Thursday 14 October 2010

WILDAN Setia Seorang Isteri








Di sebalik redup mata mu
Tersimpan satu rahsia
Yang terbuku ruang hati mu
Di sebalik senyuman mu
Tersirat simpulan
Deritanya hanya kau yang tahu

Kau setia menanti
Kau setia mengharungi

Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi

Setia mu ku hargai
Kaulah isteri yang ku sanjungi
Kerana kaulah bidadari
Mempersemi di hati

Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang selayaknya
Untuk seorang isteri yang setia

Tajuk Nasyid : Setia Seorang Isteri
Artis : Wildan

No comments: