Wednesday 3 November 2010

~Indahnya menjadi seorang Wanita~



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).



Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya tumbuhan yang kecil.

Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.

Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam sif-sif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis.

Hati orang normal akan mengatakan hal ini benar, tetapi hati orang yang ‘sakit’ akan mengatakan ini salah.

Suatu ketika dulu, ada seorang gadis mendatangi saya. Dia mengadu betapa susahnya menjadi perempuan. Katanya, pergerakan perempuan terbatas. Semua yang dilakukan oleh perempuan menjadi perhatian.

Susah menjadi gadis sebab dia akan mengalami kesakitan-kesakitan berjadual. Alangkah mudahnya jika dia menjadi lelaki, dia akan bebas ke mana-mana saja tanpa sekatan.

Gadis ini beriya-iya mengatakan hidupnya akan lebih bermakna sekiranya dia dilahirkan sebagai lelaki.

Lalu saya pun memberi contoh kehidupan rama-rama. Kata saya rama-rama selalu menyangka kehidupannya payah. Dia dilahirkan dalam bentuk pulpa. Terpaksa tinggal lama dalam kepompong. Kemudian apabila keluar dari kepompong dia terpaksa menjalani hidup sebagai ulat. Tatkala begini dia terdedah pada bahaya disambar burung. Manusia pun geli melihat ulat. Tetapi tatkala dia sudah menjadi rama-rama dia akan menghiurkan penglihatan sesiapa saja. Tatkala dia mengembangkan sayapnya semua akan terpukau kagum.

Alangkah manisnya kitaran hidup rama-rama sebab dia dilahirkan untuk mewarnai alam. Alam menjadi ceria dengan kehadiran rama-rama. Hampir semua orang akan terpukau melihat rama-rama. Manusia seganas mana pun akan berasa lunak melihat rama-rama.

Demikianlah wanita, dia warna alam yang cukup berharga dan dihargai. Tanpanya, dunia tidak akan semeriah ini. Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita. Alangkah manisnya menjadi wanita sebab dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

Kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui. Apa pun, ingatlah, “Barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.” (Muslim)

“Tidak ada anugerah yg lebih berharga daripada beroleh sifat sabar.” (hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Allah Taala Bukan Keperluan Bermusim



Allah Taala adalah segala-galanya. Kalau bukan kerana Allah Taala, segala-galanya tidak akan ada. Segala-galanya ada kerana Allah Taala mengadakan. Kalau Dia tidak mengadakan, segala-galanya termasuk kita pasti tiada. Allah Taala mengadakan sesuatu sama ada di dunia mahupun di Akhirat, nikmat dunia mahupun nikmat Akhirat, menjadikan alam ghaib mahupun alam nyata, menjadikan manusia, malaikat, jin, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain semuanya ada maksud, ada hikmah, bukan suka-suka lebih-lebih lagi bukan sia-sia. Setiap makhluk yang dicipta-Nya ada peraturannya, ada cara kehidupannya yang tersendiri, mempunyai sistem yang tersendiri. Malaikat ada sistem yang tersendiri, jin ada sistemnya yang tersendiri, haiwan ada sistemnya yang tersendiri, manusia ada sistemnya yang tersendiri, tumbuh-tumbuhan ada sistem yang tersendiri. Begitulah setiap makhluk sama ada sebesar-besar makhluk hinggalah sekecil-kecil makhluk, yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa, semuanya ada peraturan dan sistemnya yang tersendiri. Setiap makhluk itu adalah berjalan mengikut peraturan atau sistemnya masing-masing. Siapa sahaja yang tidak mengikut peraturan yang Allah Taala sediakan, dia pasti binasa. Sama ada jangka pendek mahupun jangka panjang.

Bahkan dunia nanti binasa (Qiamat) setelah setiap planet-planetnya tidak mengikut peraturan dan sistemnya lagi. Seterusnya, setiap makhluk ciptaan Tuhan itu dengan peraturan serta sistemnya, setiap gerak-geri dan gerak-lakunya tidak terlepas daripada ilmu-Nya, penglihatan-Nya, kuasa-Nya, kehendak-Nya, pendengaran-Nya, walaupun sebesar habuk tidak terlepas daripada Tuhan hinggakan manusia walaupun dia sudah berusaha, usaha manusia itu pun tidak terlepas daripada kuasa dan kehendak Allah Taala. Kemudian ke mana makhluk ini akan pergi, ke mana kesudahannya, ke mana destinasi akhirnya, apa nasibnya, semuanya tidak terlepas daripada ketentuan Tuhan yang telah disebut sifat-sifat-Nya di atas. Kalau begitu, siapa Tuhan? Tentu Tuhan Maha Agung, Maha Hebat, Maha Gagah, Maha Kuasa, Maha Berilmu, Maha Berkehendak, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Sempurna, entahkan Maha, Maha apa lagi yang tidak dapat dicapai oleh akal untuk mengetahui dan memikirkannya, yang tidak ada makhluk dapat menyukat maha-maha-Nya Tuhan itu.



Sifat Maha Kuasa Allah Taala sahaja sudah cukup menggerunkan kita. Kerana jika Allah berkata: Jadilah, terus terjadi. Jika Allah Taala berkata: Binasalah, maka binasalah benda atau makhluk itu. Kehendak dan kuasa-Nya tiada makhluk yang dapat menolaknya. Kalau Allah Taala berkata senang, pasti senang. Kalau Allah Taala berkata susah, pasti susah. Kalau Allah Taala berkata hidup, pasti hidup. Kalau Allah Taala berkata mati, pasti mati. Kalau Allah Taala berkata pandailah, pasti pandai. Kalau Allah Taala berkata bodohlah, pasti bodoh. Kalau Allah Taala mengatakan sakitlah, pasti sakit. Kalau Allah Taala berkata sembuhlah, pasti sembuh. Begitulah seterusnya apa sahaja Allah Taala katakan pasti terjadi. Begitulah agungnya Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang Maha Sempurna.

Apakah Tuhan itu kita tidak perlu kepada-Nya? Tidak mahu meminta kepada-Nya? Tidak mahu ingatkan-Nya? Tidak mahu mengagungkan-Nya? Tidak cinta kepadaNya? Tidak takut? Tidak mengharap? Tidak memerlukan? Tidak mematuhi-Nya. Tidak mensyukuri-Nya?Apakah kita boleh terlepas dari-Nya? Boleh lari dari-Nya? Boleh hidup tanpa-Nya? Boleh selamat tanpa-Nya? Tuhan sehebat itukah yang kita hendak lawan? Hendak tidak ambil tahu? Hendak tidak peduli? Hendak sombong dengan-Nya? Kita perlu kepada Tuhan di waktu senang, di waktu susah, di waktu miskin, di waktu kaya, di waktu aman, di waktu darurat, di waktu sakit, di waktu sihat, di waktu sempit, di waktu lapang, di waktu bodoh, di waktu pandai, di waktu di rumah, di waktu di luar rumah, di waktu takut, di waktu tenang, di waktu seorang, di waktu ramai, di waktu aman, di waktu huruhara.

Sepatutnya kita perlu kepada Tuhan di dalam sebarang waktu dan situasi, di setiap tempat dan keadaan. Jangan anggap kita boleh bersendiri. Tapi malangnya kebanyakan umat Islam kerana sombongnya, perlukan Tuhan di waktu-waktu tertentu sahaja. Tidak setiap waktu dan situasi. Yakni di waktu kemarau, waktu sakit, waktu miskin, waktu bala menimpa, waktu musuh menyerang. Itu pun tidak semua orang berbuat sedemikian.

Ada yang lebih sombong dan angkuh lagi, di waktu kemarau, di waktu sakit, di waktu bala menimpa pun tidak juga memerlukan Tuhan. Seolah-olah memerlukan Tuhan itu rasa terhina, rasa jatuh martabat, rasa malu, rasa jatuh wibawa. Sepatutnya Tuhan itu adalah segala-galanya, dapat Tuhan dapatlah segala-galanya. Kehilangan Tuhan, kehilangan segalagalanya. Tuhan adalah hidup mati kita. Tuhan adalah dunia Akhirat kita. Dia adalah tempat rujuk, tempat mengadu, tempat bermanja-manja, tempat berhibur, tempat lari, tempat menyerah diri. Dialah harapan kita, Dialah kebahagiaan kita yang sejati.



Setiap Detik Engkau Perlukan Tuhan

Engkau tidak mempedulikan Tuhan
Seolah-olah engkau tidak perlu lagi kepada-Nya
Engkau rasa, engkau boleh hidup tanpa Tuhan
Padahal setiap detik engkau tidak terlepas dari Tuhan
Setiap detik engkau perlukan kepada Tuhan
Cuma engkau sahaja buat-buat tidak tahu kepada-Nya
Kalau benarlah engkau ada kuasa dan boleh hidup tanpa bantuan Tuhan
Aku buat satu contoh sahaja
Cuba engkau tidak terima oksigen dari Tuhan
Engkau tutup hidung engkau
Engkau tutup mulut engkau rapat-rapat
Selepas tiga minit engkau akan rasa
Apakah engkau perlu kepada Tuhan atau tidak
Engkau boleh cuba
Supaya engkau sedar siapa engkau dan siapa sebenarnya Tuhan itu
Itu baru satu contoh sahaja
Engkau tidak boleh lari dari Tuhan
Bumi yang engkau pijak, langit tempat berteduh
Akal yang engkau gunakan untuk berfikir
Makan minum engkau, pakaiandan tempat tinggal engkau
Apakah itu semuanya tidak kena-mengena dengan Tuhan?
Mengapa engkau sampai tidak boleh berfikir?
Mengapa engkau tidak rasa lagi bertuhan?
Apa yang telah merosakkan engkau?
Hingga engkau tidak mempedulikan lagi Tuhan?
Jawablah sendiri..
Gunakanlah akal Tuhan itu yang ada pada diri engkau untuk menjawabnya
Agar engkau boleh merubah sikap engkau




Marilah Bersama-sama Mencari Cinta Tuhan

Marilah kita bersama-sama mencari cinta Tuhan
Carilah cinta Tuhan hingga dapat
Kita jadikan Tuhan kawan setia
Bersama-sama mencari cinta Tuhan tidak akan timbul pergaduhan
Bahkan akan terjadi satu haluan sesama insan
Akhirnya setelah bersama mendapat cinta Tuhan
Akan terjadi berkasih sayang sesama manusia
Bersama mencari cinta Tuhan tidak ada pertarungan
Tidak seperti manusia memburu dunia dan nikmatnya
Sentiasa sahaja bertarung, bersaing dan bermusuhan
Hasad dengki, tekan-menekan, jatuh-menjatuhkan
Ia tidak akan terjadi pada manusia yang bersama-sama memburu cinta Tuhan
Memburu dunia tidak semua dapat
Ada yang dapat ada yang tidak
Memburu cinta Tuhan sama-sama dapat,tidak ada yang kecewa
Memburu dunia banyak yang kecewa
Hatta yang dapat duniadan nikmatnya juga kecewa
Mendapat dunia menjemukan
Mendapat cinta Tuhan tidak menjemukan
Dapat dunia tidak membahagiakan
Dapat cinta Tuhan dapat segala-galanya
Dapat dunia hanya sebahagian
Mendapat cinta Tuhan mendapat Zat yang kekal abadi
Mendapat dunia mendapat sesuatu yang binasa
Sama ada kita meninggalkan dia
Atau dia meninggalkan kita
Mendapat dunia ia sentiasa menipu kita
Mendapat cinta Tuhan ertinya kita mendapat kawan setia

Setia Seorang Isteri





Setianya seorang Isteri, rela berjauhan dengan si suami tercinta, apa suami punya rasa setia seperti yang isteri korbankan rela berjauhan? isteri sifatnya suka dimanja-manja namun redha berjauhan, apa suami punya ada kesetiaan kejujuran.

merenung kisah pasangan yang terpisah dek kerana kerjaya, hadir berbagai persoalan dalam diri saya apakah suami bisa menjadi sesetia isteri.. merindui dan menunggu suami dangan penuh sabar, mampukah suami korbankan kasih seperti isteri korbankan.

Semalam saya ke page sahabat, pada wallnya tercoret satu pesanan buat suami yang baru sahaja kiranya berkawhin dengan seorang wanita bernama isteri, katanya "jangan ganggu saya lagi, awak dah kahwin jagalah isteri awak". Tersentak hati ini bila membaca luahan sahabat, lantas bagai halilintar datang bertandang persoalan demi persoalan dibenak ini, mengapa sanggup suami bertindak begitu? atau apa memang sikap mereka begitu? dihadapan isteri mereka ungkapkan kalimah cinta dan sayang, janji setia sampai syurga, tapi bila berjauhan lain pula jadinya, menduakan kasih isteri, memang tak salah suami berkahwin lebih dari satu, seandainya mereka mampu, tapi haruskah mereka memperlakukan isteri yang masih merah inai dijari seperti itu, haruskah...

Isteri dengan setianya menunggu saat untuk bertemu kembali, namun suami bagaikan tidak menghargai pengorbanan isteri, mencari cinta baru, mungkin juga bukan cinta tetapi saja untuk mengisi ruang hati yang konsong lantaran berjauhan dengan suri hatinya.

Suami ingatlah....


* Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi... sebak yang tersimpan..

* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* Jika kau membiarkannya pergi,mungkin dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamany..

* Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, kerana dia akan menjadi lemah!

* Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, melainkan hanya jika dia sangat menyayangimu, maka dia akan menurunkan rasa EGOnya.

* Wahai suami2,jika seorang istri pernah menangis keranamu,tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...

* Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jangan mensia-siakanya

* Mungkin, kerana keputusanmu, kau merusak kehidupannya.

* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karanamu ?


" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "


"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* Titisan air matanya bisa membawa keDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..."...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...




bagai bait-bait nasyid dibawah setianya seorang isteri, sanggup menaggug duka, masih mampu mengukir senyuman walau dalam hati tersimpan duka..


Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hati mu
Di balik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deru angin menderu
Kau tetap di sisi

Setia mu kuhargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Permata di sanubari

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia



Masih adakah suami yang setia, bila melalukan sesuatu benda, memikirkan perasaan isteri yang ditinggalkan, andai suami bertindak begini bagaimana perasaan isterinya.. masih ada lagikah suami yang mendoakan isteri bagai bait-bait lagu diatas, menyedari segala pengorbanan isteri... masihkah ada lagi insan seperti itu... apakah eratnya genggaman tangan sewaktu hari persandingan kekal erat sehingga ke syurga atau dilepaskan genggaman itu dek kerana curang dibelakang isteri yang menyintainya.
DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;





Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;




Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Doa Pemudah segala Urusan dan Hajat


Klik pada gambar

Satu Perkongsian Bersama

Klik pada gambar

Pembuka apa-apa yang tertutup





بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحً۬ا مُّبِينً۬ا , لِّيَغۡفِرَ لَكَ ٱللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنۢبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعۡمَتَهُ ۥ عَلَيۡكَ



وَيَہۡدِيَكَ صِرَٲطً۬ا مُّسۡتَقِيمً۬ا , وَيَنصُرَكَ ٱللَّهُ نَصۡرًا عَزِيزًا



1. Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan Yang jelas nyata,
2. Kemenangan Yang Dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu Yang telah lalu dan Yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadaMu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan Yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).
3. Dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) Dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

Permodahkan segala urusan ku..
Bukakan lah apa yang tertup…
Jauhkan daku dari tipu daya Dunia..




BESARNYA DOA YANG KITA LUPAKAN




Dalam tidak sedar, Setiap hari kita memohon di dalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut di bibir, tetapi tidak tersentuh dari hati ruginya kita selama ini.. Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selsai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Jawapan Rindu





Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih

merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud

Insan Bernama Kekasih





Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku jadikan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku katakan insan bernama kekasih

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bertemankan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Terukir segala resah di jiwa

Ku ucapkan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafaz kesyukuran

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa

PadaMu oh tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahgia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia

Datanglah kasihku dalam dirimu
Menghiasi ruang hatimu
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran

Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya

Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama Kekasih

UNIC LANGKAH TERCIPTA





Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie

Harga Sekuntum Cinta - Far East




Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA