Monday, 1 November 2010

Buat Suami Yang Ku Cintai Sepanjang Hayat Ku Di Dunia Dan Akhirat






Buat suami ku

Abang terima kasih kerana menayangi diri ini, sayang nampak keikhlasan kasihmu yang terpancar dari hati yang tulus dan suci......

Abang..

Sayang mohon, agar cinta yang abang benihkan dalam hati itu, bukanlah cinta yang lahir kerana nafsu, jangan jadikan ikantan perkahwinan kita sebagai matlamat utama tuntutan nafsu semata-mata, kerana kelak bila abang jemu dan puas dengannya abang akan mencari yang lain sebagai ganti..

Abang..

Sayang mohon cintailah diri ini, kerana Agama yang ada pada ku, teguhkan cinta kita kerana agama yang ada dalam diri ini dan seandainya hilangnya agama dalam diri sayang.. sanyang rela abang mencari pengganti..

Ya Rabbi.... Panjangkan talian cinta kami, biar sampai syurga. Amin amin Ya Rabb al-'Alamin....

No comments: