1.0 PENDAHULUAN
Kaedah al-Umur Bi Maqasidiha merupakan salah satu daripada kaedah yang digunakan oleh para Fukaha’ dalam dalam Qawa’id Fiqhiyyah. Jadi kaedah ini bolehlah ditafsirkan dari dua sudut iaitu dari segi bahasa dan istilah.
Pengertian kaedah dari segi bahasa boleh membawa maksud asas manakala menurut istilah pula bermaksud perkara yang dipraktikkan daripada masalah atau perkara pokok kemudian dipraktikkan terhadap perkara-perkara furu’ atau pecahan.[1] Kaedah Fiqh juga bermaksud prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yany mengandungi hokum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Oleh itu Qawa’id Fiqhiyyah boleh diertikan sebagai satu kaedah fiqh dalam undanh-undang Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan Fekah Islam tentang kaedah-kaedah hukum.
Skop perbahasan kaedah Fiqhiyyah tertumpu kepada orang yang mukallaf iaitu orang yang ditaklifkan kepadanya hukum syarak dan objek kepada kaedah fiqh pula ialah hukum syarak.
2.0 FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN QAWA’ID FIQHIYYAH
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujud atau munculnya Qawa’id Fiqhiyyah antara faktor uatama kemunculanya ialah:
Terdapat nas- nas yang dapat ditafsirkan dengan berbagai-bagai.
Munculnya kaedah Fiqhiyyah lantaran dari dalil-dalil syarak yang telah diperselisihkan oleh para fuqaha’.
Terdadpat kaedah-kaedah umum yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu generasi kepada satu generasi yang lain untuk disesuaikan dengan masalah furu’.[2]
Nas-nas yang ditafsirkan dengan berbagai-bagai iaitu ada nas al-quran yang berbentuk umum yang merangkumi berbagai masalah dan ada nas al-Quan yang melahirkan pendapat-pendapat untuk mengikatnya atau memuqayyakannya. Manakala faktor yanf disebabkan dalil-dalil syarak yang diperselisihkan oleh fukaha’ pula ialah seperti samaada dalil itu berbentuk Zanni atau Qat’i dan ianya menjadi pegangan atau tidak.selain daripada kedua-dua actor ini faktor lain yang turut menjadi sebab munculnya Qawa’id Fiqhiyyah ialah terdapat kaedah-kaedah umum yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu generasi kepada generagi yang lain yang mana ianya memerlukan suatu hukum baru yang boleh disesuaikan dengan masalah-masalah furu’ pada zaman tesebut.
Setiap zaman mempunyai masalah yang berlainan dengan zaman yang sebelumnya jadi ianya, memerlukan sumber-sumber akal dalam mengeluarkan hukum yang fleksible bagi menagani cabaran dan persoalan semasa yang sentiasa wujud dan akan sentiasa wujud dalam sesebuah masyarakat.
3.0 SUMBER-SUMBER PENGAMBILAN QAW’ID FIQHIYYAH
Dalam kaedah penganbialan Qawa’id Fiqhiyyah terdapat beberapa sumber yang utama yang menjadi asas kepada kaedah ini, antara sumber-sumber pebgambilan Qawa’id Fiqhiyyah ialah:
Zaman Rasulullah s.a.w
Zaman Sahabat
Zaman Tabi’in dan Tabi’ tabi’in
Sumber pengambilan kaedah pada zaman Rasulullah dapat dilihat dari segala kenyataan dan fatwa yang diputuskan oleh Rasulullah adalah berdasarkan wahyu dan ijtihad baginda dan kemudiannya jika salah maka akan diperbutulkan oleh wahyu dari Allah. Jadi sember pengambilan kaedah dapatlah dirumuskan kepada beberapa prinsip-prinsip umum dalam pembentukan perundangan dan hukum yang mana ianya boleh dibahagikan kepada empat bahagian antaranya :
Penetapan perundangan dan hukum secara beransuar-ansur yang mengambil masa selama 22 tahun dan beberapa bulan. Contohnya, hukum yan berkaitan dengan pengharaman arak yang mana ianya diturunkan secara beperingkat-peringkat.
Mengurangkan undang-undang sedikit mungkin, dimana tidak ada perundangan terhadap pekara yang belum pernah berlaku dan andaian hukum yang akan lahir iaitu menetapkan hukum sekadar keperluan sahaja. Contohnya nabi tidak mendirikan semnahyang sunat terawih secara berjemaah, kerana dibimbangi akan difardhukan.
Penetapanhukum yang bersifat memudahkan dan meringankan bebanan. Contohnya, ketika keadaan sukar untuk menunaikan hukum ‘Azimah, seperti puasa, maka disyariatkan hukum Rukhsah iaitu burbuka bagi orang yang sakit dan yang bermusafir.
Mensyariatkan hukum selari dengan kemaslahatan manusia. Contohnya, pada suatu ketika Nabi melarang menziarahi kubur, kemudian membolehkannya.[3]
Sumbur kedua ialah pada zaman sahabat yang mana pada zaman ini merupakan zaman yang masih lagi berpegang kuat kepada al-Quran dan al-Sunnah. Khalifah al-Rasyidin dan para sahabat hanya berijtihad apabila tidak terdapat hukum di dalam al-Quran dan al-Sunnah,oleh itu, pada zaman ini digalakkan berijtihad dan menggunakan peranan akal dengan sebaiknya. Manakala pada zaman tabi’in dan tabi’ tabi’in juga merupakan sumber yang diguna pakai dalam pengambilan kaedah Fiqhiyyah, kerana pada zaman inilah bermulanya penulisan dan pembukuan ilmu usul fiqh yang bermula pada adab ke 2 hingga ke 4 hijrah. Di mana pada zaman ini lahirnya aliran-aliran fiqh, dan kegiatan-kegiatan ijtihad hanya tertumpu kepada ahli fiqh sahaja.[4]
Disebabkan oleh masalah-masalah fekah dan furu’nya terlalu banyak, jadi ianya memerlukan kepada penetapan kaedah-kaedah yang tertentu. Oleh kerana itu,ianya merupakan tugas kepada ahli fekah untuk memahami kaedah Fiqhiyyah dan mengetahui dalil-dalilnya, kerana setiap permasalahan bergantung kepada kaedah-kaedah yang tertentu.terdapat lima kaedah fiqh umum yang dibincangkan dalan kaedah Fiqhiyyah antaranya:
الأمور بمقـاصدها (setiap pekara dinilai berdasarkan niat dan matlamatnya).
اليقـين لا يزال بالشـك (keyakinaan tidak hilang dengan keraguan).
المشـقة تجلب الـتيسـير (kesukaran membawa kemudahan).
الضرر يزال (bahaya mesti dihapuskan).
العـادة محـكمة (adapt dijadikan hakim).
4.0 KAEDAH AL-UMUR BI MAQASIDIH
4.1 Pengertian al-Umur Bi Maqasidiha
Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya.
Kaedah ini diambil brdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
إنما الأعـمـال بـالـنية و إنمـا لإمرىء مـا نوى، فـمـن كـانت هـجـرته إلى ألله ورسـوله فـهـجـرته إلى ألله ورسـوله. ومـن كـانت هـجـرته لـدنـيا يـصـيـبـها او إمـرأة يـتـزوجـها فـهجـرته إلى مـا هـاجـر إلـيـه.
Yang bermaksud: sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya. Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya. (riwayat Muslim)
Selain daripada ini terdapat banyak lagi hadith-hadith Rasulullah yang menyebut tentang amalan yang dilakukan berdasarkan niat. Oleh sebab kerana itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu samaada diberi pahala atau pun dosa. Jadi amalan yang tidak disertakan dengan niat tidak akn mendatangkan apa-apa kesan kepada perbuatan seseorang mukallaf. Kaedah ini lebih menumpukan kepada niat seseorang mukallaf dalam melakukan sesutu perkara yang berkaitan dengan hukum syarak.
5.0 SKPO KAEDAH
Terdapat bebrapa bidang dan skop kaedah fekah yang termasuk dalam kaedah al-Umur Bi Maqasidiha yang mana ianya boleh di katogerikan kepada empat bahagian antaranya:
Semua perkara yang berkaitan dengan perkra iabadat serperti puasa, sembahyang, berwuduk, dan sebagainya, contohnya sembahyang seseorang itu tidak akan sah sekiranya tidak disertai dengan niat, atau pun puasa seseorang itu terbatal jika tidak disertai dengan niat pada waktu yang telah di bolehkan.
Semua hukum yang berkaitan dengan keluarga seperti penceraian (secara kinayah atau sindiran), rujuk dan lain-lain lagi, contohnya jika suami yang melafazkan cerai kepada isterinya melalui lafaz kinayah ianya memerlukan niat, jika sebaliknya talak tidak akan berlaku.
Semua hukum yang berkaitan dengan muamalat seperti hutang-piutang, jual-beli,sewaan dan lain lain lagi, contohnya semasa akad jual beli penjual dan pembeli hendahlah disertakan niat semasa akad jual beli berlangsung.jika tidak disertai dengan niat maka jual beli tersebut tidak sah.
Semua hukum yang berkaitan dengan hukum jenayah seperti membunuh, zina, mencuri dan sebagainya. Sebagai contohnya membunuh dengan tanpa niat, dimana pembunuh bukanlah berniat untuk membunuh seseorang tetapi berlaku dalam keadaan tidak disengajakan maka dia tidak akan dikenakan hukukan qisas iaitu bunuh balas tetapi akan dikenakan diat.
Kaedah ini adalah bertujuan untuk memelihara hak masing-masing dan merupakan salah satu cara untuk menentukan hukum mengikut kesesuainya, agar kemaslahatan umat Islam dapat diselesaikan dengan bijaksana dan bertepatan dengan masalah yang berlaku pada waktu tersebut, walau bagaimanapun niat dalam kaedah ini niat memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan sesuatu hukum tersebut sama ada halal atau haram, mahupun sah atau batal.
6.0 PEMBAHAGIAN KAEDAH AL-UMUR BI MAQASIDIHA
Kaedah ini boleh dibahagikan kepada dua kaedah yang merupakan pecahan kecil dari kaedah ini, antaranya ialah:
مـقـاصـد الـلـفـظ عـلى نـية الأفـظ
الـنـية فـي الـيمـين تـخـصـص الـلـفـظ الـعـام و لا تـعـمّ الـخـاص
6.1 ( مـقـاصـد الـلـفـظ عـلى نـية الأفـظ )
Kaedah ini bermaksud yang dikira dan diiktibar dalam akad ialah tujuan dan matlamatnya, bukan lafaz atau ucapan. Untuk itu mestilah menggunakan ucapan atau perkataan tertentu dalan urusanakad, supaya niat tersebut menjadi sah dan dikira dalam syarak. Berdasarkan kaedah ini, maka terbentuklah larangan syarak atau kaedah larangan membuat akad dengan tujuan yang bertentangan dengan ucapan dan sifat akad. Contohnya, akad yang berunsur atau bertujuan riba, akad perkahwinan yang bertujuan untuk tahlil, kerana semua itu bukanlah bertujuan atas dasar yang dikehendaki oleh syarak malah ianya adalah bertentangan sama sekali dengan kehendah syarak maka akad tersebut adalah salah dan haram disisi syarak.[5]
Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat derdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyang-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Maka jelaslah disini bahawa sesuatu niat yang bertentangan dengan hukum syarak adalah haram sama sakali dilakuka, kerana niat tersebut membawa kepada kemukaan Allah swt sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud yang bermaksud: Allah melaknat muhallil dan muhallalnya. Oleh itu, wajarlah bagi umat Islam menghindari setiap perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya.
6.2 ( الـنـية فـي الـيمـين تـخـصـص الـلـفـظ الـعـام و لا تـعـمّ الـخـاص )
Kaedah ini merupakan kaedah kedua dari pecahan kaedah al-Umur Bi Maqasidiha, dimana ianya menfokuskan kepada niat seseorang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan perkataan atau lafaz yang mutlak, boleh menjelaskan dan menerangkan lafaz dan perkataan yang mujammal.
Sumpah yang mengkhususkan lafaz yang am contohnya, seseorang bersumpah dengan berkata: “demi Allah aku tidak akan bercakap dengan seseorang pun”. Sumpah jenis ini boleh kira samada am atau umum, tetapi ia dapat mengkhususkan jika ia berniat tidak mahu bercakap seseorang yang tertentu sajaha bukan dengan semua orang.
Manakala sumpah yang memuqayyadkan lafaz lafaz yang mutlak pula seperti seseorang itu bersumpah dan berkata: “Demi Allah aku tidak akan makan daging”. Sumpah ini boleh diikatkan jika ia berniat tidak makan daging kambing sahaja. Adapun sumpah yang berbentuk mujammal berkaitan dengan sumpah yang boleh menerangkan sesuatu lafaz tersebut, contohnya seseorang bersumpah dengan berkata: “Demi Allah aku tidak memakai al-jun”. sumpah mujammal boleh ditafsirkan dengan kain putih atau kain hitam. Maka sumpah tersebut bergantung kepada niat seseorang mengikut penjelasannya.
7.0 KESIMPULAN
Kaedah al-Umur Bi Maqasidiha merupakan salah satu kaedah Fiqhiyyah yang boleh digunakan oleh ahli fuqaha’ pada hai ini dalam menyelesaikan masalah ummah yang tidak terdapat didalam nas al-Quran dan al-hadith, sama ada menggunakan kedah ijtihad, qiyas dan sebagainya, ulamak pada hari ini juga perlu bijak menggunakan fikiran mereka dalam mengeluarkan hukum, dimana hukum yang dikeluarkan mestilah bersumberkan al-Quran, al-Hadith, Qiyas dan ijmak Ulamak kerana setiap masalah yang berlaku berbeza mengikut peredaran zaman, dan agar hukum yang dikeluarkan bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan zaman tersebut.
Dapat disimpulkan juga disini, bahawa setiap sesuatu perbuatan Mukallaf itu akan dikira berdasarkan niatnya, jika niatnya kearah kebaikkan maka dia akan mendapat pahala, namun jika sebaliknya ia akan mendapat kemurkaan daripada Allah swt. Niat juga merupakan salah satu alat pengukur bagi perbuatan seseorang mukallaf sama ada dari segi ibadah,muamat,muanakahat mahupun jenayah. Sesuatu aidabat itu akan sempurna jika sesuatu perbuatan itu disertakan dengan niat.
RUJUKAN
Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Usul Fiqh, Pstaka Salam, Kuala Lumpur, 1997.
Muhammad Yusuf Muhammmad, Usul al-Fiqh wa al-Qawa’id Fiqhiyyah, Kota Bharu, 1993.
Dr. Mohd. Nasran Mohamad, Anuar Omar, Mohd Zamro Muda, mohammad Zaini Yahaya, Metodologi Fiqh, Program Jarak Jauh, Fakaulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, 2001.
Ahmad Ibn al-Syeikh Muhammad al-Zarqa, Syarh al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, Dar al- Qalam, Damsyik, 1987.
[1] Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Usul Fiqh,Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 1997, hlm.248.
[2] Ibid, hlm. 284-285.
[3] Ibid, hlm.286-287.
[4] Ibid, hlm 287-288.
[5] Ibid, hlm.290.
Legenda muzik Ahmad Nawab meninggal dunia
-
Legenda muzik, Tan Sri Ahmad Nawab, 92, meninggal dunia di kediaman di
Taman Melewar, Batu Caves di sini, pada jam 3.15 petang tadi.
Berita sedih pemerg...
1 day ago
No comments:
Post a Comment