Tuesday, 11 August 2009

DEKLARASI BALFOUR 1917

Pendahuluan

Pada 7-9 Jun 1988, para pemimpin Arab telah mengadakan perjumpaan agung bagi membincangkan tentang langkah-langkah yang perlu di ambil untuk memberi bantuan dan sokongan yang padu kepada masyarakat Palestine yang sedang berjuang di Tebing Barat dan Gaza dalam melawan Zionis Israel. Di akhir perjumpaan yang berlangsung secara tertutup ini, para pemimpin Arab telah membuat beberapa kata putus antaranya menolak usul perdamaian yang diajukan oleh Amerika Syarikat (AS) kerana menganggap bahawa perdamaian tersebut hanya bertujuan untuk melindungi kepentingan Israel sahaja.[1]

Jika ditinjau dan diteliti fakta-fakta sejarah yang telah lepas faktor pembinaan Negara Yahudi merupakan satu titik fokus kepada tercetusnya Deklarasi Balfour 1917, manakala sebab berlakunya pemberontakan Arab 1936 serta Perang Enam Hari yang tercetus pada Jun 1967 merupakan kesan daripada Deklarasi Balfour. Pada tahun 1896, seorang wartawan berbangsa Yahudi bernama Theodore Herzl, telah menulis sebuah artikel yang bertajuk “ Der Judenstat” ( Negara Yahudi), artikel ini ditulis bertujuan untuk membangkitkan semangat kaum Yahudi dalam membina sebuah Negara mereka sendiri dan disebabkan juga setelah Herzl melihat perasaan anti-Yahudi sudah mula menular ke seluruh tempat. Pada mulanya artikel ini tidak mendapat sambutan daripada masyarakat malah menerima ejekan dari pengikut Yahudi sendiri, namun kaum Yahudi di Eropah telah memberi tindak balas yang begitu hangat sekali terhadap artikel ini.[2]

Kertas kerja ini akan membincang secara terperinci mengenai sebab-sebab berlakunya Deklarasi Balfour, bila dan di mana termeterainya deklarasi ini, siapa yang turut sama dalam menjayakan isi kandungan deklarasi ini serta kesan-kesannya ke atas negara Arab.

1.0 Deklarasi Balfour

Dalam topik ini kita akan membincangkan tentang apakah yang dikatakan sebagai Deklarasi Balfour yang menjadi fokus perbincangan kita pada hari ini. Deklarasi Balfour 1917 merupakan sepucuk surat yang bertanggal 2 November 1917 dari Menteri Luar Negeri Britain Raya atau Inggeris; Arthur James Balfour kepada Rothschild yang merupakan pemimpin kaum Yahudi Inggeris untuk dikirimkan kepada Federasi Zionis, atas alasan bahawa pihak Britain telah memberi sokongan kepada Bangsa Yahudi dalam menubuhkan “Negara Yahudi”.[3]

Isi kandungan surat tersebut menyatakan bahawa pihak Inggeris memberi sokongan padu kepada Bangsa Yahudi dalam merialisakikan niat mereka untuk menubuhkan negara bangsa sendiri di Palestine, yang mana persetujuan ini disepakati oleh ahli Kabinet Inggeris dalam mesyuarat yang berlangsung pada 31 Oktober 1917, dalam mesyuarat tersebut pihak Inggeris telah meletakkan syarat bahawa sewaktu penaklukan Bangsa Yahudi ke atas Palestine, mereka hendaklah mengelakkan perkara-perkara yang boleh membawa kerugian kepada penduduk Palestine.

Pada waktu itu, sebahagian daripada wilayah Palestine berada di bawah naungan atau kekuasaan Daulah Turki Othmaniyyah, manakala wilayah-wilayah di sempadan Palestin telah menjadi sebahagian hasil daripada perjanjian Sykes-picot pada tahun 1916 di antara Inggeris dan Perancis. Bagi menyakinkan lagi Amerika Syarikat, bangsa Yahudi telah bersetuju untuk ikut serta dalam Perang Dunia I pada tahun 1914 dan sebagai balasannya Amerika Syarikat harus memberi sokongan kepada bangsa Yahudi dalam merialisasikan penubuhan Negara Yahudi sebagaimana yang terdapat dalam Isi kandungan Deklarasi Balfour 1917. Sebenarnya pihak Inggeris telah lama memberi sokongan kepada pihak Yahudi seandainya mereka ingin menubuhkan negara atau tanah air mereka sendiri.[4]
Deklarasi Balfour 1917 kemudiannya telah digabungkan bersama-sama perjanjian damai antara Sevres dengan kerajaan Turki Othmaniyyah dalam mandat untuk mendapatkan Palestine. Bagi merialisakan lagi niat mereka, kaum Yahudi telah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid I, dengan menabur janji-janji yang mana mereka bersedia untuk membantu ekonomi Turki, dengan syarat sekiranya kaum Yahudi dibenarkan datang ke Palestine secara bebas dan boleh menjadi penduduk tetap di sana dengan menubuhkan tanah air sendiri di Palestine.[5]

Namun, tawaran tersebut telah ditolak sekeras-kerasnya oleh Sultan Abdul Hamid I. Kaum Yahudi kemudiannya beralih arah kepada Inggeris setelah tawaran yang diajukan kepada Sultan Abdul Hamid I ditolak, setelah berbincang dengan pihak Inggeris, Penguasa Inggeris pada waktu itu telah menawarkan daerah seluas 15.540 km persegi di Uganda (Afrika) untuk bangsa Yahudi menjadikannya “tanah air” bagi bangsa tersebut, namun Zionis Yahudi tetap menuntut Palestine sebagai national homeland mereka.[6]

Deklarasi ini merupakan satu pakatan yang dibuat secara rahsia antara pihak Yahudi dan Inggeris. Setelah berakhirnya Perang Dunia I, kerajaan Turki Othmaniyah telah mengalami kekalahan, lantaran daripada itu pihak Zionis telah menggunakan kesempatan ini untuk terus bekerjasama dengan Inggeris bagi merialisasikan maksud mereka dalam menguasai Palestine, kerana pada waktu itu Inggeris telah berkuasa ke atas Palestine, harapan Yahudi untuk menjadikan Palestine sebagai tanah air mereka mendapat telah sokongan daripada pihak Inggeris, maka keluarlah sepucuk surat yang dikenali hari ini dengan nama Deklarasi Balfour, diambil sempena nama Menteri Luar Negara Inggeris iaitu Arthur James Balfour.[7]


Isi kandungan asal Deklarasi Balfour yang berbunyi sepertimana berikut:

Forign Office
2 November, 1917

Dear Lord Rothschild,
I have much pleasure in conveying to you, on behalf of His Majesty's Government, the following declaration of sympathy with Jewish Zionist aspirations which has been submitted to, and approved by, the Cabinet.
"His Majesty's Government view with favour the establishment in Palestine of a national home for the Jewish people, and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this object, it being clearly understood that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country."
I should be grateful if you would bring this declaration to the knowledge of the Zionist Federation.

Yours sincerely,
Arthur James Balfour

Terjemahan daripada isi kandungan tersebut seperti berikut:
Department Luar Negeri 2November 1917
Lord Rothschild yang terhormat,
Saya sangat senang dalam menyampaikan kepada Anda, atas nama Pemerintahan Sri Paduka Baginda, telah menyatakan simpatinya terhadap aspirasi Zionis Yahudi yang telah diajukan kepada Inggeris dan telah dipersetujui oleh ahli Kabinet.
"Pemerintahan Sri Paduka Baginda memandang positif terhadap pendirian Zionis Yahudi di Palestine untuk menjadikan negara tersebut sebagai ‘Tanah Air” Yahudi, pihak Inggeris juga berjanji akan menggunakan usaha yang terbaik bagi memudahkan mereka merialisasikan tujuan ini, karena jelas difahami bahawa tidak ada suatu pun yang boleh dilakukan yang dapat merugikan hak-hak penduduk dan keagamaan dari kaum non-Yahudi yang ada di Palestine, ataupun hak-hak dan status politik yang dimiliki orang Yahudi di negara-negara lainnya ."
Saya sangat berterima kasih jika Anda dapat menyampaikan deklarasi ini kepada pengetahuan Federasi Zionis.

Salam,
Arthur James Balfour
Draf terakhir yang akhirnya dikenali sebagai Deklarasi Balfour ini memaparkan beberapa perkataan-perkataan yang sengaja digunakan untuk mengaburi niat sebenar Yahudi. Perkataan “state” sengaja digunakan menggantikan perkataan “nation” yang membawa maksud negara. Ia bertujuan untuk mengelakkan bangsa lain menolak dan menggagalkan misi mereka. Walaupun kerajaan British menafikan bahawa deklarasi ini sebagai tiket untuk bangsa Yahudi menguasai Palestin, akan tetapi niat atau tujuan sebenarnya dapat disaksikan kini.

2.0 Sebab-sebab dan tujuan tercetusnya Deklarasi Balfour 1917

Sebab atau tujuan utama yang mendorong kepada tercetusnya Deklarasi Balfour ialah kerana faktor penubuhan “tanah air” Zionis Yahudi. Seorang wartawan Yahudi telah menulis pelbagai propaganda dalam Akhbar bagi membangkitkan semangat kaum Yahudi agar berjuang membina “tanah air” sendiri. Hasil penulisan Herzl mendapat sambutan daripada kaum Yahudi di Eropah Timur, sehinggakan lahirlah gerakan yang memperjuangkan penubuhan sebuah negara atau “tanah air” Yahudi.

Setahun kemudian, Herzl telah mempengerusikan Kongres pertama di Basel, Swiss, dalam kongres telah melahirkan Basel Program yang terdiri daripada empat fasal antaranya; Mengorganisasikan dan menyatukan seluruh Yahudi melalui lembaga-lembaga yang bersifat tempatan dan antarabangsa, sesuai dengan perundangan setiap negara, Memperkukuh dan memperkuatkan sentimen dan kesedaran akan bangsa Yahudi.[8] Keputusan yang diambil dalam Kongres tersebut ialah menubuhkan “tanah air” Yahudi dan menjadikan Palestine sebagai sasaran bagi penubuhan negara Yahudi. Setelah terhasilnya Deklarasi Balfour pada 1917M yang menyokong matlamat rejim Zionis Yahudi untuk menubuhkan negara bangsa bagi kaum Yahudi di Palestine. Kaum Yahudi yang berada di seluruh pelusuk negara telah berimigrasi ke Palestine.[9]

Faktor imigran Yahudi ke Palestine telah menyebabkan timbulnya protes dari masyarakat Arab-Palestine yang sudah lama tinggal di Palestine. Sejak itu, sering terjadi pemberontakan antara orang Arab-Palestine dan Yahudi, pemberontakan ini telah menyebabkan berlakunya perang besar Arab-Palestine dan Yahudi, ketika kaum Yahudi mengisytiharkan tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948M.[10] Seperti mana Perjanjian Sykes-Picot sebelumnya, deklarasi ini dianggap oleh masyarakat Arab sebagai satu pengkhianatan besar Britain Raya dalam menyokong kemerdekaan Arab melalui Hussein-McMahon 1915–1916.


3.0 Pihak yang terlibat dalam Deklarasi Balfour

Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam menjayakan deklarasi ini antaranya Amerika Syarikat, British dan Rejim Zionis Yahudi.

3.1 Amerika Syarikat

Benua Amerika adalah sebuah benua di dunia yang merujuk kepada wilayah daratan di antara Lautan Pasifik dan lautan Atlantik. Benua besar ini umumnya dibahagikan kepada tiga iaitu Amerika Utara, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Benua Amerika juga merangkumi wilayah Caribbean, pulau-pulau sekitar Laut Caribbean dan Greenland. Benua Amerika juga dikenali sebagai Dunia Baru dan meliputi 8.3% jumlah luas permukaan bumi (28.4%keluasan tanah) dan mengandungi lebih kurang 14% populasi manusia (kira-kira 900 juta orang.[11]

3.2 British atau Britain

Kerajaan Bersatu Britain Besar dan Ireland utara ialah sebuah negara di Eropah barat yang biasanya dikenali sebagai United Kingdom (singkatan:UK). United Kingdom terbentuk hasil beberapa Akta kesatuan yang menyatukan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Secara tepatnya, Great Britain atau British merujuk kepada gabungan England, Wales dan Scotland yang tidak termasuk Ireland Utara.

United Kingdom terletak di timur laut benua Eropah dan dikelilingi laut Utara, Selat Inggeris dan Lautan Atlantik. Selain empat kawasan utama United Kingdom, terdapat beberapa pulau atau kawasan di luar negara seperti Pulau-pulau Selat (Channel Islands), Isle of Man, Isle of Wight, Hebrides, Shetland isles yang dikira sebagai Wilayah Tanggungan Mahkota. Pulau-Pulau ini tidak termasuk dalam United Kingdom, tetapi United Kingdom bertanggungjawab ke atas hal ehwal luar pulau-pulau ini. United Kingdom juga mempunyai 14 wilayah Luar Negeri yang mempunyai status seperti Wilayah Tanggungan Mahkota.[12]

3.3 Israel (Zionis Yahudi)

Bangsa Israel merupakan golongan berketurunan Nabi Ya’akob bin Ishak bin Ibrahim a.s dan dikenali juga dengan nama Yahudi. Israel bererti orang yang suka berjalan malam. Pada mulanya, Bani Israel banyak dikurniakan pelbagai nikmat oleh Allah s.w.t . Pada akhir abad ke-19 dan seterusnya, keadaan berubah. Perang dunia ke-2 mengubah nasib bangsa ini. Cita-cita zionisme ditunjangi dengan semangat juang yang tinggi oleh seluruh peserta, kecuali Nazi Jerman. Dengan cara yang khusus, umat Yahudi bergelombang memasuki daerah Palestine. Suruhanjaya persetujuan antara Amerika-British memberi cadangan terhadap satu rombongan besar kaum Yahudi ini untuk memasuki Palestine.[13]

Pada tahun 1947, selepas Perang Dunia ke-2, British serta sekutunya telah menghadiahkan satu negara Israel untuk orang Yahudi di Palestine. Negara ini sampai sekarang merupakan duri dalam daging bagi dunia Arab. Tulang belakang kekuatan Israel pada abad ini adalah Gerakan Zionisme.



5.0 Tokoh yang terlibat sama dalam Deklarasi Balfour
5.1 Athur James Balfour

Athur James Balfour merupakan anak pertama daripada lapan orang adik-beradik kepada pasangan James Maitland Balfour dan Lady Blanche Gascoyne-Cecil. Beliau dilahirkan pada 25 Julai 1884M dan meninggal dunia pada 19 Mac 1930M. Bapanya merupakan seorang ahli parlimen British yang berbangsa Scotland, manakala ibunya pula adalah anak kepada Earl of Salisbury yang pertama; iaitu Robert Cecil.[14]

Ketika berumur lapan belas tahun, Athur James Balfour telah menerima pendidikan tinggi di Trinity College Cambridge. Beliau menuntut di sana selama 3 tahun iaitu dari 1866M hingga 1869M. Kemudiannya pada tahun 1874M, beliau dilantik menjadi ahli parlimen British bagi mewakili parti Konservatif di Hertford. Beliau manyandang jawatan tersebut sehingga tahun 1885M. Ini kerana beliau bertugas pula untuk bapa saudaranya yang merupakan Lord of Salisbury pada ketika itu. Beliau menjadi setiausaha sulit Lord of Salisbury yang ketika itu bertugas sebagai Setiausaha Luar British.[15]

Pada tahun 1902M, Athur James Balfour telah menggantikan bapa saudaranya yang telah meletak jawatan sebagai perdana menteri Britain. Beliau meletak jawatan pada Disember 1905, berikutan daripada kekalahan partinya kepada Parti Liberal pimpinan Campbell-Bannerman. Walau bagaimanapun beliau masih lagi menjadi pemimpin tertinggi parti Konservatif.[16] Oleh itu, berdasarkan pada pengalaman dan kewibawaan beliau sebagai pemimpin parti dan juga ahli parlimen, balfour telah dilantik menjadi Setiausaha Luar British pada tahun 1916M. Ketika bertugas sebagai setiausaha Luar inilah beliau telah menulis Deklarasi Balfour. Deklarasi yang dianggap sulit oleh kerajaan British ini telah diberikan kepada pemimpin bangsa Yahudi di Britain; iaitu, Lord Rothchild. Ia menandakan permulaan pada penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin.[17]




5.2 Lionel Walter Rothchild
Lionel Walter Rothchild dilahirkan pada tahun 1868M dan meninggal dunia pada tahun 1937M. Beliau merupakan seorang zoologis dan juga sorang banker. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang sebenarnya berbangsa yahudi. Bapanya merupakan pemimpin bangsa yahudi yang tinggal di Britain.[18]
Beliau merupakan seorang ahli zionis yang aktif dan merupakan sahabat karib kepada Chaim Azriel Weizmenn. Chaim Azriel Weizmenn merupakan pemimpin tertinggi gerakan zionis sedunia. Oleh kerana seorang penyokong zionis wajib menyokong pendudukan semula bangsa yahudi di Palestin, Rothchild telah membantu Chaim dalam mendapatkan hak ke atas Palestin. Oleh itu, pada 2 November 1917M, Rothchild telah menerima surat dari Sir Athur James Balfour.[19]
Berdasarkan pada surat inilah, bangsa Yahudi; terutamanya, Zionis mendapat lampu hijau untuk pulang semula ke Palestin. Surat inilah yang dikenali sebagai deklarasi Balfour. Ia merupakan pengishtiharaan kerajaan British sebagai menyokong penubuhan Palestin sabagai negara bangsa Yahudi.[20]
5.3 Chaim Azriel Weizmenn
Chaim Azriel Weizmann lahir pada 27 November 1874 , dan meninggal dunia pada 9 November 1952. Beliau dilahirkan di sebuah kampung kecil yang terletak Belarus. Beliau juga, merupakan alumni Universiti Fribourg di Switzerland yang menjurus dalam bidang kimia. Pernah menjadi pensyarah Kimia di Universiti Geneva dan juga Universiti Manchester. Selain itu, beliau merupakan seorang ahli kimia yang telah menemui satu proses untuk menghasilkan acetone melalui proses penapaian.[21]
Walau bagaimanapun, tanggungjawab utama Chaim ialah menjadi pemimpin Zionis. Malahan beliau dilantik menjadi pemimpin organisasi Zionis sedunia. Beliau juga dalah presiden pertama Israel. Pada Perang Dunia Pertama Chaim telah menjadi pengarah Makmal Pertahanan British. Hasil penemuannya, iaitu acetone ialah bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan bahan bakar yang diperlukan untuk melancarkan peluru-peluru.British sangat memerlukan bahan ini untuk menang dalam Perang Dunia Pertama.[22]
Penggunaan bahan itu ternyata telah memberikan satu keistimewaan buat British dan sekutunya. Walau bagaimanapun, sebagai seorang pemimpin yang licik dan tajam akalnya, Chaim mengambil peluang untuk memujuk kerajaan British memberikan Palestin kepada bangsa yahudi. Ini berdasarkan kepada jasanya menghasilkan acetone. Pada permulaannya kerajaan British, terutamanya setiausaha luarnya; iaitu Balfour tidak bersetuju. Akan tetapi setelah didesak oleh Chaim dan rakannya iaitu Nahum Sokolow, akhirnya Balfour terpaksa juga merangka deklarasi Balfour.[23]
5.4 Nahum Sokolow
Nahum Sokolow adalah seorang pemimpin Zionis, penulis, penterjemah dan juga peneroka bidang kewartawanan yahudi. Lahir dalam keluarga yang taat dalam agama Yahudi yang berasal dari Poland.
Beliau memulakan karier seawal usia tujuh belas tahun. Beliau menulis dalam kolum surat khabar berbahasa Hebrew di tempat lahirnya. Hasilnya, beliau mendapat sokongan daripada ramai bangsa Yahudi di Poland. Kemudiannya pada tahun 1906, Sokolow telah dilantik menjadi setiusaha agung Kongress Zionis Sedunia. Dengan kebolehan dan pengaruh yang ada padanya, Sokolow telah menjelajah ke eropah dan juga Amerika Utara untuk mempromosikan matlamat Zionis.
Ketika Perang Dunia Pertama, Nahum Sokolow tinggal di London, di mana beliau menjadi penasihat dalam deklarasi Balfour tahun1917M. Deklarasi yang mana ditulis bertujuan untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan British menyokong cadangan Zionis untuk menubuhkan negara bangsa Yahudi.[24]
6.0 Kesan-Kesan Deklarasi Balfour
Apabila deklarasi Balfour diisytiharkan sebagai satu daripada polisi luar Britain, banyak kesan- kesan negatif yang timbul terhadap umat Islam umumnya dan Palestin amnya. Palestin yang dahulunya didiami oleh majoriti orang Islam dan berada di bawah pemerintahan Usmaniyyah telah bertukar menjadi negara yang dikuasai bangsa Yahudi.[25]
Kesan utama yang dapat dilihat pada awal pengisytiharaan Palestin sebagai negara bangsa Yahudi ialah penghijrahan beramai-ramai bangsa Yahudi ke Palestin. Bangsa Yahudi dari seluruh eropah mula berhijrah ke Palestin dan menyebabkan orang Arab Islam yang berasal dari Palestin merasa tidak selamat. Peningkatan bilangan penduduk Yahudi di Palestin meningkat secara mendadak. Perpindahan atau penempatan orang Yahudi ini disokong penuh oleh Gerakan Zionis Dunia yang dipimpim oleh Chaim Weizmann.[26]
Selain itu, pemberontakan Arab 1936 dan Perang Enam Hari juga merupakan kesan daripada deklarasi ini.Orang Arab yang berada di Timur Tengah mula merasakan bahwasanya, British cuba memperkotak-katikkan mereka. Nasib orang Islam sudah mula terabai. British ternyata memperolok-olokkan orang Islam melalui Perjanjian Hussein-McMohan, Sykes-Picot dan juga Deklarasi Balfour. Perjanjian-perjanjian ini hanyalah menjadi penyebab yang membawa kepada penguasaan bangsa yahudi di Timur Tengah seterusnya dunia.[27]
Kemuncak pada kesan dekalarasi yang membenarkan bangsa Yahudi menduduki Palestin ialah pengishtiharaan Israel sebagai sebuah negara di dalam Palestin pada tahun 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Setelah berhasil mendapatkan sebahagian daripada Palestin sebagai negara mereka, Zionis telah mula merancang satu lagi pelan yang dapat menyempurnakan penguasaan mereka di Timur Tengah.[28]
Pada Jun tahun 1967, telah berlaku Perang Enam Hari yang melengkapkan penguasaan mereka di Timur Tengah. Perang ini telah menyebabkan berjuta orang Islam menjadi pelarian. Israel pula telah berjaya menguasai Bukit Golan, Semenanjung Sinai, Tebing Barat (temasuk Jurusalem), dan juga Gaza. Hasilnya, sehingga kini umat Islam yang bersal dari kawasan yang diduduki bangsa Yahudi kini tinggal di kem-kem pelarian dan yang tinggal di Palestin hidup dalam ketakutan.[29]
7.0 Kesimpulan
Sesungguhnya Deklarasi Balfour yang ditulis oleh Sir Athur Balfour telah membawa kepada penguasaan Zionis ke atas Palestin. Seperti kata pepatah “Pucuk dicita ulam mendatang”, niat atau hasrat yang selama ini tersimpan akhirnya menjadi kenyataan.
Walaupun pada asalnya, deklarasi tersebut sekadar membenarkan orang Yahudi tinggal di sana dan tidak melanggar hak asasi bangsa-bangsa asal seperti Muslim dan Kristian di Palestin. Akan tetapi, Chaim Weizmann telah menggalakkan bangsanya berhijrah ke Palestin tanpa perlu menunggu pengishtiharaan dari kerajaan British. Oleh itu, Palestin telah dipenuhi dengan imigran Yahudi yang selama ini diaspora di seluruh dunia.
Akhirnya umat Islam Palestin juga yang menjadi mangsa. Berjuta-juta umat Islam hilang tempat tinggal, hilang nyawa dan hidup terseksa berada di bawah tekanan Israel dan sekutu kuatnya Amerika dan Britain. Sampai ke hari ini pergolakan di Asia Barat berlanjutan sehingga mengorbankan berjuta nyawa insan yang tidak berdosa.

Rujukan

B.E.C Dugdale. 2002. Encyclopaedia Brittanica. vol. 12: Amerika Syarikat.

B.E.C Dugdale, 2002, Encyclopaedia Brittanica, vol 10: Amerika Syarikat.

Ensiklopedia Islam. 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensiklopedia Islam.1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Elizabeth Monroe. 1963. Britain’s moment in the Middle East 1914-1956. London: University Paperback.

Dilip Hiro. 1982. Inside the Middle East. USA: Megraw-Hill Book Compny.


D.Hiro. 1996. The Middle East: International government and political series. Arizona: Oryx Press


Michel Ionides.1960. Divide and lose the Arab Revolt of 1955-1958. London: Geoffer Bles Ltd.

M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Bandung: Penerbit Mizan.

Wikipedia berbahasa Inggeris. 2008.

Wikipedia berbahasa Indonesia. 2008.





[1] M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Penerbit Mizan: Bandung. Hlm.73.
[2] Ibid. hlm. 74.
[3] Wikipedia. 2008.
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[6] M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Penerbit Mizan: Bandung. Hlm.74.
[7] Ibid.
[8] Ensiklopedia Islam. 2004. hlm. 271.
[9] M.Riza Shibudi. 1991. Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah. Penerbit Mizan: Bandung. Hlm.74.
[10] Ibid.
[11] Wikipedia. 2008.
[12] Wikipedia. 2008.
[13] Ensiklopedia Islam.1998:282.
[14] B.E.C Dugdale. 2002. Encyclopaedia Brittanica. vol. 10: Amerika Syarikat.
[15] Ibid
[16] Ibid
[17] Ibid
[18] B.E.C Dugdale, 2002, Encyclopaedia Brittanica, vol 10: Amerika Syarikat. 202-203.
[19] Ibid
[20] Ibid
[21] B.E.C Dugdale. 2002. Encyclopaedia Brittanica. vol. 12. Amerika Syarikat. 565-566
[22] Ibid
[23] Ibid
[24] Wikipedia. 2008.
[25] D.Hiro. 1996. The Middle East: International government and political series. Oryx Press: Arizona.
hlm.17.

[26]Ibid
[27] Ibid
[28] Ibid.
[29] Ibid.

Monday, 27 April 2009

penggunaa perkataan Allah sebagai penterjemahan god dalam Bible adalah tidak wajar

dari artikal yang saya baca....

KUALA LUMPUR (AFP) - - A Malay-language Bible that does not use the word "Allah" has caused controversy among Malaysian Catholics, as the church here fights a court case to guarantee its right to use the word.
The Catholic Herald newspaper, in its Sunday edition, criticised the release this week at an international bookfair of the new Bible, which uses the Hebrew word "Elohim" instead of "Allah" for God.
"The Catholic bible that the church uses has the word 'Allah' for God whereas in comparison, this one does not," the paper's editor Father Lawrence Andrew told AFP.
"The new Malay bible weakens the argument for using the word Allah because some groups are trying to substitute God with a foreign name, whereas Allah is the Malay word for God and has been the accepted translation for centuries," he said.
"The publishers have copied substantially from the Indonesian bible which was approved by the Indonesian Bible Society and the Catholic Church but this new version has not been approved by the society or the church in Indonesia or here."
The publishers of the bible could not be reached for comment.
The Catholic Church has taken legal action against the government after it was ordered not to use the disputed word under threat of having its paper's publishing permit revoked.
Malaysian authorities argue the word should be used only by Muslims, who form the bulk of the country's multicultural population.
Andrew said Malaysian Christians have been using the word "Allah" for centuries in translations of the Bible, and in popular prayers. The opposition has also called for the ban to be revoked.
"The term 'Allah' has been used in Indonesia and the Middle East by Christians without prosecution or controversy, despite both being overwhelmingly Muslim-majority regions," opposition lawmaker Tony Pua said.
"It has been proven beyond doubt that it is not a term specifically monopolised only by Muslims," he said in a statement Saturday.
A court is expected to decide on May 28 whether the Church has the right to use the word.
Around 60 percent of Malaysia's 27 million people are Muslim Malays. The rest includes indigenous tribes, as well as ethnic Chinese and Indians, variously practising Buddhism, Christianity and Hinduism, among others.


apa yang didakwa oleh padri tu adalah tidak berasas... pengunaan perkataan Allah itu sememangnya hanya sesuai kepada orang Islam sahaja, kerana ia telah termaktub di dalam kitab suci al-Quran, penggunaan perkataan Allah itu bkn nya berasal dari perkatan Melayu tetapi telah termaktub dalam kitab al-Quran yg suci.. seandainya bible yg mereka sanjung itu betul2 suci rasanya tidak perlu meminjam perkataan dari kitab suci agama lain... dalam kitab al-Quran tidak pernah ada perkataan god disebut.. dan dalam terjemannya juga tidak diterjemah dengan menggunakan nama lain selain apa yag telah terdapat didalm al-Quran iaitu Allah... saya sangat kecewa kerana banyak perkara yang berlaku telah menyentuh sensitiviti ummat Islam... Mari lah umat Islam kita bangkit memperjuang dan menegakkan Islam.. serta mempertahankan hak kita sabagai orang Islam..

Wednesday, 30 April 2008

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya iatelah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dankemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satuperintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kaliselepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluarmasuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullahs. a. w. bersabda bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."Sabda baginda lagi;"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanyadaripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipeliharaAllah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramaldengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindunganAllah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allahmenganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yangbenar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapamembaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

wanita insan istimewa

" wanita "
Kau digelar sebagai penyeri dunia,
Hadirmu melengkap hubungan manusia,
Bukan sahaja dirindui yang biasa,
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa..
Akalmu senipis bilahan rambut,
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,
Jua hatimu bak kaca yang rapuh,
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..
Tercipta engkau dari rusuk lelaki,
Bukan dari kaki untuk dialasi,
Bukan dari kepala untuk dijunjung,
Tapi dekat dibahu untuk dilindung,
Dekat jua di hati untuk dikasihi,
Engkaulah wanita hiasan duniawi..
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,
Jika datangnya dari kayu yang bengkok,
Begitulah peribadi yang dibentuk..
Didiklah wanita dengan keimanan,
Bukannya harta ataupun pujian,
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa..
Engkaulah wanita istimewa..
Sedarilah insan istimewa,
Bahawa kelembutan bukan kelemahan,
Bukan jua penghinaan dari Tuhan,
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

tips batas-batas pergaulan

permasalah ketika kebersamaan anda bersama teman-teman yang sama ataupun berlainan jantina di persekitaran yang berbeza. Di sinilah perlunya benteng yang telah anda bina di rumah tadi. Di sinilah medan untuk kita menjadi seorang yang bijak mengawal keadaan persekitaran. Bak pesanan yang selalu didengari, biar kita yang mengubah keadaan bukan keadaan yang mengubah diri kita. Kambing yang masuk ke kandang harimau, tak sepatutnya ia mengembek tapi semestinya ia perlu turut sama mengaum supaya keselamatannya lebih terjamin.

Jadi disini ana titipkan batas-batas pergaulan yang perlu dijaga sebagai wadah kelangsungan kita untuk membina sahsiah diri yang terpuji disisi Allah:

1) Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30) Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.

2) Menutup Aurat; ALLAH berfirman;dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31) Juga Firman-NYA;Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3) Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)

4) Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5) Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6) Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata;Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina.

Sebagaimana Firman- NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. Moga ada manfaat bersama. Wallahualam

kaedah al-'Umur bi maqasidiha

1.0 PENDAHULUAN


Kaedah al-Umur Bi Maqasidiha merupakan salah satu daripada kaedah yang digunakan oleh para Fukaha’ dalam dalam Qawa’id Fiqhiyyah. Jadi kaedah ini bolehlah ditafsirkan dari dua sudut iaitu dari segi bahasa dan istilah.

Pengertian kaedah dari segi bahasa boleh membawa maksud asas manakala menurut istilah pula bermaksud perkara yang dipraktikkan daripada masalah atau perkara pokok kemudian dipraktikkan terhadap perkara-perkara furu’ atau pecahan.[1] Kaedah Fiqh juga bermaksud prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yany mengandungi hokum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Oleh itu Qawa’id Fiqhiyyah boleh diertikan sebagai satu kaedah fiqh dalam undanh-undang Islam yang menjadi asas untuk memahami dan mengembangkan Fekah Islam tentang kaedah-kaedah hukum.

Skop perbahasan kaedah Fiqhiyyah tertumpu kepada orang yang mukallaf iaitu orang yang ditaklifkan kepadanya hukum syarak dan objek kepada kaedah fiqh pula ialah hukum syarak.











2.0 FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN QAWA’ID FIQHIYYAH

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan wujud atau munculnya Qawa’id Fiqhiyyah antara faktor uatama kemunculanya ialah:
Terdapat nas- nas yang dapat ditafsirkan dengan berbagai-bagai.
Munculnya kaedah Fiqhiyyah lantaran dari dalil-dalil syarak yang telah diperselisihkan oleh para fuqaha’.
Terdadpat kaedah-kaedah umum yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu generasi kepada satu generasi yang lain untuk disesuaikan dengan masalah furu’.[2]

Nas-nas yang ditafsirkan dengan berbagai-bagai iaitu ada nas al-quran yang berbentuk umum yang merangkumi berbagai masalah dan ada nas al-Quan yang melahirkan pendapat-pendapat untuk mengikatnya atau memuqayyakannya. Manakala faktor yanf disebabkan dalil-dalil syarak yang diperselisihkan oleh fukaha’ pula ialah seperti samaada dalil itu berbentuk Zanni atau Qat’i dan ianya menjadi pegangan atau tidak.selain daripada kedua-dua actor ini faktor lain yang turut menjadi sebab munculnya Qawa’id Fiqhiyyah ialah terdapat kaedah-kaedah umum yang muncul dalam perkembangan hidup manusia dari satu generasi kepada generagi yang lain yang mana ianya memerlukan suatu hukum baru yang boleh disesuaikan dengan masalah-masalah furu’ pada zaman tesebut.

Setiap zaman mempunyai masalah yang berlainan dengan zaman yang sebelumnya jadi ianya, memerlukan sumber-sumber akal dalam mengeluarkan hukum yang fleksible bagi menagani cabaran dan persoalan semasa yang sentiasa wujud dan akan sentiasa wujud dalam sesebuah masyarakat.




3.0 SUMBER-SUMBER PENGAMBILAN QAW’ID FIQHIYYAH

Dalam kaedah penganbialan Qawa’id Fiqhiyyah terdapat beberapa sumber yang utama yang menjadi asas kepada kaedah ini, antara sumber-sumber pebgambilan Qawa’id Fiqhiyyah ialah:

Zaman Rasulullah s.a.w
Zaman Sahabat
Zaman Tabi’in dan Tabi’ tabi’in

Sumber pengambilan kaedah pada zaman Rasulullah dapat dilihat dari segala kenyataan dan fatwa yang diputuskan oleh Rasulullah adalah berdasarkan wahyu dan ijtihad baginda dan kemudiannya jika salah maka akan diperbutulkan oleh wahyu dari Allah. Jadi sember pengambilan kaedah dapatlah dirumuskan kepada beberapa prinsip-prinsip umum dalam pembentukan perundangan dan hukum yang mana ianya boleh dibahagikan kepada empat bahagian antaranya :

Penetapan perundangan dan hukum secara beransuar-ansur yang mengambil masa selama 22 tahun dan beberapa bulan. Contohnya, hukum yan berkaitan dengan pengharaman arak yang mana ianya diturunkan secara beperingkat-peringkat.
Mengurangkan undang-undang sedikit mungkin, dimana tidak ada perundangan terhadap pekara yang belum pernah berlaku dan andaian hukum yang akan lahir iaitu menetapkan hukum sekadar keperluan sahaja. Contohnya nabi tidak mendirikan semnahyang sunat terawih secara berjemaah, kerana dibimbangi akan difardhukan.
Penetapanhukum yang bersifat memudahkan dan meringankan bebanan. Contohnya, ketika keadaan sukar untuk menunaikan hukum ‘Azimah, seperti puasa, maka disyariatkan hukum Rukhsah iaitu burbuka bagi orang yang sakit dan yang bermusafir.
Mensyariatkan hukum selari dengan kemaslahatan manusia. Contohnya, pada suatu ketika Nabi melarang menziarahi kubur, kemudian membolehkannya.[3]

Sumbur kedua ialah pada zaman sahabat yang mana pada zaman ini merupakan zaman yang masih lagi berpegang kuat kepada al-Quran dan al-Sunnah. Khalifah al-Rasyidin dan para sahabat hanya berijtihad apabila tidak terdapat hukum di dalam al-Quran dan al-Sunnah,oleh itu, pada zaman ini digalakkan berijtihad dan menggunakan peranan akal dengan sebaiknya. Manakala pada zaman tabi’in dan tabi’ tabi’in juga merupakan sumber yang diguna pakai dalam pengambilan kaedah Fiqhiyyah, kerana pada zaman inilah bermulanya penulisan dan pembukuan ilmu usul fiqh yang bermula pada adab ke 2 hingga ke 4 hijrah. Di mana pada zaman ini lahirnya aliran-aliran fiqh, dan kegiatan-kegiatan ijtihad hanya tertumpu kepada ahli fiqh sahaja.[4]

Disebabkan oleh masalah-masalah fekah dan furu’nya terlalu banyak, jadi ianya memerlukan kepada penetapan kaedah-kaedah yang tertentu. Oleh kerana itu,ianya merupakan tugas kepada ahli fekah untuk memahami kaedah Fiqhiyyah dan mengetahui dalil-dalilnya, kerana setiap permasalahan bergantung kepada kaedah-kaedah yang tertentu.terdapat lima kaedah fiqh umum yang dibincangkan dalan kaedah Fiqhiyyah antaranya:

الأمور بمقـاصدها (setiap pekara dinilai berdasarkan niat dan matlamatnya).
اليقـين لا يزال بالشـك (keyakinaan tidak hilang dengan keraguan).
المشـقة تجلب الـتيسـير (kesukaran membawa kemudahan).
الضرر يزال (bahaya mesti dihapuskan).
العـادة محـكمة (adapt dijadikan hakim).




4.0 KAEDAH AL-UMUR BI MAQASIDIH

4.1 Pengertian al-Umur Bi Maqasidiha

Kaedah ini membawa maksud tiap-tiap perkara itu menurut tujuannya atau setiap perkara diambil kira berdasarkan niatnya. Oleh itu amalan-amalan yang dilakukan oleh mukallaf bergantung kepada apa yang diniatkannya.

Kaedah ini diambil brdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

إنما الأعـمـال بـالـنية و إنمـا لإمرىء مـا نوى، فـمـن كـانت هـجـرته إلى ألله ورسـوله فـهـجـرته إلى ألله ورسـوله. ومـن كـانت هـجـرته لـدنـيا يـصـيـبـها او إمـرأة يـتـزوجـها فـهجـرته إلى مـا هـاجـر إلـيـه.

Yang bermaksud: sesungguhnya setiap pekerjaan itu diambil kira berdasarkan niat, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kerana Allah dan rasul-Nya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya. Maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya. (riwayat Muslim)

Selain daripada ini terdapat banyak lagi hadith-hadith Rasulullah yang menyebut tentang amalan yang dilakukan berdasarkan niat. Oleh sebab kerana itu, niat menjadi syarat utama sah atau batal sesuatu perkara itu samaada diberi pahala atau pun dosa. Jadi amalan yang tidak disertakan dengan niat tidak akn mendatangkan apa-apa kesan kepada perbuatan seseorang mukallaf. Kaedah ini lebih menumpukan kepada niat seseorang mukallaf dalam melakukan sesutu perkara yang berkaitan dengan hukum syarak.





5.0 SKPO KAEDAH

Terdapat bebrapa bidang dan skop kaedah fekah yang termasuk dalam kaedah al-Umur Bi Maqasidiha yang mana ianya boleh di katogerikan kepada empat bahagian antaranya:

Semua perkara yang berkaitan dengan perkra iabadat serperti puasa, sembahyang, berwuduk, dan sebagainya, contohnya sembahyang seseorang itu tidak akan sah sekiranya tidak disertai dengan niat, atau pun puasa seseorang itu terbatal jika tidak disertai dengan niat pada waktu yang telah di bolehkan.
Semua hukum yang berkaitan dengan keluarga seperti penceraian (secara kinayah atau sindiran), rujuk dan lain-lain lagi, contohnya jika suami yang melafazkan cerai kepada isterinya melalui lafaz kinayah ianya memerlukan niat, jika sebaliknya talak tidak akan berlaku.
Semua hukum yang berkaitan dengan muamalat seperti hutang-piutang, jual-beli,sewaan dan lain lain lagi, contohnya semasa akad jual beli penjual dan pembeli hendahlah disertakan niat semasa akad jual beli berlangsung.jika tidak disertai dengan niat maka jual beli tersebut tidak sah.
Semua hukum yang berkaitan dengan hukum jenayah seperti membunuh, zina, mencuri dan sebagainya. Sebagai contohnya membunuh dengan tanpa niat, dimana pembunuh bukanlah berniat untuk membunuh seseorang tetapi berlaku dalam keadaan tidak disengajakan maka dia tidak akan dikenakan hukukan qisas iaitu bunuh balas tetapi akan dikenakan diat.

Kaedah ini adalah bertujuan untuk memelihara hak masing-masing dan merupakan salah satu cara untuk menentukan hukum mengikut kesesuainya, agar kemaslahatan umat Islam dapat diselesaikan dengan bijaksana dan bertepatan dengan masalah yang berlaku pada waktu tersebut, walau bagaimanapun niat dalam kaedah ini niat memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan sesuatu hukum tersebut sama ada halal atau haram, mahupun sah atau batal.


6.0 PEMBAHAGIAN KAEDAH AL-UMUR BI MAQASIDIHA

Kaedah ini boleh dibahagikan kepada dua kaedah yang merupakan pecahan kecil dari kaedah ini, antaranya ialah:

مـقـاصـد الـلـفـظ عـلى نـية الأفـظ
الـنـية فـي الـيمـين تـخـصـص الـلـفـظ الـعـام و لا تـعـمّ الـخـاص


6.1 ( مـقـاصـد الـلـفـظ عـلى نـية الأفـظ )
Kaedah ini bermaksud yang dikira dan diiktibar dalam akad ialah tujuan dan matlamatnya, bukan lafaz atau ucapan. Untuk itu mestilah menggunakan ucapan atau perkataan tertentu dalan urusanakad, supaya niat tersebut menjadi sah dan dikira dalam syarak. Berdasarkan kaedah ini, maka terbentuklah larangan syarak atau kaedah larangan membuat akad dengan tujuan yang bertentangan dengan ucapan dan sifat akad. Contohnya, akad yang berunsur atau bertujuan riba, akad perkahwinan yang bertujuan untuk tahlil, kerana semua itu bukanlah bertujuan atas dasar yang dikehendaki oleh syarak malah ianya adalah bertentangan sama sekali dengan kehendah syarak maka akad tersebut adalah salah dan haram disisi syarak.[5]

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat derdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyang-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Maka jelaslah disini bahawa sesuatu niat yang bertentangan dengan hukum syarak adalah haram sama sakali dilakuka, kerana niat tersebut membawa kepada kemukaan Allah swt sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud yang bermaksud: Allah melaknat muhallil dan muhallalnya. Oleh itu, wajarlah bagi umat Islam menghindari setiap perkara yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya.



6.2 ( الـنـية فـي الـيمـين تـخـصـص الـلـفـظ الـعـام و لا تـعـمّ الـخـاص )

Kaedah ini merupakan kaedah kedua dari pecahan kaedah al-Umur Bi Maqasidiha, dimana ianya menfokuskan kepada niat seseorang dilakukan dalam sumpah boleh mentakhsiskan atau mengkhususkan ucapan dan perkataan atau lafaz yang mutlak, boleh menjelaskan dan menerangkan lafaz dan perkataan yang mujammal.

Sumpah yang mengkhususkan lafaz yang am contohnya, seseorang bersumpah dengan berkata: “demi Allah aku tidak akan bercakap dengan seseorang pun”. Sumpah jenis ini boleh kira samada am atau umum, tetapi ia dapat mengkhususkan jika ia berniat tidak mahu bercakap seseorang yang tertentu sajaha bukan dengan semua orang.

Manakala sumpah yang memuqayyadkan lafaz lafaz yang mutlak pula seperti seseorang itu bersumpah dan berkata: “Demi Allah aku tidak akan makan daging”. Sumpah ini boleh diikatkan jika ia berniat tidak makan daging kambing sahaja. Adapun sumpah yang berbentuk mujammal berkaitan dengan sumpah yang boleh menerangkan sesuatu lafaz tersebut, contohnya seseorang bersumpah dengan berkata: “Demi Allah aku tidak memakai al-jun”. sumpah mujammal boleh ditafsirkan dengan kain putih atau kain hitam. Maka sumpah tersebut bergantung kepada niat seseorang mengikut penjelasannya.







7.0 KESIMPULAN

Kaedah al-Umur Bi Maqasidiha merupakan salah satu kaedah Fiqhiyyah yang boleh digunakan oleh ahli fuqaha’ pada hai ini dalam menyelesaikan masalah ummah yang tidak terdapat didalam nas al-Quran dan al-hadith, sama ada menggunakan kedah ijtihad, qiyas dan sebagainya, ulamak pada hari ini juga perlu bijak menggunakan fikiran mereka dalam mengeluarkan hukum, dimana hukum yang dikeluarkan mestilah bersumberkan al-Quran, al-Hadith, Qiyas dan ijmak Ulamak kerana setiap masalah yang berlaku berbeza mengikut peredaran zaman, dan agar hukum yang dikeluarkan bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan zaman tersebut.

Dapat disimpulkan juga disini, bahawa setiap sesuatu perbuatan Mukallaf itu akan dikira berdasarkan niatnya, jika niatnya kearah kebaikkan maka dia akan mendapat pahala, namun jika sebaliknya ia akan mendapat kemurkaan daripada Allah swt. Niat juga merupakan salah satu alat pengukur bagi perbuatan seseorang mukallaf sama ada dari segi ibadah,muamat,muanakahat mahupun jenayah. Sesuatu aidabat itu akan sempurna jika sesuatu perbuatan itu disertakan dengan niat.














RUJUKAN


Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Usul Fiqh, Pstaka Salam, Kuala Lumpur, 1997.

Muhammad Yusuf Muhammmad, Usul al-Fiqh wa al-Qawa’id Fiqhiyyah, Kota Bharu, 1993.

Dr. Mohd. Nasran Mohamad, Anuar Omar, Mohd Zamro Muda, mohammad Zaini Yahaya, Metodologi Fiqh, Program Jarak Jauh, Fakaulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, 2001.

Ahmad Ibn al-Syeikh Muhammad al-Zarqa, Syarh al-Qawa’id al-Fiqhiyyah, Dar al- Qalam, Damsyik, 1987.




[1] Ustaz Abd.Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Usul Fiqh,Pustaka Salam, Kuala Lumpur, 1997, hlm.248.
[2] Ibid, hlm. 284-285.
[3] Ibid, hlm.286-287.
[4] Ibid, hlm 287-288.
[5] Ibid, hlm.290.

doa solat sunat Dhuha

"Ya Allah, bahwasanya waktu DHUHA itu adalah waktu DHUHAMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, dan perlindungan itu, perlindunganMu. Ya Allah, jika REZEKIKU masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu DHUHA, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".


Solat Sunat Dhuha
Amalan murah rezeki nie saya saje nak paste kat sini sebagai peringatan untuk saya supaya selalu istiqamah mengamalkannya. Hmm..nak buat memang senang, tapi nak istiqamah tue yang payah kan...

Solat DHUHA adalah SOLAT SUNAT yang dilakukan seorang muslim ketika waktu DHUHA. Waktu DHUHA adalah waktu ketika matahari mulai naik kurang lebih 7 hasta sejak terbitnya (kira-kira pukul TUJUH PAGI) HINGGA WAKTU ZUHUR . Jumlah raka'at solat DHUHA biasa dengan 2, 4, 8 atau 12 raka'at. Dan dilakukan dalam satuan 2 raka'at sekali salam.
Pada dasarnya doa setelah solat DHUHA boleh menggunakan doa apapun. Doa yang biasa dilafazkan oleh RASULLULLAH selepas solat DHUHA adalah :"Ya Allah, bahwasanya waktu DHUHA itu adalah waktu DHUHAMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, dan perlindungan itu, perlindunganMu. Ya Allah, jika REZEKIKU masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu DHUHA, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh".

AL WAHHAABU Ertinya Yang Sangat Memberi.

KHASIATNYA: Barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang DHUHA sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya KEKAYAAN yang mudah dan hebat.

AL BAASITHU Ertinya Maha Melapangkan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca selesai sembahyang DHUHA 10 kali, Insyaallah akan diluaskan REZEKI dan ilmunya.
Jangka masa melakukan tidak sampai lima minit. Amalkan di mana sahaja - di tempat kerja ketika ada masa rehat atau di rumah atau di masjid ataupun di padang, di pantai atau di puncak gunung!