan serta menggerunkan tentera musuh Islam.

Kualiti sesebuah pasukan juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pasukan untuk meraih kejayaan yang luar biasa kerana pasukan yang tidak berkualiti hanya dapat menghasilkan satu pencapaian yang tidak standing dengan pasukan yang berkualiti, contohnya tentera Islam dalam peperangan Uhud mereka ini memiliki kelengkapan senjata dan berada dalam strategi yang begitu hebat tetapi akhirnya mereka mendapat kekalahan kerana sikap mereka sendiri yang ingkar terhadap arahan Rasulullah. Oleh itu, jika umat Islam hari ini memiliki sikap umat terdahulu sudah pasti panji-panji Islam akan Agung kembali.

3.0 Kesimpulan

Sesungguhnya kemunduran umat Islam hari ini adalah berpunca dari sikap buruk mereka sendiri yang tidak mahu menerima pembaharuan. Mereka juga ada yang menolak serta menerima ideologi dari barat tanpa mengasingkan antara yang baik dan yang buruk, namun menurut Syakib Arsalan umat Islam hari ini mula ada perubahan dan bangkit untuk menujuk kepada kemajuan yang dimiliki oleh umat Islam terdahulu, dan memperjuangka hak mereka, kemungkinan disebabkan oleh lahirnya ramai para cendikiawan yang dapat membezakan antara kebenaran dan kejahilan.

Beliau beranggapan bahawa umat Islam hari ini akan bangkit juga menuju kepada kemajuan dan menandingi bangsa-bangsa yang meruntuhkan tamadun mereka dahulu, beliau percaya jika umat Islam hari ini bersungguh-sungguh berjuang, baik dari segi harta benda mauhupun dengan jiwa dan selainnya seperti apa yang telah diperintahka oleh Allah s.w.t kemungkinan besar umat Islam akan dapat mencapai kemajuan sebagaimana yang telah dicapai oleh bangsa Eropah, Amerika dan jepun dalam ilmu pengetahuan tentang kemajuan bagi segenap bidang, kita juga hendaklah mengerti dengan sebenar-benarnya bahawa kita akan mencapai kemajuan jika diserai dengan amal perbuantan dan mempunyai sikap rajin berusaha serta terus maju kehadapan dengan berpandukan kitab al-Quran.











RUJUKAN

Ensaiklopidia dunia: 2005, jilid kedua: Kuala Lumpur.

Ensaiklopidia Islam:1998, jilid kedua: Kuala Lumpur.

Syakib Arsalan: 1954, Our decline it’s couses and remedies, Thingkers Library Snd Bhd: Johor Bahru.

Syakib Arsalan: 1954, Mengapa kaum mulimin mundur, Thingkers Library Snd Bhd: Johor Bahru.


[1] Ensaiklopidia dunia: 2005, jilid ke dua.